Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.
Mari kita mulakan ayat pertama dengan ayat pertama dalam Surah Bulan.
Dalam Surah AI-Qamar ayat satu, Allah berfirman:
Telah dekat datangnya saat itu
dan telah terbelah bulan [Yang dimaksud dengan "saat" di sini ialah
terjadinya hari kiamat atau saat kehancuran kaum musyrikin, dan
"terbelahnya bulan" ialah suatu mu'jizat Nabi Muhammad s.a.w]
Dalam Surah Al-Qamar atau
Surah Bulan ini Allah telah menceritakan kehancuran enam kaum iaitu:
kehancuran kaum Nuh a.s., kehancuran kaum 'Aad, kehancuran kaum Tsamud,
kehancuran kaum Luth dan kehancuran kaum Firaun.
Dan dalam bahagian terakhir surah tersebut Tuhan memberikan
peringatan kepada kaum musyrikin bahawa mereka tidak lebih kuat dari umat-umat
yang telah dihancurkan oleh-Nya. Dan
Allah juga mengingatkan balasan terhadap orang yang berdosa dan pahala bagi
orang yang bertaqwa.
(Surah AlQamar ayat 43)
Apakah
orang-orang kafirmu (hai kaum musyrikin) lebih baik dari mereka itu, atau
apakah kamu telah mempunyai jaminan kebebasan (dari azab) dalam Kitab-kitab
yang dahulu [Maksudnya lebih baik tentang kedudukan duniawi, kekuasaan dan
kekuatan.]
(Surah AlQamar ayat 44)
Atau
apakah mereka mengatakan: "Kami adalah satu golongan yang bersatu yang
pasti menang."
(Surah AlQamar ayat 45)
Golongan
itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.
(Surah AlQamar ayat 46)
Sebenarnya
hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih
dahsyat dan lebih pahit.
Kita
kata orang Jepun kafir kerana mereka memuja matahari naik, bagimana pula kita
yang memuja bulan, apakah tidak mustahil bila PAS memerintah nanti PAS akan
buat tugu bulan yang terbesar di dunia.
Hari ini kalau kita kumpul bendera PAS yang dipasang seluruh negara PAS
boleh dapat pengiktirafan sebagai parti politik yang paling banyak tampal
lambang bulan di dunia.
Pernahkah mereka duduk diam-diam seorang diri dan bertanya pada
diri sendiri apakah mereka yang ada di dalam kumpulan orang yang
mendewa-dewakan bulan mengambang ini orang yang bertaqwa atau orang yang
berdosa? Apakah PAS lupa bagaimana
Allah mengkaitkan bulan dengan kehancuran-kehancuran kaum-kaum yang engkar? Bila lagi pengikut para pemimpin superficial ini akan terjaga dari tidur
dan sedar bahawa simbol bulan adalah simbol kehancuran zaman berzaman.
Orang gila disebut sebagai lunatic
dalam bahasa Inggeiis. Selain dari
perkataan "moon", bulan
juga disebut lunar. Perempuan pula bila "datang
bulan", lampu merah, tak boleh didekati, Danger Zone! "Mood" pun
lari, salah allignment lah kerana ada
bulan kecil di bawah. Tunggu! Tunggu anak bulan. Lagi ada bulan dibawah no
way brother.
Parti KeAdilan pula memilih simbol gerhana matahari. Astghafirullah eloklah tu....
Narnun bagi pemimpin PAS yang tak pakai cermin mata hijau, mereka
tahu kenapa keADILan tak pakai lambang
dacing seperti Semangat 46 dahulu, tak pakai nama lain kerana jika BN
menang, tak dapat majoriti anggota keADILan akan menyertai BN seperti Ku Li dan
lain-lain pemimpin 46 masuk semula dalam UMNO.
Apakah orang PAS kenal dan sudah teropong siapa pemimpin keADILan
sebenarnya? Kawan atau musuh dalam
selimut? Janganlah asyik nak tengok
bulan dan mata Anwar yang lebam saja.
Anwar pun pemain silap matajuga.
Dengan ular mesti kena jaga-jaga.
