Dengan mengisytiharkan dirinya
sebagai Jamaah Islam dan wadah perjuangan Islam tulin, PAS bertanggungjawab
menjelaskan Islam sebagai dasar dan sistem kehidupan yang menyeluruh. Dengan
kenyataannya bahawa matlamat politik nya ialah menegakkan negara Islam, PAS
bertanggungjawab menjelaskan sistem politik
bagi negara Islam yang hendak dibentuknya di zaman moden ini. Apakah
dasar-dasar Islam yang hendak dilaksanakan oleh PAS didalam bidang politik, ekonomi,
sosial, kebudayaan, perhubungan luara dan sebagainya. Tugas dan tanggungjawab
inilah yang sepatutnya dikemukakan oleh PAS di dalam kegiatan politiknya,
sekiranya ia benar-benar sebuah pertubuhan yang dikatakan sebagai Jamaah Islam.
Tetapi
apa yang sepatutnya dilakukan oleh PAS itu tidak ada keupayaan untuk
dilaksanakan. Ini ialah kerana pemimpin PAS tidak mempunyia cukup kelayakan
ilmiah untuk berbuat demikian. Bahkan did alam melaksanakan agenda Islam, PAS
tidak menyaingi UMNO yang bukan sahaja beriltizam kepada perjuangan menegakkan
agama dengan kata-kata tetapi melaksanakan agenda pembangunan agama secara yang
terbukti dengan kemajuan yang dicapai oleh negara dan rakyat di dalam bidang
keagamaan. Kejayaan yang dicapai oleh UMNO di dalam perjuangan Islam diakui
oleh PAS. PAS akan menjadi tidak relevan lagi dalam perjuangan Islam, jika ia
tidak melakukan sesuatu yang boleh memperkecilkan perjuangan UMNO.
PAS
tidak mempunyai cara lain untuk mengecilkan perjuangan UMNO, melainkan
menanamkan bibit kebencian dikalangan ahli-ahli dan penyokongnya kepada UMNO.
Apabila benci menguasai tidak ada lagi kebaikan yang dikenang. Benci akan
menutup mata hati, sehingga melihat segala-galanya dengan cemuhan dan jelek.
Seperti kata Imam Shafie:
Mata
yang rela melihat kecil sagala keaiban sama seperti mata kebencian melihat
segalanya penuh keburukan.
Politik
kebencian menjadi agenda utama dakyah PAS di dalam usahanya untuk mengekal
perjuangannya supaya terus relevan. Tidak ada yang lebih menimbulkan kebencian
selain daripada melabelkan UMNO sebagai kafir. Seorang pemimpin PAS dari Besut
pernah berkata "Jika UMNO tidak kafir, lebih baik kita menyertai UMNO
daripada menyertai PAS". Seterusnya UMNO dilabelkan sebagai sekular, anti
Islam, agen Yahudi dan berbagai label yang kesemuanya untuk menanamkan
kebencian kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.