ISLAM
DAN PERPADUAN ISLAM
Melalui setiap sendi ajarannya, Islam membentuk
penganutnya supaya menjadi umat yang yang bersatu. Mereka
bukan sahaja beriman dengan tuhan yang satu, tetapi juga berpegang dengan kitab yang satu,
melakukan ibadah yang satu menghadap ke arah satu kiblat, mengikut manhaj atau method yang satu dan menuju ke arah matlamat yang
satu.
Ajaran yang ditujukan untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat begitu banyak sekali
dapat kita temui dalam Quran dan Hadis. AI-Quran memperakui persaudaraan sejagat di
kalangan penganut lslam. "Sesungguhnya
orang-orang mukmim itu adalah bersaudara.". (Surah AI-Hujurat, ayat 10). Mereka wajib mensyukuri nikmat perpaduan ini
dengan berpegang teguh dengan 'tali' yang
menghubungkan antara mereka dengan Allah, iaitu kitabNya:
"Hendaklah kamu sekelian berpegang
dengan 'tali Allah (kitab Allah) dan jangan berpecah-pecah; dan ingatlah nikmat Allah
kepada kamu sekelian, ketika mana kamu bermusuhan, lalu Allah jinakkan antara hati-hati
kamu, maka dengan nikmatnya kamu jadi bersaudara." (Surah Ali Imran, ayat 103).
Dalam masa yang sama, sebarang bentuk perpecahan adalah dilarang keras, kerana ia
merupakan langkah ke arah kelemahan dan kehancuran umat. "Dan janganlah kamu
bersengketa, kerana dengan persengketaan akan menyebabkan kamu hilang kekuatan kamu."
(Surah Al-Anfal, ayat 46). Sebarang persengketaan yang timbul di kalangan masyarakat
Islam, wajiblah dicari jalan perdamaian, sekalipun dengan menggunakan kekuatan jika perlu
bagi memastikan perpaduan umat tidak terjejas. Malah kewajipan mengusahakan perdamaian di
kalangan umat Islam tidak kurang darjatnya dari ibadat-ibadat utama seperti sembahyang,
seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Mahukah aku memberitahu kamu amalan yang lebih afdal dari sembahyang, puasa dan
sedekah, iaitu mendamaikan antara dua golongan yang bersengketa; kerana kerosakan hubungan
di kalangan umat Islam boleh membinasakan." Sekalipun
dusta adalah satu akhlak yang dicela dalam Islam tetapi memandangkan perpaduan merupakan
kewajipan yang penting ia dibenar dalam usaha mewujudkan perdamaian seperti yang
dinyatakan hadis yang bermaksud: " Bukanlah pendusta orang yang mendamaikan di antara
manusia; lalu ia menyampaikan perkara yang baik.
Ini tidak menghairankan kerana Rasulullah S.A.W amat mementingkan perpaduan di kalangan
umatnya dan melarang perpecahan di dalam banyak Hadis-hadisnya seperti: "Jemaah itu
adalah rahmat dan perpaduan itu adalah azab, sesiapa yang memecahkan perpaduan, maka ia
bukanlah dari golongan kita." "Pertolongan Allah adalah berada bersama jemaah
(kumpulan terbesar)", "Janganlah kamu bersengketa; kerana umat sebelum kamu
telah bersengketa lalu mereka binasa."
Pelajaran secara amali mengenai perpaduan ummah ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah
S.A.W dalam peristiwa Hijrah. Antara usaha-usaha awal yang baginda jalankan setibanya di
Madinah ialah membina masjid, mempersaudarakan antara Muhajrin dan Ansar, dan membentuk
Piagam Madinah sebagai asas kepada pembentukan ummah yang bersatu dan negara Islam yang
sedang dibina oleh Rasulullah. Setiap gejala yang boleh membawa kepada perpecahan
masyarakat tidaklah boleh dipandang ringan. la ibarat bunga-bunga api yang kelihatan
kecil, tetapi jika dibiarkan boleh membakar umat.
Dalam rangka memperjuangkan keagungan Islam, perpaduan umat umat adalah merupakan
perkara asas. Tanpa perpaduan, matlamat dan
ciri-ciri menegakkan Islam tidak mungkin dapat ditegakkan. Hakikat ini jelas dapat dilihat
dalam sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W sebagai ikutan terbaik (uswah hasanah) bagi kita
umat Islam. Malah tanpa perpaduan, kita bukan sahaja tidak dapat mencapai apa yang belum
dicapai, tetapi yang telah berada dalam genggaman juga akan berciciran. Setelah Saidina
Ali dilantik menjadi khalifah selepas syahidnya Saidina Othman ekoran daripada kekacauan
yang ditimbulkan oleh golongan pelampau, para sahabat menuntut khalifah melaksanakan had
terhadap pembunuh-pembunuh Saidina Othman. Syaidina Ali memberi jawapan bahawa dalam
keadaan kekacauan dan perpecahan umat
seperti sekarang, beliau tidak mampu melaksanakannya. Beliau meminta tempoh untuk
memulihkan keadaan dan memperkukuhkan kekuasaan sebelum dapat menjalankan qisas terhadap
pembunuh-pembunuh Saidina Othman. Ini dengan
jelasnya menunjukkan bahawa perpecahan umat boleh menjejaskan perlaksanaan syariat yang
sedang berjalan dalam sebuah negara yang kekuasaan seluruh
di tangan Umat Islam.
Kalau perpecahan umat boleh menjejaskan perlaksanaan
syariat yang sedang berkuatkuasa dalam sebuah negara yang kekuasaan seluruhnya berada di
tangan umat Islam, maka bagaimana pula halnya dalam negara yang mewarisi sistem penjajahan
sejak ratusan tahun dalam mana syariat tidak dijalankan disamping penjajahan pemikiran dan
kekuasaan pula berbelah bagi antara Islam dan bukan Islam ? Jawapannya sudah tentu bahawa dalam suasana begini perpaduan amat lebih
diperlukan.
Dalam rangka mewujudkan perpaduan umat, barangkali kata-kata hikmat daripada
Saidina Hasan bin Ali R.A ketika menyeru pengikut-pengikutnya bersatu di bawah kepimpinan
Muawiyah, boleh dijadikan bahan renungan : "Sesungguhnya apa yang kamu sekelian tidak
suka dalam berjemaah (bersatu) adalah lebih baik dari apa yang kamu suka dalam
berpecah."