Masyarakat Melayu, umumnya belum
dapat melenyapkan kepercayaan tradisi sepenuhnya yang diwarisi dari kebudayaan
lama, sebelum kedatangan Islam. Mereka percaya kepada kuasa-kuasa istimewa yang
dimiliki oleh seseorang dan mengaitkan sesuatu kejadian atau fenomena alam yang
tertentu kepda sesuatu kuasa istimewa. Walaupun di dalam ajaran Islam sesuatu
yang luar biasa boleh terjadi dengan kehendak Allah s.w.t tetapi kerja
menghubungkaitkan sesuatu fenomena dan kejadian tertentu kepada sesuatu sekali
dengan hanya berdasarkan andaian, adalah karut dan tidak berlandaskan
kebenaran. Umpamanya mengaitkan durian yang lebat buahnya, dengan keberkatan
seseorang atau sesuatu peristiwa tertentu, tanpa bukti nyata atau hanya
berdasarkan andaian. Bolehkah dengan kenyataan di atas, Islam ditegakkan dengan
kepalsuan dan penyebaran khurafat dan
kekarutan ? Jawapannya, tentulah tidak. Orang yang menyebarkan kepercayaan
karut, berusaha mendapatkan kesetiaan kepada pemimpin dengan menyebarkan
khurafat sehingga pemimpin itu dikagumi dan digeruni seperti yang dilakukan
oleh PAS, sebenarnya telah melakukan perkara mungkar yang boleh membawa kepada
syirik.
PAS
sering menyalahkan UMNO di dalam berbagai perkara dan menghukum UMNO sebagai
kafir dan sebagainya. Tetapi PAS tidak melihat dirinya sendir yang melakukan
kemungkaran dahsyat yang melibatkan khurafat dan kepercayaan karut yang
diperangi oleh Islam. Ini ialah penyebaran kepercayaan karut, walaupun untuk
tujuan-tujuan mulia yang lain, bertentangan dengan ajran Al-Quran supaya
manusia menggunakan akal fikiran, memanafaatkan ilmu, mengkaji dan menyelidik
di dalam memahami sesuatu, semata-mata kerana ia menjadi pegangan tradisi,
sedangkan ia berlawanan denagn akal. PAS seharusnya lebih berwaspada did alam
usaha-usahanya hendak merebut kuasa politik, supaya agama, tidak dipergunakan
sehingga berlaku penyelewengan yang nyata dan yang tersembunyi. Begitu juga
dengan kepercayaan khurafat yang ditentang oleh agama, yang dipercayai oleh
sebahagian anggota masyarakat, tidak harus dikembangkan untuk tujuan mendewakan
pemimpin dan menjadikan pemimpin itu dikagumi dan digeruni.
Nampaknya
di dalam memenuhi matlamat politik untuk berkuasa, PAS menggunakan apa sahaj
cara tanpa memperhitungkan halal atau haram. Nampaknya PAS benar-benar
mengggunakan secara sempurna kaedah "Matlamat mengharuskan cara". PAS
menggunakan Islam dengan membina imej keislaman di dalam perjuangannya,
menggunakan agama untuk memperlekehkan UMNO, mengkafirkan UMNO dan
mensekularkan UMNO. PAS menjulang Al-Quran dan Al-Sunnah untuk menarik
orang-orang Islam supaya meyokong nya. Di Waktu yang sama, PAS menggunakan
kepercayaan khurafat dan karut, untuk mempengaruhi orang ramai supaya
mempercayai bahawa pemimpin meraka dalah keramat, istimewa yang harus dikagumi
dan disegani.