SIAPAKAH YANG SESAT - UNTUK RENUNGAN BERSAMA
Dari
Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Allah
tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi
dengan cara mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat
orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang
bodoh. Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka
sesatlah mereka." (Sahih Bukhari 2297)
Parti
PAS mengakui bahawa mereka mempunyia ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di
atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama sudah habis diwafatkan.
Menurut hadith: " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya
dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama".
Kalau
benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini
semua ? Menurut Hadith ini : Apabila
ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka.
Oleh
itu jelaslah yang parti PAS mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Apakah
bukti bahawa mereka ini orang bodoh ? Menurut hadith di atas : Si Pemimpin memberi
fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya.
Kalau
diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasulullah SAW ini, kerana didapati bahawa
Dato' Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh
ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Al
Ghazali, Imam An Nawawi dan lain-lain lagi. Persoalan yang timbul ialah adakah
kesemua imam-imam ini kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Dato Nik Aziz
mengeluarkan fatwa yang menghalalkan
perbuatan memaki dan menghina sesama Islam ? Bagaimana pulakah fatwa Dato' Nik Aziz yang
mengatakan Allah mencarut ?
Persoalan
seterusnya ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak menjadi pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua
calon dari parti PAS, mestilah terdiri dari
ulama. Masaalahnya ialah sejak bila Fadzil Nor, Mohammad Sabu dan Mahfuz Omar
menjadi ulama. Mereka semua mengaji kat mana ? Berapa juzuk AlQuran yang mereka hafal ?
Jangan-jangan mereka ini orang bodoh yang diangkat oleh PAS sebagai ulama.
Ketahuilah!
Sesuatu disampaikan oleh Rasulullah SAW
adalah benar dan sebagai orang Islam kita
kena yakin dan berpegang teguh kepadanya. Oleh itu marilah kita renung bersama-sama
siapakah manusia yang dimaksudkan sebagai sesat dalam hadith tersebut di atas.