YAKIN KEPADA PERJUANGAN ANDA
Wahai
ahli-ahli dan juga penyokong UMNO, keputusan anda memilih dan menyokong UMNO
sebagai parti siasah untuk diri anda adalah satu tindakan yang bijak yang tidak
bercanggah dengan ajran Islam. Perjuangan UMNO berada di landasan Islam yang
betul iaitu menurut Al-Quran dan As-Sunnah.
Pada dasarnya UMNO berjuang
mempertahankan "Hak Ketuanan Melayu". Dalam perlembagaan Negara
Malaysia, bangsa Melayu adalah ditakrifkan sebagai berketurunan Melayu dan
beragama Islam, dan sekiranya seorang itu tidak beragama Islam ianya bukanlah
orang Melayu. Oleh itu Hak Ketuanan Melayu adalah Hak Ketuanan Islam.
Seterusnya Hak Keistimewaan orang Melayu adalah Hak Keistimewaan orang Islam.
Oleh itu asas perjuangan UMNO adalah Islam, iaitu untuk kebajikan umat Islam.
Tulisan seterusnya
akan menyangkal dakwaan Parti PAS bahawa UMNO menentang Islam, sebagai contoh
kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam iaitu MCA dan MIC. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh UMNO
adalah menurut perjalanan dan sunnah nabi Muhammad SAW. Di zaman permulaan kerajaan Islam di
Madinah, Rasulullah SAW dan pihak Yahudi telah mengadakan satu ikatan
perjanjian persahabatan dan persekutuan menetapkan adanya kebebasan beragama.
Inilah yang telah dilakukan oleh UMNO dengan mengadakan perjanjian dengan orang
bukan Islam di negara ini.
Seterusnya panduan
serta dalil dari AlQuran dan Hadith juga akan diberikan mengapa parti PAS dan
Keadilan harus ditolak. Disamping mengandungi keterangan tentang
perkara-perkara yang boleh membatalkan keIslaman seseorang, jenis manusia dan
panduan apa yang perlu kita lakukan.
Harapan ialah
agara ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO tidak lagi akan dapat diganggu
gugat oleh dakyah PAS di mana mereka kerap menuduh UMNO bukan Islam, mengundi
BN menjadi kafir dan sebagainya. Sebaliknya
apa yang dilemparkan oleh penyokong PAS terhadap UMNO akan kembali
kepada mereka sendiri seperti dalam sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith
bermaksud:
Abu Dzarr r.a telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang memanggil seorang dengan kalimat: Hai
kafir, atau Musuh Allah, padahal yang dikatakan itu tidak demikian, maka akan
kembali pada dirinya sendiri. (Bukhari, Muslim)
Seterusnya, di
antara UMNO dan PAS, siapakah yang akan membawa pengikutnya ke Neraka, juga
akan diterangkan. Sama-samalah kita ambil iktibar.