1. PAS
PARTI SERPIHAN
PAS ialah parti politik serpihan daripada UMNO. Apabila
ketuanya Tuan Haji Ahmad Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan
melawan Tunku bagi merebut jawatan Yang Dipertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951,
ia keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951, iaitu
PAS.
2.
PENYERTAAN PAS DALAM BN
PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Pada tahun 1973 PAS bersama UMNO dan MCA dalam
Kerajaan Campuran di Kelantan dan pada tahun 1974 PAS menyertai Barisan Nasional. Semasa
UMNO melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi merealisasikan agenda Melayu di dalam pembangunan
negara, PAS turut menyokongnya. Apabila PAS
keluar daripada Barisan Nasional dalam tahun 1977, perjuangan membela bangsa Melayu sudah
tidak relevan lagi untuk PAS, kerana perjuangan itu telah diisi sepenuhnya oleh UMNO.
3.
SINGKIR ASRI KERANA KEPIMPINAN
ULAMA
Pada
tahun 1983 PAS menyingkir Tan Sri Asri daripada kepimpinannya, kemudian diganti oleh
sekumpulan pemimpin baru yang terdiri daripada Haji Yusof Rawa, Fadzil Noor, Nik Aziz, Hj.
Hadi dan lain-lain. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kepimpinan ulama. Dalam era
tersebut PAS melabelkan perjuangan kebangsaan
Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai asabiyyah kerana assobiyyah dilarang dalam
Islam.
4.
PEMALSUAN AQIDAH KERANA POLITIK
Apabila
PAS menjadikan politik sebagai aqidah, menyebabkan berlakunya campur-aduk antara persoalan
aqidah dan politik tanpa membezakan antara usul siasiyyah (prinsip politik) dengan qadaya
siasiyyah (isu-isu politik). Bagi pemimpin
dari ahli-ahil PAS yang tidak memiliki pengetahuan yang mantap mengenai politik dan aqidah
Islam, menjadikan mereka golongan yang mengulangi penyelewengan AlKhawarij, (satu golongan
yang mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka di akhir pemerintahan
Khulafah Al-Rasyidin).
5.
MEMBINA PEMIKIRAN PELAMPAU, TAKSUB
PAS mula membina pemikiran-pemikiran
politik melampau dengan memulau dan mengkafirkan sesama Islam yang tidak sehaluan
dengannya dan berbagai-bagai tindakan lagi dilakukan oleh PAS menyebabkan parti itu boleh
dianggap sama dengan pemikiran kaum Al-Khawarij sepanjang penglibatan kaum itu dalam
politik.
6. SEJARAH KHAWARIJ
Sejarah perkembangan umat Islam telah
menunjukkan kepada kita betapa adanya individu atau kumpulan yang mahukan kuasa sehingga
sanggup melakukan apa sahaja sekalipun memutarbelitkan hukum agama sebagaimana yang
dilakukan oleh Kumpulan Khawarij di zaman Saidina Ali dan Muawiyah.
Sebenarnya golongan yang sangat taksub
kepada Saidina Ali ini telah melakukan tindakan yang melampau sejak zaman pemerintahan
Saidina Uthman (ra.) lagi di mana mereka telah menuduh Saidina Uthman sebagai kafir dengan
alasan baginda tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t.; dan hal ini
mengakibatkan berlakunya fitnah besar di kalangan umat Islam.
Oleh kerana salah satu natijah penting
daripada tuduhan kafir (takfir) ialah halal darah, maka tuduhan kufur terhadap Saidina
Uthman telah membawa kepada pertumpahan darah seorang sahabat besar Rasulullah dan
Khalifah Islam ketiga dengan matinya beliau.
Ekoran daripada pembunuhan Saidina
Uthman, timbul di kalangan masyarakat Islam waktu itu golongan yang ingin menuntut bela
terhadap darahnya, yang berakhir dengan peperangan al-Jamal antara kumpulan yang dipimpin
oleh Saidatina Aisyah dan Saidina Ali. Peperangan al-Jamal telah mengakibatkan penumpahan
darah ribuan umat Islam.
Fitnah takfir berulang lagi pada zaman
Saidina Ali r.a. Golongan Khawarij bukan saja mengkafirkan Saidina Ali dan
pengikut-pengikutnya, tetapi juga umat Islam yang bukan Khawarij serta menghalalkan darah
mereka. Malah lebih jauh lagi pegangan mereka ini mereka jelmakan dalam tindakan dengan
membunuh siapa saja orang Islam bukan Khawarij yang mereka temui.
Peristiwa sejarah telah memperlihatkan
betapa besarnya bahaya dan kemusnahan akibat perbuatan takfir terhadap akidah dan
perpaduan umat.
7.
BERTOPENG ISLAM GAGAL ATASI UMNO
Dengan strategi bertopengkan imej
perjuangan Islam, PAS gagal mengemukakan dasar-dasar perjuangan Islam yang sebenarnya baik
di bidang ekonomi, politik, pemerintahn, sosial, pendidikan dan lain-lain. Justeru itu,
PAS hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengemukakan alternatif kepada dasar dan
program pembangunan yang dilaksanakan oleh UMNO untuk memenuhi kehendak perjuangan Islam
yang sebenarnya. UMNO walaupun tanpa diberikan jenama Islam kepada apa yang telah
dilaksanakan dalam pembangunan, tetapi ternyata PAS tidak mampu menyainginya.
8.
SIKAP EKSTRIM ALA KHAWARIJ
Menyedari kelemahannya, PAS mengambil
jalan singkat yang merbahaya dan kotor untuk terus berhadapan dengan UMNO. Di samping
meneruskan sikap ekstrim ala khawarij, PAS juga menggerakkan jentera penerangannya untuk
membenci UMNO. Gerakan membenci UMN0 telah dilaksanakan sejak lama dahulu dan apabila
berlakunya krisis Dato' Seri Anwar Ibrahim kebencian itu seolah-olahnya baru bagaikan
disirami minyak petrol yang menyemarakkan.
Sejarah menceritakan bagaimana seorang
pegawai kepada Syaidina Ali bersama seorang isteri dan anaknya masih di dalam kandungan
telah dibunuh oleh sekumpulan pemberontak Khawarij, sebabnya kerana mereka tidak sanggup
mengkufurkan Saidina Ali
Diperhatikan
juga bagaimana takfir telah melahirkan pegangan dan tindakan ekstrim yang jauh menyimpang
daripada ajaran Islam, sehingga buah tamar seorang Nasrani lebih berharga daripada nyawa
seorang Muslim, dan nyawa seorang musyrik lebih terpelihara daripada nyawa seorang Muslim
yang tidak sama pegangannya.
9.
KESAN
MELAMPAU MEROSAKKAN IBADAT, RUMAHTANGGA DAN NEGARA
Kesan
pendekatan melampau, taksub, fitnah dan membenci yang digunakan oleh PAS telah melahirkan
banyak kerosakan dalam masyarakat Islam seperti sembahyang dua imam, kubur berasingan,
bercerai suami isteri, pulau-memulau, tragedi berdarah Memali dan penderhakaan di Bukit
Jenalek, Sauk.