PAS SEMAKIN MENYIMPANG
Sesiapa yang terus mengikuti perkembangan politikPAS pasti akur bahawa makin hari semakin ketara pendekatan PAS menyimpang dari landasan
Islam dan mungkir janji.
Kalau sebelum berkuasa
memerintah negeri, al-Quran dan al-Hadis disalahgunakan maksud dan pemakaiannya. Cerita yang baik-baik semuanya untuk PAS dan
cerita yang buruk daripada al-Quran serta al-Hadis ditujukan kepada orang yang bukan PAS.
PAS menuduh UMNO tidak
mahukan Islam atau menentang Islam, sebab itulah maksiat menjadi-jadi dan segala rancangan
Islam PAS kononnya ditolak atau ditentang oleh UMNO.
Apabila PAS memerintah
Kelantan baharulah segalanya menjadi kenyataan. Perlembagaan negeri yang selama ini dituduh tidak Islamik, sebaliknya
terus disokong dan dibuat ikrar dalam dewan negeri Kelantan untuk mempertahankannya
selama-lamanya serta dipakai oleh PAS tanpa membuatnya apa-apa perubahan. Kenaikan gaji Ahli-ahli
Yang Berhormat juga turut dicadang dan dinaikkan . Kereta-kereta
yang lebih mewah dibelikan. Maksiat di bawah
pemerintahan PAS masih seperti biasa. Panggung
wayang gambar sebagai pusat hiburan dan punca maksiat masih berterusan. Arak masih diberi lesen oleh kerajaan negeri untuk
dijual. Perkara kecil-kecilan berupa
kewajipan peribadi diperbesarkan bagi menutup kelemahan pemerintahan yang tidak mampu
dibuat perubahan.
Banyak salahguna kuasa
berlaku sejak pemerintahan PAS di Kelantan, terutama untuk memecat orang walaupun kawan
apabila tidak sefahaman. Dari mula PAS
berkuasa di Kelantan (1990) pemecatan penghulu, pekerja Majlis Daerah, mubaligh dan imam
telah dilakukan. Setelah bercerai dengan
Parti Semangat 46, PAS memecat pula anggota Parti Semangat 46 dalam pelbagai institusi
yang dipegang. Dengan itu, teryata bahawa PAS
bukanlah parti hendak melaksanakan syariat Islam, tetapi menggunakan kuasa untuk
melepaskan dendam. Janji PAS untuk melaksanakan Islam
apabila memerintah sudah jelas bohong. Lebih buruk lagi janji
PAS hendak memperjuangkan keadilan dapat dinafikan; bermula dengan pecah amanah pemimpin
iaitu derma dikutip tiada penyata jelas dinyatakan serta perkampungan-perkampungan yang
dibina pengikut menjadi mangsa. Sekarang
usaha PAS bukan lagi hendak melaksanakan syariat Islam malah menumpukan seluruh masa untuk
kepentingan parti yang sekali gus boleh memberi kekuatan dan kekayaan peribadi pemimpin
PAS. Pembangunan Islam dan rakyat turut
terabai kerana kepincangan kestabilan politik.
Dari segi perpaduan ummah
berasaskan UKHUWAH ISLAMIAH sudah jelas PAS melakukan yang bertentangan dengan lslam. Keadaan pengikut saling benci-membenci apabila
berhadapan dengan berlainan parti menjadi realiti.
Pulau memulau di kampung
tidak dapat dibendungkan lagi. Sebagai contoh
sembahyang Jumaat berasingan di 39 buah kampung di Terengganu sebagai bukti yang realiti
dan lain-lain lagi.
Kalaulah di kalangan sesama lslam PAS, Parti Semangat 46, Berjasa, Hamim, dengan Sultan dan Setiausaha Keraj'aan Negeri Kelantan pun sudah tidak mampu disatukan, maka bagaimanakah PAS boleh memimpin parti yang pelbagai bangsa di peringkat negara ?
Ketidak sempurnaan pimpinan
dan wadah perjuangan parti PAS jelas ternyata kini, apabila satu demi satu krisis dan
kepincangan berlaku dalam pentadbiran negeri Kelantan yang kini berada di bawah
pemerintahan parti PAS. Padahal PAS belum
sampai ke tahap memerintah negara Malaysia. Daripada
senario ini ternyata bahawa perjuangan PAS untuk melaksanakan syariat Islam sudah jauh
menyimpang dan apatah lagi dalam meyakinkan kemampuan untuk menyatukan ummah bagi
mempertahankan kuasa pohtik ketara gagal.