Antara tuntutan Suqiu yang dianggap ekstrem
1. Di bawah tajuk menggalakkan perpaduan, Suqiu meminta dimansuhkan perbezaan bumiputera/bukan bumiputera dalam
semua bidang.
2. Demi mempertahankan Hak Asasi Manusia dan Menegakkan Keadilan Suqiu meminta dipinda Akta Kesatuan Sekerja,
Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Polis dan Akta Universiti dan Kolej Universiti supaya selaras dengan
piawaian hak asasi manusia dan mempertahankan kebebasan bercakap, perhimpunan dan persatuan.
3. Di bawah tajuk Laksanakan Dasar Ekonomi yang Adil, Suqiu meminta diberikan bantuan secara adil dan mencukupi
kepada semua sektor termasuk industri penternakan babi.
Suqiu juga mahu dihapuskan sistem kuota yang berasaskan 'kaum' dan gantikannya dengan sistem pengagihan yang
berasaskan 'kebolehan' (means-tested sliding scale).
4. Dalam tuntutan Laksanakan Dasar Pendidikan yang progresif dan liberal, Suqiu meminta dibatalkan rancangan Sekolah
Wawasan dan hentikan pelantikan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk memegang jawatan-jawatan
tinggi di sekolah rendah Cina untuk memastikan sifat dan cara pendidikan di sekolah rendah Cina tidak diubah. Suqiu
juga mendesak dihapuskan kuota untuk kemasukan ke universiti.
5. Di bawah perkara Lindungi Alam Sekitar Suqiu mahu kerajaan turut mengindahkan kawasan-kawasan perkuburan
dan pastikan kawasan tersebut tidak dipindah untuk tujuan pembangunan.
Dalam usaha memodenisasikan dan membangunkan kampung baru. Suqiu mendesak kerajaaan memastikan semua
penduduk perkampungan baru diberi hak milik tanah dengan segera.