SEMBUNYI FAKTA SEBAR FITNAH
1.
"Dan sesungguhnya fitnah
itu lebih dahsyat daripada membunuh"
- demikian maksud ayat 191 surah al-Baqarah. Bunuh
hanya mati seorang tetapi fitnah melibatkan apa dan siapa juga yang berkaitan dengannya. Kalau fitnah itu kepada seorang pemimpin negara
maka akibatnya boleh imej segala kepentingan negara, seperti menjejaskan perkembangan
ekonomi, kestabilan politik, keselamatan dan sebagainya.
2.
Daripada pengamatan, telah banyak tersebar fitnah oleh pihak pembangkang ke atas
YAB. Perdana Menteri Malaysia. Ketika YAB bercuti di luar negara sambil lawatan
kerja baru-baru ini berbagai fitnah didengar. Antara
lain ketika berada di Mekah dikatakan YAB tidak membuat tawaf dengan sempurna sedangkan
ada orang yang melihatnya YAB elok-elok pun tawaf bersama
mereka. Ketika YAB berada di Argentina ada
yang mengatakan mati dan kata sakit tenat kerana jatuh kuda. Utusan Malaysia 28 Januari 2000 ada menyiarkan
penjelasan oleh YAB sendiri dari London. Tajuk
berita itu berbunyi "Tunggang
kuda sejauh 30 KM se hari di Argentina - Saya sihat". Mengapakah golongan ini sanggup mengkhianati
kemudahan internet yang juga berupa jasa utama Perdana Menteri kita membawa kemajuan IT ke
Malaysia.
3.
Lebih berat lagi ialah fitnah "Mahathir dan UMNO atau kerajaan BN tolak Islam,
tolak hudud " dan yang seumpamanya. Fitnah seumpama ini boleh
dibuktikan pada Harakah 04 Februari 2000 muka depan oleh YB. Datuk Haji Fadzil Noor dan Harakah 07 Februari
2000 muka 04 ruangan Fikrah Editor. Sepatutnya
fitnah TOLAK HUDUD inilah yang mesti PAS tunjukkan bukti hitam puteh kerana menyentuh soal
penolakan hukum Allah oleh seorang Islam adalah sangat besar bahananya boleh mejejaskan
akidah menjadi murtad.
4.
YAB. Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat
selaku Menteri Besar Kelantan sudah pun melakukan suatu penyelewengan menyembunyikan fakta
dalam surat Perdana Menteri. Apabila ditanya
mengapakah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) 1993 Kelantan (HUDUD PAS) belum dilaksanakan
lagi setelah PAS memerintah Kelantan LIMA tahun, beliau menjawab, "PM ugut jika laksana
hudud"
- demikian Harakah 20 November 1998. Katanya lagi, "Pemerintah yang
tidak melaksanakan hukum tersebut selepas diberikan kuasa adalah berat dosanya yakni kedua
selepas kafir". Dalam kes hudud kononnya PAS sudah selesai tugasnya
tetapi Perdana Menterilah yang berdosa berat kerana menahan perlaksanaannya. Mengapakah YAB.
Datuk Nik Ab. Aziz tidak membaca salinan surat Perdana Menteri yang dihantarkan
kepadanya untuk ditafsrikan bersama oleh anggota dewan ? (LAMPIRAN T).
5. Mari kita teliti sendiri surat YAB. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang telah dihantar kepada YAB. Datuk Haji Nik Ab. Aziz selaku Menteri Besar PAS Kelantan dahulu. Harakah 15 Jun 1998 telah pun menyiarkan sepenuhnya kandungan dan maksud surat tersebut. Oleh sebab 5 bulan berlalu, YAB. Datuk Hj. Nik Aziz mungkin terlupa menyemaknva sehingga beliau menjadi terlupa juga hendak memberitahu sebab mengapakah YAB Perdana Menteri dikatakan membuat ugutan:
Surat amaran Perdana Menteri itu berbunyi : "Kerajaan Malaysia yang sentiasa mempertahankan ajaran-ajaran Islam tidak membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang ditentukan oleh Islam. Jika PAS cuba untuk menguatkuasakan undang-undang ini yang jelas sudah bercanggah dengan prinsip |
prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan sewajamya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam". Selepas Ustaz Nashrudddin membaca surat tersebut, ia segera disambut dengan laungan takbir berkali-kali. (LAMPIRAN U HR: 15 JUN
1998). |
6.