Bulan mengambang bukan sahaja menggambarkan perkara-perkara
yang tidak baik dalam Islam, malah menjadi simbol berbagai-bagai petanda dan
alamat yang tidak baik. Bila bulan
mengambang, kena puasa tau. Puasa sunat
tiga hari. Begitu juga dengan
gerhana. Sebab itu Nabi menyuruh kita
sembahyang sunat dua rakaat tatkala terjadinya gerhana bulan atau gerhana
matahari agar kita dijauhkan dari segala bencana. Yang kita pergi ikut simbol yang ditakuti dan membawa mudarat
pada manusia, pasal apa? Akal kita
bubuh kat mana? Kalau tanah, api, air
dan angin dijadikan simbol o.klah kerana empat element ini ada dalam diri kita.
Bulan ni kalau kita ikut sejarah hikayat Nur Muhammad,
bendanya kecil sangat. Mukjizat Nabi
kita masukkan bulan ikut jubah lengan kanan, keluar ikut lengan kiri.
Bagi orang-orang Melayu dulu pula, cerita pontianak keluar waktu
bulan mengambang, begitu juga dengan harimau jadian. Kalau di Barat ada orang yang boleh berubah menjadi 'werewolf' ataupun
serigala jadi-jadian waktu bulan mengambang.
Air pasang surut pun ada kaitan dengan waktu bulan mengambang. Dan sesetengah orang menjadi tak siuman atau
disebut sebagai 'lunatic' waktu bulan mengambang penuh di atas langit. Apakah tidak mustahil, hari ini ramai yang
sudah semacam tidak siuman, sudah salah allignment,
sampai ada yang bunuh bini, bunuh diri, bunuh macam-macam lagi, sampai
sembahyang hajat suruh pemimpin mati akibat terlampau banyak tengok lambang
bulan yang bergantungan siang hari.
Maka sebab itulah Tuhan
memilih bulan untuk menunjukkan kemusnahan enam kaum dalam sejarah Islam.
Mungkin sebab itulah orang Cina merasakan simbol ini mereka buat
kuih bulan. Mereka makan itu kuih
bulan. Takut silap-silap haribulan itu
bulan gantung-gantung kena makan naga.
Naga cukup suka ini macam punya bulan.
Roket tak ada tempat mahu landing.
Roket DAP bukan kuat sangat, tak ada enjin. Cukuplah setakat landing atas bulan mengambang. Bukan tinggi sangat. Paling tinggi pun atas pokok kelapa. Itu pun ada yang dah panjat pokok yang
tinggi terpaksa panggil kren untuk turun.
Nak dapat RM150.00 kena bayar RM250.00, semua bulan punya pasal.
Tapi sungguhpun Tuhan sudah menurunkan ayat-ayatnya untuk dijadikan
panduan bagi semua hambanya di muka bumi ini, namun ada juga segolongan dari
hamba-hamba-Nya itu yang masih tidak mengindahkan ayat-ayat Allah SWT itu. Mereka terus Ialai dengan perjuangan mereka
yang menggunakan simbol bulan mengambang.
Mereka terus membawa manusia supaya cintakan bulan. Tanda orang Melayu sudah hampir rosak juga
sudah jelas. Tuhan suruh tidur di waktu
malam atau beribadat. Tuhan tak suruh
tengok bulan. Tuhan tidak suruh dengar
ceramah dibawah cahaya sinaran rambulan.
Puak-puak pemuja bulan ini suruh dengar ceramah, sikit punya gila ke
terpaksa mengikut hawa nafsu hingga mereka terlupa firrnan Allah mengenai
kehancuran musuh Muhammad SAW.
Surah Al-Qamar Ayat 3
Dan mereka mendustakan
(Nabi) dan mengikut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada
ketetapannya.
Itulah kerja orang-orang PAS yang kini dibantu oleh puak-puak
keADILan. Mereka mendustakan
pemimpin-pemimpin Melayu yang juga beragama Islam kerana menurut hawa nafsu
mereka di atas alasan mahu membela keadilan ke atas Anwar Ibrahirn dan
mengembalikan sistem kerajaan yang kononnya sudah tidak adil di mata
mereka. Mereka terlupa bahawa negara
ini mempunyai undang-undang yang telah ditetapkan. Kononnya PAS mahu memperjuangkan sebuah negara Islam, iaitu
negara Islam mengikut tafsiran PAS.
