Ayat 97 Surah an-Nisa'
TAFSIRAN SEBENAR |
TAFSIRAN PAS
|
Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh Malaikat
semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk
membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik)*, mereka ditanya
oleh Malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai
agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang yang tertindas
di bumi". Malaikat bertanya lagi:
"Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan
bebas padanya?" Maka orang yang demikian itu keadaannya, tempat akhir
mereka ialah Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk
tempat kembali. |
Ayat suci ini mendedahkan perbuatan segolongan
orang Islam penduduk Mekah yang tidak mahu keluar berhijrah dan mengambil bahagian
berjuang membela Islam daripada ancaman musuh, kerana mereka hanya Islam pada
zahirnya sahaja. Dengan sikap mereka
yang sedemikian, mereka telah menganiaya diri sendiri dan dimurkai Allah
kerana mereka rela ditindas oleh kaum kafir musyrikin. Dan di Malaysia ini pula, maka parti UMNO
lah yang tidak memerintah mengikut perundangan Islam, oleh itu sesiapa yang
menyokong UMNO maka orang-orang itulah tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam,
lantaran mereka menzalimi diri sendiri kerana tidak berjihad. |