1. HUKUM MENGIKUT RASA
PAS tidak konsisten,
hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS
Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir
memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba
pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak
pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP
menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).
Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa
berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata,
"orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik
siapa
adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai
"UMNO")
Ha
UMNO
Apa hukum orang ni?
..(Pendengar jawab
"Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq"
Pada 24
Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia
bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan
datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.
2. PERPECAHAN UMMAH
Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.
3. MEROSAKKAN AMAL IBADAT
Orang-orang
PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah
berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang,
Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu
lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli
PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain dimana terdapat markas PAS atau masjid
yang dikuasai oleh orang PAS.
4. MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM
Program-program
Islam bagi melaksanakan Instituis Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam,
Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan
imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya
antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam
dan universiti-universiti lain.
Pesuruhjaya PAS
Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang
sedang diusahakan oleh kerajaan tidak kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat
Islam di negara ini.
"Perkara
ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak
dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).
5. AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN
Di dalam
Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan
pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati
syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan
sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan
Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan
Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).
6. PENYELEWENGAN ZAKAT
PAS
melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan
ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu.
PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS
berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat
tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak
asnaf yang lain tidak dipedulikan.
7. DERMA JIHAD YANG JAHAT
PAS banyak mengutip derma di setiap
ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara.
Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat.
Amanat Hadi menyebut "Derma kita adalah Jihad".
8. PULAU MEMULAU
Pemulauan
sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS
terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan
Islam. Berlakunya perceraian suami isteri
kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long,
Setiu).
9. PEMBOHONGAN
PAS
PAS mendakwa hendak menegakkan negara
Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan
negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.
10.
BERGADUH SURUHAN ALLAH
Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan
pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat
251, surah al-Baqarah dengan kata:
"Kalau
Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini ".
Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim,
Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada
rakaman kaset).
11. MEMPERSENDAKAN
HUKUM HUDUD ALLAH
PAS telah mempersednakan hudud Allah.
Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata
"Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang
sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993,
dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek
dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai
tilawah mengikut keputusan Kelantan?
Haji
Hadi juga berkata :" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum
Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama
ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).
Apa yang menghairankan penggubalan Hudud
Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.
12. PAS
HINA WANITA
PAS menghina kedudukan wanita dengan
mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka
tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita
daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila
membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan
mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan
tilawah Al-Quran dengan nyanyian.
"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji
kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi
fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,"
kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.
Pada
20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita
"kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika
wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.