Ayat 111 Surah at-Taubah
TAFSIRAN SEBENAR |
TAFSIRAN PAS
|
Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda
mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan)
mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka ada yang membunuh
dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang
ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran dan
siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah ? Oleh itu,
bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah
bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. |
Berdasarkan kepada ayat ini maka sesiapa di kalangan kita
yang sanggup berjihad dengan menjual diri dan harta mereka kepada Allah sama
ada mereka menang atau mati tetap dikira oleh Allah sebagai mati Syahid dan
balasan kepada mereka adalah Syurga. |