KENYATAAN NIK AZIZ
TENTANG ISTANA
Dalam masa 10 tahun
memerintah Kelantan juga Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan istana bagaikan
bukan manusia.
Beliau juga pernah
berkata bahawa raja walaupun muda adalah orang tua bagi negeri.
Sekarang apa jadi
hubungan pemimpin Pas dengan sultan?
Rakyat tidak lupa dengan
keengganan Yang Berhormat Mohamad Sabu dan Mazlan Ibrahim, Ketua Pemuda Pas
Kawasan Kota Bharu untuk bertemu mata dengan Sultan Kelantan walau dijemput ke
istana.
Dalam tahun 1996 dahulu
heboh kononnya kerajaan Pas mahu meminda perlembagaan negeri Kelantan kononnya
mahu menghalang campur tangan istana dalam politik Kelantan.
Nik Aziz sendiri dalam
kenyataan pada 26 April 1996 menjelaskan bahawa Pas akan bertindak meminda
perlembagaan negeri bagi mengehadkan kuasa sultan.
Sebagai sebuah kerajaan
yang dikatakan kerajaan Islam sepatutnya Pas memastikan sama ada pindaan itu
menepati kehendak Islam atau tidak.
Sampai sekarang Pas
tidak berani menjelaskan isu pindaan undang-undang dari perspektif Islam.
Bagi rakyat dan istana
tidak ada perkara yang hendak dihalang jika apa yang Pas mahu buat bertepatan
dengan Islam. Soalnya sekarang kenapa Pas tidak berani memutuskan pindaan itu
dari sudut hukum syarak jika benar Pas mahu memerintah berdasarkan Islam.
Jika pindaan itu wajib
mengikut hukum Islam kerajaan Pas berdosa jika tidak memindanya. Jika pindaan
itu haram di sudut Islam jelaslah Pas ini jenis parti bercakap dahulu baru
berfikir.
Istana hanya menjalankan
kuasa sepertimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan Kelantan seperti melantik
Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan menaungi Majlis Agama Islam
Kelantan.
Tindakan biadab pemimpin
Pas seperti mendakwa jika sultan bertanding pilihan raya pun sultan akan kalah
menggambarkan buruk laku dan celupar mulut pemimpin Pas seolah-olah jika Pas
menang tidak perlu Pas mengangkat sumpah di hadapan sultan Kelantan.
Mereka seolah-olah tidak
sedar bahawa sultan ada peranan, kerajaan ada peranan, rakyat ada peranan,
pegawai kerajaan ada peranan dan semuanya ada peranan masing-masing.
Maka Pas sewajarnya
menghormati peranan orang lain bukannya bercakap tak tentu hala seperti masuk
hantu.
Di awal pemerintah di
Kelantan, kerajaan Pas membangunkan Desa Taqwa.
Kerajaan BN dahulu
mewujudkan kampung yang diidam-idamkan dan menyalurkan pelbagai bantuan untuk
mewujudkan kampung yang sedemikian. Bila tiba zaman Pas, ditiru juga apa yang
BN buat tetapi ditukar nama supaya berbunyi lebih sedap iaitu Desa Taqwa.
Kita tak tahu sudah ada
berapa banyak Desa Taqwa yang dibuat oleh kerajaan Kelantan. Apa yang kita tahu
serupa sahaja kampung yang dinamakan Desa Taqwa dengan kampung yang tidak
dipilih menjadi Desa Taqwa dari segi taqwa penduduknya. Akhlak rakyat di Desa
Taqwa dengan desa tidak Taqwa serupa sahaja.
Inilah stail Pas indah
khabar dari rupa. Lebih label dari isu. Lebih sudu dari kuah. Suatu contoh lagi
sewaktu kerajaan BN memerintah semasa sidang dewan membahaskan belanjawan tahun
1987 ADUN Pas Lundang yang sekarang sudah jadi kembali ke alam baqa, Wardi
Ahmad menegur kerajaan kerana mengadakan musabaqah al-Quran, kerana katanya
usaha tersebut tidak kena pada tempatnya dan Islam tidak menyuruh membuatnya.
Alih tak alih apabila
Pas memerintah, Pas buat juga musabaqah. Nampak sangat kalau orang lain tidak
comel, kalau Pas buat baru comel.
Fatwa Nik Aziz mengenai
bantuan yang diberi kepada pengundi tidak kurang menariknya. Pada 8 Mac 1978
Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang berbunyi, "bahawa sesungguhnya pekerjaan
menyuap atau memberi wang atau benda kepada pengundi-pengundi supaya mengundi
calon-calon atau parti-parti tertentu adalah jenis rasuah dan tiap-tiap rasuah
adalah perbuatan yang dilarang oleh agama Islam. Tiap-tiap perbuatan yang
dilarang oleh agama adalah maksiat.
Pada pilihan raya kecil
Lundang Mac 1994 pula fatwa beliau berbunyi "beri gula kacau, beri kain
pakai, beri duit ambil, bila mengundi pangkah bulan.
Begitu juga isu melawat
ke tempat ibadat bukan Islam juga terbukti hanya isu untuk memburuk-burukkan
pemimpin UMNO saja. Ini kerana selepas memerintah Kelantan pemimpin Pas sendiri
mengunjungi rumah ibadat orang bukan Islam seperti di Ketik Terbok Tumpat,
Ketik Terasek, Tasek Berangan dan tokong di Kampung China. Lebih dari itu
mereka turut menyampaikan derma kepada tokong-tokong tersebut. Kalau orang lain
buat jadi kafir, kalau orang Pas buat tak jadi kafir ke?