PAS tidak peduli, samada strategi
politiknya ini, sesuai atau tidak dengan Islam. Ini ialah kerana bagi
"matlamat mengharuskan cara". Meskipun jelas politik membenci ini
bertentangan dengan Islam, tetapi inilah kaedah politik yang paling laris
dikalangan propaganda PAS dan para pengikutnya. Majlis ceramah PAS akan menjadi
lesu dan hambar jika tidak bernada kecaman fitnah dan kata nista terhadap UMNO.
Ceramah mereka seolah-olah tidak sah jika tidak mengutuk Dato' Seri Dr.
Mahathir.
Politik
PAS ini menyimpang jauh daripada Islam. Politik Islam mengajak umat bersatu dan
melarang perpecahan, persengketaan dan perkelahian. Ini ialah kerana perbuatan
itu membawa kepada kegagalan dan kehancuran. Kehancuran yang bakal menimpa umat
ini dan bangsa Melayu, jika terus bersengketa dipandang ringan oleh PAS. Kerana
mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap tragedi yang akan berlaku.
Yang penting bagi mereka ialah menghancurkan UMNO. UMNO bagi mereka adalah
musuh yang lebih dibenci oleh mereka daripada Yahudi. Inilah perasaan yang ada
di dalam hati sanubari pemimpin dan pengikut PAS. Mereka hilang pedoman dan
lupa peringatan Nabi s.a.w.
Ertinya :
Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan
beriman sehinggalah kamu berkasih sayang.
Politik
membenci terhadap sesama Islam tidak ada di dalam agenda politik Islam. Bahkan
orang yang melakukan kesalahan dan dosa sekalipun, tidak harus dibenci. Orang
tersebut dengan penuh kasih sayang hendaklah diselamatkan daripda api neraka
yang akan diterimanya jika ia terus melakukan maksiat. Ia hendaklaj diberi
bimbingan dan nasihat supaya meninggalkan maksiat. Jika perlu dihukum, ia
dihukum dengan adil tetapi dilarang menghinanya. Demikianlah keindahan politik
Islam. Keindahan ini sedang dicemari oleh parti PAS yang memperjuangkan
pembentukan negara Islam untuk membangun sistem Islam. Mereka sepatutnya
memulakan pembangunan sistem Islam dengan memperbaiki tingkah laku politik
mereka supaya bersesuaian dengan ajaran Islam. Mereka seharusnya meninggalkan
politik maki hamun, memfitnah, mencela, mengkafirkan sesama Islam dan lain-lain
perbuatan yang tidak selaras dengan tuntutan Islam. Sekiranya mereka gagal di
lapangan ini, harapan untuk mereka mendirikan negara Islam dan membangun sistem
Islam dalam pelbagai bidang akan bersua dengan maksud kata pepatah "jauh
panggang dari api".