Fatwa
daripada pemimpin PAS
Sekiranya berlaku sesuatu
isu yang tidak secocok dengan perasaan pemimpin PAS atau boleh menggugat parti mereka,
maka fatwa atau hukum-hakam pun dilahirkan walaupun tidak mempunyai hujah atau nas yang
qat'ie (tepat). Dalam kontek ini kita dapati
timbulnya fatwa yang berbeza-beza antara seorang pemimpin dengan pemimpin PAS yang lain. Yang malang lagi, kadang-kala fatwa itu berbentuk
akidah seperti mengkafirkan orang Islam dan menghukum murtad walaupun terhadap ahli kiblat
yang sama dengan mereka. Mana-mana individu
atau jemaah lain yang menolak parti PAS sudah pasti mereka dicap sebagai kafir. Padahal
Saidina Husin bin Ali bukan setakat menentang biasa terhadap kerajaan Yazid bin Muawiah,
bahkan beliau mengumpul bala tentera bagi memerangi kerajaan Yazid yang pada akhirnya
Saidina Husin gugur dan menerima kekalahan teruk di tangan Yazid. Kenapakah PAS tidak menghukum kafir kepada Saidina
Husin, sedangkan kerajaan Yazid yang dilawan oleh Saidina Husin adalah kerajaan Islam
tetapi agak menyeleweng ?