Penerapan aqidah di dalam praktis
politik memerlukan pengetahuan mendalam dan perancangan yang teliti. Aqidah
samada yang berkaitan dengan ketuhanan dan pandangan hidup (world view) adalah
ditentukan oleh nas-nas qatie iaitu ayat-ayat Al-Quran dan Al-Sunnah yang jelas
maksudnya. Apabila pengertian ayat-ayat ini hendak diterapkan di dalam praktis
politik, sekurang-kurangnya perlu diketahui dengan mendalam perbezaaan antara
usul siasiyyah (prinsip politik) dan qadaya suasiyyah (isu-isu politik) yang
berubah-ubah. Ayat-ayat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan politik yang
menjadi prinsip politik yang tidak berubah-ubah hendaklah dikenal pasti dan
difahami. Penerapannya di dalam menangani isu-isu politk yang berubah-ubah
memerlukan kemahiran analisis yang membolehkan prinsip itu diterapkan ke dalam
praktis politk secara wajar, tepat dan munasabah. Kekurangan pengetahuan dan
kelemahan intelektual yang mengurangkan daya analisis, boleh mengakibatkan
penyelewengan yang boleh membawa kepada kegiatan mengakidahkan isu-isu politk
dan mempolitikkan aqidah.
Kerana
ketiadaan kemahiran dan ilmu yang diperlukan, maka terjadinya penyelewengan
kaum khawarijj. Mereka terdiri daripada ahli-ahli ibadat dan hafaz Al-Quran,
atau 'Qurna'. Mereka menyokong Saidina Ali k.w di dalam krisis politik baginda
dengan Muawiyah, setelah Othman Ibnu Affan dibunuh. Didalam peperangan Sifin
umat Islam saling membunuh. Bagi menamatkan peperangan itu satu formula
perdamaian dikemukan yang terkenal dengan 'Tahkim'. Formula itu dipersetujui
oleh Ali k.w tetapi ditolak oleh puak khawarijj ini dan menganggapnya tidak
Islamik serta berlawanan dengan hukum Allah. Dalam hai ini, puak al-khawarijj
menerapkan prinsip-prinsip politik seperti :
-
Tiada hukum melainkan hukum
Allah
-
Sesiapa yang tidak menghukum
mengikut apa yang diturunkan Allah, mereka adalah kafir
Tanpa
pengalaman politik dan daya penganalisaan yang mendalam, prinsip-prinsip ini
diterapkan ke dalam isu politik tahkim dan puak khawarijj membuat kesimpulan
bahawa tahkim itu bukan hukum Allah dan kerana itu harus ditolak, kerana tiada
hukum melainkan hukum Allah. Orang yang menerima tahkim adalah berdosa dan
mereka tidak melaksanakan hukum Allah, kerana sesiapa yang tidak melaksanakan
hukum Allah adalah kafir. Berdasarkan kesimpulam itu mereka mengkafirkan
Saidina Ali, Saidina Muawiyah dan pengikut keduanya. Mereka memisahkan diri
daripada Ali dan kerananya mereka diberi gelaran khawarijj. Mereka bertindak
memerangi Ali dan juga Muawiyah. Beberapa pertempuran berlaku antara mereka dan
tentera-tentera Khalifah Ali Bin Abi Talib. Kesimpulan khawarijj itu adalah
tidak tetap dan kerana itu Ali bin Abi Talib mengulas dengan katanya:
Kalimah
benar yang disimpulkan secara palsu.
Yang dimaksudkan daripada ucapan
Saidina Ali itu ialah bahawa ayat-ayat Al-Quran yang dijadikan asas oleh
khawarijj itu adalah ayat-ayat yang benar, tetapi diberikan pengertian yang
palsu dan diterapkan ke dalam isu Tahkim secara salah.
Apabila
PAS menampilkan politik aqidah di dalam perjuangannya dengan keupayaan ilmu
yang terbatas, pemimpin-pemimpinnya mengheret parti itu ke dalam perangkap yang
dahulunya memerangkap kaum khawarijj. PAS banyak mengemukakan ayat-ayat
Al-Quran untuk menjadi hujah kepada tingkah laku politiknya, tetapi
kalimah-kalimah yang benar itu ditafsirkan secara salah atau dengan perkataan
lain, tanpa merujuk kepada pengertian-pengertian muktabar yang difahami oleh
ulama-ulama muktabar yang diakui dan diiktiraf keilmuan mereka.