Ayat
al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain.
Maksudnya:
"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki)
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan,
mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan
keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan
yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang
yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada
seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada
perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.
"
(Surah al-Hujurat ayat 11)
Firman
AlIah lagi yang bermaksud:
"Wahai
orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat
setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang
telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.
"
(Surah
al-Hujurat ayat 12).