PERJUANGAN YANG TIDAK
KONSISTEN
Jika kita
bertanya kepada pemimpin PAS apakah pemikiran politk PAS yang mendokong
perjuangannya untuk menegakkan negara Islam, mereka tidak dapat menjelaskannya.
Ini ialah kerana mereka tidak mempunyai pemikiran politik yang dapat
menjelaskan bagaimana sebuah negara Islam itu hendak dibina. Pada tahun-tahun
50 dan 60 an PAS mendokong nasionalisme Melayu dan Islam. Nasionalisme Melayu
PAS dilihat sebagai ekstrim. PAS menentang UMNO, kerana menganggap nasinalisme
Melayu UMNO tidak sempurna. UMNO tidak cukup Melayu kerana itulah PAS menentang
UMNO. UMNO dianggap tidak cukup Melayu kerana menerima kemerdekaan yang
terpaksa berkongsi kuasa dengan kaum lain dan menerima dasar kerakyatan
Jussuli. Justeru itu kemerdekaan negara dianggap separuh masak. Perjuangan PAS
untuk mendapatkan monopoli kuasa di tangan orang-orang melayu dilihat sebagai
ekstrim. Tetapi itlah pemikiran politk PAS dengan kemelayuannya yang begitu
tebal dan ekstim.
PAS bukan
sahaja menganggap UMNO tidak sempurna kemelayuannya, kerana bekerjasama dan
berkongsi kuasa dengan kaum-kaum lain. Bahkan dengan berdasarkan hujah-hujah
agama, PAS memperkukuhkan kemelayuannya itu dengan fatwa agama bahawa
bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan orang-orang bukan Islam adalah haram dan
membawa kepada kekufuran. UMNO bagi PAS bukan sahaja kurang Melayu, tetapi juga
tidak sempurna Islam kerana bekerjasama dengan orang-orang bukan Islam dan
berkongsi kuasa dengan mereka di dalam pemerintahn negara.
PAS menyertai
Barisan Nasional selepas berlakunya peristiwa 13 mei 1969. Penyertaan PAS di
dalam BN, ternyata bercanggah dengan pemikiran politiknya selama ini, yang
melarang bekerjasama dengan bukan Islam dan tidak menerima konsep perkongsian
kuasa. Berdasarkan kepada pemikiran politik PAS sebelum 13 mei, PAS turut
menjadi kurang Melayu dan tidak sempurna Islamnya. Sepanjang berada dalam BN,
PAS dengan imejnya sebagai Parti Melayu yang mendokong nasinalisme Melayu dan
Islam, sudah tidak releven lagi. Ia menjadi lebih tidak relevan lagi apabila
Dasar Ekonomi Baru dilancarkan. Dasar yang turut disokong oleh PAS sebagai
anggota BN ini, merealisasikan agenda perjuangan Melayu dalam pembangunan
negara untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Apabila PAS disingkirkan
daripada Barisan Nasional pada tahun 1977 perjuangan Nasionalisme Melayu yang didokong oleh PAS, tidak
bermakna lagi kerana agenda perjuangan Melayu itu diisi sepenuhnya oleh UMNO.
Pada ketika ini, PAS berada di tahap paling lemah, di dalam sejarahnya.
PAS menyingkir
Tan Sri Dato' Asri daripada kepimpinan PAS dan diambil alih oleh sekumpulan
pemimpin muda yang menggelarkan diri mereka kepimpinan ulama. Di era kepimpinan
ulama ini, PAS menggugurkan perjuangan kebangsaan melayu dan membina imejnya
sebagai wadah perjuangan Islam tulin. Perjuangan kebangsaan melayu yang
dilabelkan sebagai asobiyyah yang dilarang oleh Islam.
Demikianlah
perjuangan PAS, yang tidak mempunyai pemikiran dan pendirian politik yang
konsisten. Sesekali ia menjadi parti melayu yang ekstrim, kemudian bertukar menjadi
parti liberal sehingga berubah pendiriannya yang menolak bekerjasama dengan
kaum lain kepada bekerjasama serta menerima dasar-dasar yang ditentangnya.
Setelah itu menggugurkan perjuangan kebangsaan melayunya dan mendokong pula
perjuangan Islam yang kononnya adalah perjuangan Islam tulin. Kita lihat apakah
yang dilakukan oleh PAS setelah lagi sekali menukarkan fikrah politiknya.
Setelah menolak
nasionalisme Melayu yang menjadi pemikiran politiknya di tahun-tahun 50 dan
60an, dan setelah mengisytiharkan dirinya sebagai wadah perjuangan Islam tulin,
PAS menumpukan kegiatannya ke arah pembinaan akidah. PAS tidak banyak
membicarakan tentang persoalan ekonomi, sosial, pendidikan dan perundangan
Islam, dibuat secara tohor dan umum. Ini ialah kerana keupayaan intelektual dan
pengetahuan Islam dikalangan para pemimpin PAS amat terbatas dan mereka tidak
mampu membincangkan isu-isu secara mendalam. Bahkan isu-isu Islam yang mereka
berbicara secara lantang menyentuh hanya isu-isu popular yang mana hukumnya
telah diketahui oleh kebanyakkan orang, seperti judi, arak dan lain-lain.
Isu-isu ini lebih bertujuan mempromosikan dirinya sebagai Islam dan bukan
iltizam PAS bagi menentang gejala kerosakan sosial itu.