Sepatutnya kerajaan PAS Kelantan telah lama menubuhkan
tribunal atau badan Hisbah bagi menyiasat harta-harta yang diperoleh oleh
pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan sebagai menunaikan janji-janji pilihanraya. Mengikut Utusan Malaysia 19.01.1998 PAS
membatalkan cadangan untuk mewujudkan sebuah badan yang dinamakan "Hisbah'. Menteri
Besar Kelantan pernah mengumumkan bahawa tribunal itu tidak perlu ditubuhkan, sudah
memadai dengan usrah-usrah dan kuliah-kuliah yang dijalankan oleh parti PAS. Jawapan yang seperti itu adalah melambangkan
sifat 'ujub (rasa hairan dan megah kepada diri sendiri) yang sepatutnya tidak berada pada
diri manusiayang sangat-sangat lemah ini, lebih-lebih lagi pada diri mereka yang mengaku
dirinya tok guru, kerana dalam realiti ternyata bahawa generasi Islam yang berada di
sekeliling pinggang Nabi Muhammad s.a.w dulu, yang telah ditarbiahkan oleh Rasulullah
s.a.w sendiri pun terbukti ada yang menjadi munafik, syirik dan murtad. Tidakkah sewaktu Tuan Guru mengajar sejarah
Saidina Umar r.a kepada orangramai di Masjid
Pulau Melaka dulu, Tuan Guru ada mengatakan: bahawa Khalifah
Umar al-Khattab pernah memanggil pegawainya untuk dibuat pemeriksaan dan penyiasatan
disebabkan pegawainya sering menukar pakaian harian dengan pakaian yang baru. Umar ingin mengurangkan gaji pegawainya jikalau
terbukti pegawainya berlebihan wang gaji. Apa
yang berlaku dalam kerajaan PAS di Kelantan bukan hanya menukar baju baru, malah ada yang
sering menukar kereta, menukar rumah dan lain-lain lagi.
Berapa kalikah wakil-wakil rakyat atau pembesar-pembesar negeri Kelantan telah
dipanggil oleh Tuan Guru untuk mengistiharkan
harta masing-masing dan tidakkah Tuan Guru nampak kemewahan mereka sekarang ini?