PENUTUP
Apa yang disebutkan disini bukanlah dilakukan
kerana mengikut perasaan yang negatif dan secara terburu-buru, tetapi
sebaliknya berdasarkan pertimbangan yang penuh wajar dengan jangkamasa yang lama
serta penuh sedar. Dan amatlah mendukacitakan
dengan apa yang telah dan sedang berlaku, lantaran wadah perjuangan parti PAS
yang ada di Malaysia hari ini yang mendakwa sebagai sebuah parti Islam ternyata
masih jauh lagi daripada tahap dan ciri-ciri yang sepatutnya ada pada sebuah
organisasi yang mendakwa diri mereka sebagai parti Allah atau dengan kata lain
sebagai parti Islain yang tulen.
Kepada para pembaca sekalian, marilah
tuan-puan untuk bersama membuat perhitungan yang bijak dan tepat dalam mencari keredaan
Allah khasnya dalam mengenal pasti kebenaran yang dibawa oleh golongan atau puak
yang kononya memperjuangkan lslam yang tulen.
Sesungguhnya Parti Allah bukan terletak pada nama semata-mata, sedangkan
pada hakikatnya tidak menunaikan realiti yang sepatutnya ada dalam sesebuah organisi
kepartian Islam.
Contohnya, jikalau hanya berdasarkan kepada
nama, maka orang yang bernma Muda adalah bemasib baik kerana walaupun orang itu
sudah menjangkau umur 100 tahun tetapi ia masih dipanggil Muda kerana namanya Muda.
Sesungguhnya parti Allah yang hakiki adalah
berlandaskan kebenaran yang bersumberkan wahyu Allah dan hadis Nabi Muhammad
s.a.w. Perlaksanaannya juga hendaklah mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya.