SEMPADAN
TAAT KEPADA PEMERINTAH
Dari hadis-hadis yang dikemukakan di atas juga dapat
difahami bahawa ketaatan kepada pemerintah meliputi semua perkara kecuali perintah
melakukan maksiat kepada Allah Taala. Lnilah sebenarnya pengertian yang dimaksudkan oleh
hadis:
"Tiada
taat kepada makhluk pada perintah maksiat Al-Khaliq (AIlah).
Sesetengah
pihak cuba memesongkan Hadis ini dengan memberi pengertian: Tiada taat kepada makhluk
(pemerintah) yang melakukan maksiat.
Pengertian ini, bukan sahaja tidak benar dari segi susunan bahasanya, ianya satu
pengertian yang mustahil, kerana yang maksum (tidak melakukan dosa) hanyalah Nabi sahaja,
sedangkan Allah dan Rasulnya memerintahkan kita supaya taat kepada pemerintah Islam
selepas Rasul S.A.W. Selain dari itu, pengertian ini bertentangan dengan hadis-hadis lain
yang jelas maksudnya seperti hadis tersebut.
"Sebaik-baik
pemimpin kamu ialah mereka yang kamu suka dan mereka juga menyukai kamu, mereka mendoakan
untukmu dan kamu juga mendoakan untuk mereka; pemimpin-pemimpin kamu yang tidak baik pula
ialah mereka yang kamu tidak suka dan mereka juga tidak sukakan kamu; kamu mengutuk mereka
dan mereka juga mengutuk kamu. Rasulullah SAW ditana: bolehkah kami menentang mereka
dengan pedang (kekuatan)? Rasulullah menjawab: tidak boleh, selagi mereka menegakkan
sembahyang di kalangan kamu. Apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak sukai pada
pemerintah kamu, maka hendaklah kamu membenci perbuatannya sahaja, tetapi janganlah kamu
menarik balik kesetiaan kamu terhadapnya." (riwayat Muslim, Tabrani dan Baihaqi).
Bertolak
dari garis panduan ini, maka sebarang tindakan
yang diambil oleh pemerintah dalam mentadbir negara, sama ada dalam membuat peraturan,
perlantikan, pemecatan dan sebagainya, adalah wajib dipatuhi. Malah dalam hal-hal yang berkaitan dengan masalah
hukum yang terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenainya (masalah khilafiah),
maka pendapat yang didokong oleh pemerintah hendaklah dipatuhi, seperti dalam menentukan
tarikh puasa, hariraya, perlantikan imam, hakim dan sebagainya. Seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Qarafi:
"Seluruh ulama sependapat (ijmak) mengatakan hukum Allah Taala ialah apa yang
ditentukan oleh pemerintah dalam perkara-perkara ijtihad; hukum tersebut wajib dipatuhi
oleh seluruh umat dan haram ke atas setiap orang mencabarnya." (al-Ahkam)