PARTI PAS
Di Malaysia, jemaah PAS telah
menamakan partinya sebagai Jemaah Islamiah. Namun dari segi nama memang parti PAS adalah
Jemaah Islamiah, tetapi ciri-ciri yang sepatutnya terdapat pada sesebuah Jemaah Islamiah
yang sebenar itu tidak ada pada parti PAS, sebab itu ia tidak layak dianggap sebagai
Jemaah Islamiah atau Parti Allah yang hakiki. Sesungguhnya
dasar, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan lain-lainnya, terlalu berbeza
jikalau dibandingkan dengan Jemaah Islamiah yang sebenar dengan parti politik PAS.
Jemaah Islamiah atau parti
Islam bukan terletak kepada nama semata-mata, bahkan turut tertakluk kepada ciri-ciriny. Kalau namanya sahaja lslam sedangkan dasar, uslub,
teknik dan pendekatan perjuangannya tidak Islamik, maka ia bukan
Jemaah Islamiah atau Parti lslam. Oleh itu, kita jangan mudah keliru dengan label lslam yang dipakai, sebaliknya lihatlah pada
amalan dan praktikal harian pemimpin serta anggota-anggota parti berkenaan.
Sejak akhir-akhir ini, PAS
berani mendakwa yang ia adalah Jemaah Islamiah. Golongan
yang berani mendakwa sedemikian ialah terdiri daripada yang mereka namakan ulama dan
pemimpin PAS kini. Pada peringkat awal
penubuhan PAS dulu, mereka hanya mengatakan bahawa Parti PAS adalah merupakan pakatan
orang-orang Islam sahaia, padahal minda dan syakhsiah peribadi pemimpin-pemimpin PAS serta
ahli-ahlinya yang pertama dulu adalah lebih baik jikalau dibandingkan dengan akhlak dan
budi bicara pemimpin dan penyokong PAS sekarang.
Memang semua orang berhak
mendabik dada mengatakan partinya benar dan mengikut Rasulullah. Tetapi kebenaran adalah milik Allah, pengukur yang
sebenar ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
Bertolak dari sini marilah
sama-sama kita mengkaji tentang kenapakah parti PAS ditubuhkan? Selepas itu, kita mengkaji pula cara-cara
perjalannya, adakah ia sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya ?
Sesungguhnya pada hakikat
keadaan penubuhan parfi PAS tidak lebih daripada hanya sebuah organisasi serpihan UMNO. La
sekadar merupakan sebuah organisasi segelintir bangsa Melayu yang kecewa dengan organisasi
bangsa Melayu yang lain. Adalah dimaklumkan,
walaupun parti PAS dicipta atas kehendak sedemikian, namun jikalau parti PAS dapat
memenuhi ciri- ciri Parti Islam tulen sebagaimanayang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t.
maka iajuga boleh dianggap Jemaah Islamiah.
Apa yang jelas ialah,
organisasi parti PAS telah menerima perjuangan berdasarkan sistem demokrasi.
Tindak-tanduknya juga jauh menyimpang daripada menghayati dan mencontohi sirah Rasullah
s.a.w. atau mengikut ijma' fi'li (perbuatan para sahabat Nabi s. a. w.). Untuk
itu marilah kita sama-sama mengkaji satu persatu secara ilmiah demi menentukan adakah
Parti PAS benar-benar berjuang mengikut landasan dan menepati ciri-ciri Jemaah Islam
tulen.