APAKAH
BETUL PAS BERFAHAMAN KHAWARIJJ ?
Antara
tanda-tanda orang bidah seperti Khawarij ialah suka
mencerca pemerintah. Haram hukumnya perbuatan seseorang muslim memaki
hamun, mencerca, memfitnah, memburuk-buruk, mengumpat, menggunakan kalimah
yang kesat, keji, mencarut dan kalimah yang kotor dengan berbagai
gelaran terhadap orang Islam yang lain, terutama pemimpin sebuah negara
yang beragama Islam.
Didalam
al-Quran yang setiap hari kita baca, Allah mengajar dan meminta kepada para
nabiNya dan para hambaNya yang soleh agar senantiasa menggunakan kalimah yang
baik dan lemah lembut walaupun kepada manusia yang sekeji Firaun yang terkenal
sebagai taghut, zalim dan kafir. Allah berfirman:
Pergilah
kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut. Berbahasalah kamu
berdua kepadanya dengan bahasa yang lemah dan lembuat, mudah-mudahan dia boleh
ingat dan takut. Surah Thaha (20) ayat 44.
Nah kalau
kepada kepada Firaun disuruh berbahasa yang lemah lembut, pastinya kepada
seorang pemimpin kaum muslimin malah lebih dituntut untuk berlaku lebih baik
dan bersopan santun dan baik-baik. Oleh itu, adalah diharam, atau haram
hukumnya bagi mereka yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat untuk memaki
hamun, mencerca, mencari-cari kesalahan dan memfitnah pemimpin Islam.
Menurut
penafsiran Imam Qurthubi rhm tentang ayat diatas. Dengan yang demikian,
ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah lembut kepada sesiapa
yang berkuasa. Sila lihat Al-Jami li Ahkamil Quran Qurthubi.
Jld. 11, m/s. 199.
Allah
memerintahkan kepada setiap orang Islam, atau yang mengakui bahawa dianya Islam
agar menggunakan kalimah yang baik kepada orang lain atau diam sahaja.
Sesiapa
yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata-kata
dengan baik atau diam> H/R. Imam Bukhari (10/445)Al-Fath, dan Muslim (1/68).
Nas-nas
yang ringkas diatas merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman
atau yang mengakui dirinya beriman. Menyeru agar mereka senantiasa berbudi
bahasa, bersopan santun dan menggunakan bahasa yang baik kepada semua orang,
tak kira apa pangkat dan kedudukannya.
Allah
mengajar kepada kita selanjutnya. Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada
manusia. Al-Baqarah (2) 83.
Ibnu Kathir
rahimahullah menerangkan maksud ayat ini sebagaimana berikut:
Ucapkanlah
kata-kata yang baik kepada manusia maksudnya Berkatalah kepada manusia
dengan kata-kata yang sopan santun dengan lemah lembut (bukan dengan keras,
kasar dan maki hamun serta penuh cercaan . pen). Dan termasuklah dalam hal ini
menyuruh melakukan kebaikan dan menegah segala kemungkaran.Lihat Tafsir
Ibnu Kathir. Jld.1, m/s. 169.
Salah satu
tanda-tanda ahlul bidah, yakni pengikut hawa nafsu seperti Khawarijj
ialah mereka suka mencaci maki para ulamak ahli sunnah wal Jamaah dan para
pemimpin kaum muslimin.
Nabi kita
yang mulia juga mengingatkan kepada kita semua agar menjadil orang Islam yang
baik dengan katanya Islam yang baik ialah barangsiapa yang menjadikan
orang lain selamat dari lidah dan tangannya. H.R. Bukhari dan Muslim.
So kalau
kita perhatikan disekeliling kita dewasa ini, apakah tidak ada ciri-ciri
Khawarij ini sudah mula menular kedalam masyarakat kita, kususnya kepada
orang-orang yang kononnya mahu memperjuangkan Islam?.