1. DUSTA
PERMAINAN PAS
PAS banyak melakukan dusta, menyeleweng
fakta dan melemparkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap UMNO serta memberikan maklumat yang
salah mengenai kerajaan dan agama kepada pengikutnya.
"PAS memperjuangkan Islam dan
UMNO tak mahu memperjuangkan Islam. PAS Hizbullah dan UMNO Hizbus Syaitan. Orang Islam
pilih hizbus syaitan, tidak pilih hizbullah".
Ucapan bekas Ketua Pemuda PAS Pusat Haji Abu Bakar Chik di Batu Rakit Darat, Ktiala
Terengganu pada 13 November 1983.
2.
MAKI HAMUN AMALAN PAS
Pemimpin
dan propagandis PAS sering mengeluarkan perkataan-perkataan menghina terhadap saudara
muslimnya daripada UMNO, kata-kata kesat dan maki hamun. Pernah Presiden Parti itu,
menghina keluarga YAB Timbalan Perdana Menteri dengan berkata "Badawi di negara Arab
menjaga unta, tapi Badawi di Malaysia menjaga babi".
Maki hamun, mencela dan menghina adalah lumrah di dalam ucapan para pemimpin PAS.
3. FITNAH MEMFITNAH AGENDA PAS
PAS sering membuat fitnah dan mencipta
berbagai pembohongan untuk memburukkan pemimpin UMNO.
Antaranya, Perdana Menteri tidak wukuf di Arafah ketika beliau mengerjakan haji
lebih kurang setahun yang lalu. PAS juga
menyebarkan berita bohong kononnya Perdana Menteri jatuh kuda di Argentina dan mati. Sebenarnya apa yang disebut itu adalah fitnah
semata-mata.
4. BENCI MEMBENCI AJARAN PAS
PAS menggunakan pendekatan membenci UMNO
dan pimpinan-pimpinan kerajaan, BN dari peringkat anak-anak (di TASKI atau PASTI)
hinggalah kepada segala pentas ceramah umum mereka. Dengan
itu PAS berjaya membentuk penyokong-penyokong mereka yang bersifat keras, bengis dan tidak
berakhlak mengikut akhlak Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w.
5. ALLAH DIPERMAIN OLEH PEMIMPIN PAS
Nik Aziz sanggup menghina Allah dengan mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut. Semata-mata kerana hendak membela seorang ahli seumur hidup PAS yang menulis buku bernama "Shit". Dia juga sanggup menghukum boleh berkawan dengan syaitan, sedangkan syaitan adalah seteru Allah dan seteru orang beriman (Lihat lampiran). Dia juga yang telah menyokong doa butakan mata rakyat yang hendak mengundi Barisan Nasional dan memohon malapetaka ke atas ahli-ahli UMNO.
"Novel Shit karya Shahnon Ahmad
adalah sumbangan besar kepada rakyat. Melalui novel tersebut rakyat diberi gambaran
perkembangan politik negara yang amat buruk dan memerlukan perubahan segera". kata
Presiden PAS, Dato' Fadzil Noor pada 24 April 1999 di Alor Setar, Kedah.
"Ajaran
Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. Novel Shit, karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan
mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam," kata Nik Aziz di Kota Bharu
Kelantan.
Pada 27 Mei 1999, Nik Aziz meminta
ahli-ahli PAS mengamalkan satu doa bagi "membutakan mata" pengundi-pengundi
hantu dalam pilihan raya nanti. Doa ini berbunyi "Ya Allah, aku mohon butakan mata
pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol
PAS."Doa tersebut dibaca sambil diikuti oleh kira-kira 3,000 penyokongnya pada satu
majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.