Orang PAS ini faham ke, tahu ke bahawa agama yang bermula dari Adam a.s.
hinggalah kepada Nabi terakhir Muhammad SAW berlaku secara proses evolusi yang
memakan masa ribuan tahun dan bukan menerusi ceramah politik dengan menggunakan
akhbar, buku atau Intemet yang memakan masa yang singkat dan mendadak.
Para pemimpin PAS kena ingat untuk mencapai cita-cita ini,
orang-orang PAS yang bertopengkan identiti Islam tak boleh menjualkan ayat-ayat
Allah dengan sewenang-wenangnya. Orang
Melayu hari ini bukan bodoh, mereka akan memberontak bila merasakan diri mereka
diperbodohkan. Sesungguhnya perbuatan
suruh pengikut jadi macam kambing biri-biri yang ikut saja ke mana gembala
pergi adalah lebih buruk lagi dari apa yang dilakukan oleh Salman Rushdie dalam
bukunya Surah Syaitan kerana ia telah
menghina manusia yang dijadikan sebagai semulia mulia dan seindah-indah
kejadian Tuhan.
Ingatlah ketika Allah menerangkan kehancuran kaum Nuh dalam Surah
AI-Qamar ayat 3 itu, Allah SWT telah berfirman:
Dan sesungguhnya telah Kami
mudahkan AI-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
Jelas sungguh para pemimpin PAS yang bersimbolkan AI-Qamar telah
tidak mengambil pelajaran dari ayat-ayat Allah kerana mereka tutup pintu
ijtihad para pengikut. Mereka rampas
kuasa berfikir dari para pengikut hingga mereka membuatkan pengikut tertidur
lena.
Bulan yang digunakan oleh PAS sebagai simbol parti mereka itu
bukanlah bulan yang digunakan untuk simbol Islam. Bulan Islam adalah bulan sabit.
Dan bagi umat Islam seluruh dunia bila mereka menyambut kedatangan bulan
yang mulia seperti bulan Ramadhan atau pun bulan Syawal, mereka melihat anak bulan dan bukannya bulan mengambang.
Kenapa Islam memilih anak bulan untuk dijadikan simbol? Kenapa tak pilih bulan mengambang
penuh? Tentu ada sebab musababnya. Cuba kita perhatikan bulan mengambang. Dia mengambang untuk satu malam sahaja.
Selepas itu dia beransur-ansur mengecut atau saiznya menjadi kecil dari semalam
ke semalam. Tapi cuba kita lihat anak
bulan. Kemunculan menandakan satu bulan
yang baru. Semakin hari anak bulan
semakin membesar. Dan ini menandakan
satu proses evolusi yang memakan masa yang panjang dan juga kemajuan. Jadi yang manakah lebih baik. Sesuatu yang berkembang atau sesuatu yang
akan mengecut. Sebab itu popularity PAS
tidak pernah tahan lama.
Kita tahu benda yang kecil dia akan membesar tapi benda yang
alih-alih saja sudah besar tak boleh jadi lebih besar lagi. Dia macarn belon, sama ada dia meletup atau
kempis. Cuba fikir apa yang ada dalam
belon kalau bukan angin. Bayangkan
berkawan dengan orang yang banyak angin.
Sialap-silap bau melantung aje.
Hari ini tanda-tanda PAS akan meletup macam belon getah sudah
nampak. Tapi belon PAS bukan pecah
kerana ditiup terlampau besar, tetapi kerana banyak sangat kempas-kempis yang
menyebabkan belon itu hampir hendak bocor.
Menyentuh pasal kempas-kempis ini, hanya benda yang bulat macam
bulan PAS sahaja yang boleh kempas-kempis.
Allahyarham Pak Zubir Said ada mencipta lagu yang liriknya di tulis oleh
Hamzah Hussein. Lagunya bertajuk
kempas-kempis dan dinyanyikan oleh kanak-kanak 40 tahun dulu seperti ini.
Kempas-kempis, kempas-kempis
Kempas-Kembong
Dari kecil jangan suka cakap
bohong
Sudah besar orang pulau satu
kampong.
Itu 40 tahun dulu, Pak Zubir Said, tokoh muzik Melayu pun sudah
lama meninggal dunia dengan memberikan sumbangannya kepada dunia muzik
Melayu. Pak Hamzah Hussein, tokoh
sasterawan Melayu Asas 50, masih lagi aktif.
