1. PAS
ITU ISLAM, ISLAM ITU PAS
PAS mendakwa ianya memperjuangkan
Islam, justeru itu menetang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS
sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-nabi, khasnya nabi Muhammad s.a.w
dan ayat-ayat Al-Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk
orang-orang PAS. UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam, penentang Nabi-nabi, kerana UMNO
menentang PAS.
2. HARAM HALAL JADI POLITIK PAS
Oleh
kerana PAS kononnya berjuang menegakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan PAS adalah
penentang Islam, maka menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan
menyokong PAS membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke
neraka.
Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz
Nik Mat pernah berkata, "Jika ada parti lain
yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram".
(Harakah, 23 April 1994).
3. SYURGA, NERAKA TARUHAN PAS
Ada lagi alasan lain bagi menguatkan
kepercayaan orang ramai terhadap PAS, mengundi PAS masuk syurga dan mengundi UMNO masuk
neraka dan kerajaan yang diterajui oleh UMNO dikatakan sebagai zalim. Kerana itu cenderung
hati kepada UMNO pun akan membawa seseorang itu ke neraka. Apa lagi menyokong, mengundi
dan menjadi ahli UMNO.
4. AJARAN KARUT DAN KHURAFAT
PAS
menyebarkan kurafat di kalangan ahli-ahlinya dan orang-orang awam untuk mengukuhkan
keyakinan kepada PAS dan pemimpinnya, kononnya
parti itu mendapat restu dan pertolongan Allah. Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan
bahawa kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990 adalah dengan pertolongan para malaikat. Kebetulan pohon durian pada tahun itu di Kelantan
menghasilkan buah yang lebat. Orang PAS menyebarkan dakyah bahawa hasil durian yang lebat
itu adalah berkat kemenangan PAS. Pada hal durian juga lebat di Kedah dan di Perak, pada
tahun yang sama.
5. KEPERCAYAAN SESAT
Mempercayai
bahwa sesuatu tragedi yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh BN sebagai bala
Allah yang menimpa penentang-penentang Allah s.w.t yang anehnya, mereka mendiamkan diri
apabila banjir besar melanda negeri Kelantan yang memusnahkan tanaman dan harta benda.
6. FATWA HADI DAN KAFIR MENGKAFIR
Di dlaam Amanat Haji Hadi yang
disebutnya di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981, adalah jelas pemimpin
PAS itu mengkafirkan UMNO dan mengeluarkan kaedah usuluddin yang bertentangan dengan
pegangan ahla Sunnnah Wal al-Jamaah. Beliau
berkata: "Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku".
Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politk suku, agama suku itu menjadi kafir
kerana perkataannya itu tertakluk kepada takwil.
Menurut kaedah usuluddin : Tidak boleh
dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh di takwil sebagai tidak
bermaksud kekufuran.