PENDAPAT JUMHUR MENGENAI KHALIFAH
Terjemahan : Teks Asal Kitab Taarikhul Mazahibil Islamiah Karangan Al Imam Muhammad Abu Zahrah Jilid 1 Cetak 1987 Darul Fikril Arabiy Muka 80-81
· Pemahaman mengenai perkara
di atas telah diseleweng oleh berbagai aliran kefahaman yang melampau misalnya orang-orang
yang memuja Sayidina Ali, menganggap perlantikan khalifah ini hendaklah dilakukan dengan
cara turun temurun dan berdasarkan keturunan dan wasit Nabi Muhammad S.A.W. Manakala
golongan lain berpendapat bahawa tidak terikat kepada sesiapa.
Pendapat jumhur pula
mengambil jalan tengah, mereka sepakat menyatakan bahawa khalifah itu seboleh-bolehnya
mestilah daripada keturunan orang-orang Quraisy. Mereka berpegang kepada sebuah hadis yang bermaksud :
Pemimpin-pemimpin itu hendaklah daripada Quraisy dan kenyataan ini lebih meyakinkan lagi dengan berlakunya pemerintahan "Khulafaaur
Raasyidin".
· Jumhur ulama telah
menetapkan bahawa 4 syarat hendaklah dilakukan bagi menegakkan khalifah supaya ianya
berfungsi sebagai pengganti Nabi S.A.W bukannya raja atau pemerintah yang mutlak dengan
mengikut sesuka hatinya
1. Quraisyiah
2. Raf'ah
3. Syura
4. Keadilan
Yang dimaksudkan dengan Quraisyiah itu ialah seorang pemimpin itu adalah keturunan Quraisy. Ini berdasarkan sebuah hadis yang menyebut kelebihan Quraisy yang memberi pengertian bahawa kepimpinan itu mestulah orang Quraisy:
HADIS I :
Yang membawa maksud : hendaklah urusan pemerintah itu dipegang oleh orang-orang Quraisy selagi masih wujud dua dari rakyat jelata.
HADIS II :
Yang bermaksud: Semua manusia itu adalah pengikut Quraisy dalam urusan pemerintahan. Yang Muslim mengikuti Quraisy Muslim dan yang kafir mengikut Quraisy kafir.
HADIS III:
Yang bermaksud: Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Muawiyah yang bermaksud: Aku dengar Nabi S.A.W bersabda : Sesungguhnya urusan pemerintahan ini hendaklah di tangan orang Quraisy. Mereka tidak boleh dilawan oleh sesiapa pun. Jikalau melawan maka Allah akan memurkainya selama mana ia menjalankan kegiatan Islam.
Nas yang tersebut di atas
itu memberi kefahaman kepada kita tentang kelebihan orang-orang Quraisy, tambahan dalam
realitinya pun bahawa Nabi S.A.W daripada orang Quraisy. Tetapi adakah hadis ini memberi pengertian bahawa jawatan khalifah itu mesti
dipegang oleh orang Quraisy secara mutlak dan tidak boleh dipegang oleh orang lain ?
Jawapannya memang demikianlah pada dasarnya kerana mesyuarat Thaqifah Bani Saudah telah
membuat keputusan bahwa untuk melantik pemimpin khalifah mestilah daripada golongan orang
Muhajirin berketurunan Quraisy. Keputusan tersebut diambil setelah mengikut pidato
Syaidina Abu Bakar yang berterang-terangan mendedahkan kemuliaan dan keutamaan Quraisy.
Semua hadis-hadis ini tidak syak lagi memberi pengertian sedemikian kecuali hadis dari
Muawiyah yang mempunyai pengertian yang lain pula.
Adakah hadis itu memberi
perkhabaran tentang kejadian yang telah berlaku ataupun bagaimana ? Sebab fakta yang telah
berlaku ialah bahawa pemimpin yang sebenar ialah dari golongan Quraisy : selama mana
Quraisy itu menegakkan agama Allah.