Berbalik kepada cerita bulan tadi, ada satu cerita untuk orang
PAS. Cerita ini cerita lama. Lebih lama dari parti PAS sendiri. Cerita ini berasal dari negeri orang
putih. Waktu dulu-dulu, malah waktu
sekarang pun bila orang putih nak tidurkan anak, mereka nyanyikan satu lagu
dari Nursery Rhymes. Lagunya begini:
Hey diddle, diddle
The cat and the fiddle
The cowjumps over the moon
The cat and the dog laugh too
see such sport
The cup run away with the
saucer
Hey diddle, diddle.
Lagu atau cerita yang dipetik dari Nursery Rhymes (cerita
kanak-kanak) ini kalau nak terjemahkan, berat sikit. Tapi biar bagaimanapun, mesej yang nak sampaikan ialah kalau lembu
pun boleh melompat di atas bulan, ini bermakna lembu yang sebodoh-bodoh
binatang itu lebih bijak dari bulan.
Mungkin lembu ini kepunyaan Si Warso yang pakai cermin mata hijau,
kepunyaan Datuk Sanusi Junid. Jangan
marah.
Tak tahu tiba-tiba saja teringat malam pelancaran buku Mahathir Di Ambang Senja. Pertanyaan
dibuat pada Presiden PAS, apakah saya orang yang pertama akan disimpan
di dalam ISA bila Barisan Altematif memerintah negara nanti? Jawab Datuk Fadzil Nor Barisan Altematif
akan menghapuskan ISA dan akan memberikan kebebasan akhbar sepenuhnya. Saya harap mereka tak berbohong. Namun terlebih dahulu mari kita tengok
apakah reaksi mereka terhadap penulisan ini?
Jangan nanti mereka emosi dan tak benarkan ahli PAS dan keADILan membaca
penulisan ini. Mahu perintah negara
mana boleh emosi? Sekarang mereka sudah
berkempen, penyokong dan rakyat jangan baca akhbar utama dan tengok berita di
TV. Malah ada fatwa baru jangan baca
akhbar utama macam Utusan Malaysia, Berita Harian dan berbagai-bagai akhbar
utama yang lain nanti buta hati. Apakah
PAS takut rakyat buta hati atau takut penyokong berubah hati kerana membaca
kemungkaran dan pembohongan PAS, keADILan, DAP dan Anwar. Atau PAS nak cari untung hasil penjualan
Harakah.
Haji Hadi dan orang-orang PAS janganlah terpesona dengan bulan
walaupun R Ramlee ada menyanyikan lagu-lagu yang menceritakan tentang keindahan
bulan seperti: "Engkau Laksana
Bulan, Bulan Dipagar Bintang dan Sri
Bulan" kerana angkasawan-angkasawan Apollo 11 telah pun membuktikan
betapa hodoh dan berbenjol-benjolnya wajah bulan itu yang sebenarnya.
Cukuplah perjuangan PAS sampai di sini sahaja kalau tujuan perjuangan
semata-mata untuk mempergunakan agama.
Hari ini orang sudah naik ke bulan.
Mudah-mudahan para pengikut PAS tak jadi macam pungguk merindukan bulan. Lagipun
hari ini bulan PAS sudah pecah tiga, liberal, radikal dan ulama. Kini wujud pula PAS Baru ekoran tindakan
pemimpin PAS menggugurkan matlamat untuk menubuh negara Islam dan mendaulatkan
undang-undang Islam semata-mata hendak memenuhi tuntutan dan kehendak Barisan
Alternatif terutama DAP. Dalam PAS
sendiri sudah berpuak-puak, perebutan kuasa dalam PAS lebih teruk dari dalam
UMNO. Hasad, dengki, iri hati dan
cemburu masih menebal di hati pengikut yang merasakan adanya ketidak adilan
dalam pembahagian kayu balak dan lain-lain.
Di akhir kata sukalah dinyanyikan lagu Ghazal, "Pak Ngah Balik", ciptaan Allahyarham Pak Lomak atau
Major Lomak dan dipopularkan oleh Zainuddin Md Dom dan lagu ini istimewa ditujukan
untuk parti bulan dengan ucapan "Pak
Ngah Balik". Mudah-mudahan
mereka akan balik ke pangkal jalan, balik ke pangkuan UMNO.
Bulan lah mengambang,
Bulan mengambang,
Pak Ngah balik
ahailah - Sayang
Pak Pong Pak Pong
Pak Pong...