Berdasarkan surat YAB Perdana Menteri kepada YAB.
Menteri Besar Kelantan itu tentulah semua orang akan berkata, "Inilah bukti
YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad seorang yang tegas
mempertahankan kesucian Islam, kerana sanggup menghalang sebarang pelaksanaan
undang-undang yang bercanggah dengan Islam. Demi
mempertahankan ajaran-ajaran lslam di Malaysia, beliau tetap rela walaupun dimaki, dicemuh
bahkan difitnahkan kononnya menolak hudud sehingga menyebabkan merosot popuiaritinya". Akhirnya
barulah orang tahu bahawa pimpinan PAS walaupun pengikut menggelarnya ulamak tetapi
sanggup mambuat fitnah dengan
menyembunyikan fakta sebenar
surat Perdana Menteri secara hitam putih. Begitu
juga dengan fitnah KAFIR BERIKAT kepada orang UMNO 1963, PAS menyembunyikan fakta sejarah
nabi s. a w. berkongsi kuasa dengan kafir Yahudi Madinah.
7.
Ertinya jikalau hudud PAS yang dinamakan EKJS(II) 1993 Kelantan itu tidak
bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, baharulah layak YAB Perdana Menteri Malaysia
dikatakan menolak hudud dengan mengugut akan mengambil tindakan. Sebaliknya jikalau Enakmen Kanun Jenayah Syariah
(II) 1993 itu bercanggah dengan keadilan Islam maka YAB.
Menteri Besar Kelantan dan lain-lain pimpinan PAS mesti meminta maaf dan bertaubat
dengan fitnah yang sudah ditabur merata desa dan kota.
8.
Bagi membuktikan kebenaran YAB. Datuk
Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia dan UMNO serta kerajaan BN maka
mestilah dibuktikan duhulu bahawa hudud PAS yang bernama EKJS(II) 1993 Kelantan itu
benar-benar BERCANGGAH DENGAN HUDUD
ALLAH terutama di dalam perkara
prinsip keadilan seperti yang dituntut oleh Islam. Dalam
laman ini cukuplah sekadar DUA
CONTOH sahaja dipetik
kebercanggahan EKJS(II) 1993 itu. Pertama
fasal 56 "Hanya
terpakai ke atas umat Islam sahaja"; sedangkan hudud Allah tidak mengira bangsa dan
agama semuanya kena belaka terutama dalam kes-kes mencuri, merompak dan menderhaka. Manakala fasal 68 pula mengenai "Syarat
perlantikan hakim langsung tidak diperuntukkan seperti kehendak hudud Allah iaitu ada 15
syarat". Syarat mesti Islam dan mesti lelaki pun tidak
diambilnya.
9.
Perbandingan kebercanggahan itu boleh dirujuk kepada hudud yang PAS siarkan dalam
Harakah 10 April 1992 hingga 01 Mei 1992 (Tujuh siri) sempena pilihanraya kecil DUN Bukit
Payung, Marang, Terengganu (Penamaan calion 11.04.1992). Setetah diteliti hudud siaran
Harakah itu rupanya dicedok terus daripada sebuah buku 'Undang-undang
Islam, Jenayah dan Hudud" keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
yang disemak oleh Sahibus Samahah muftinya Datuk Haji Hasbullah bin Mohd. Hassan bertarikh
01 Oktober 1991. Pengambilan kandungan buku tersebut pula tanpa kebenaran penulisnya Tuan
Guru Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Disini pun sudah nampak tidak bersih, demi kerana
kepentingan pilihanraya, pakai cedok sahaja tanpa mengira hak milik siapa. Soalnya
mengapakah ketika berjanji mahu laksanakan hudud, maka hudud yang sebenar dipamerkan
walaupun hak milik orang. Apabila tiba 25 November 1993 diluluskan oleh Dewan Undangan
Negeri terdapat banyak yang dipinda mengikut kepentingan sendiri bercanggah di sana sini ?
Keterangan bukti yang lebih jelas ada dilampirkan khas dalam laman ini (LAMPIRAN V).
10. Apa yang sangat ketara ialah PAS sendiri tidak ada kesungguhan menyediakan undang-undang HUDUD berkenaan, tidak seperti dakwaan YAB. Datuk Haji Nik Ab. Aziz dalam Harakah 20 November 1998. Buktinya sangat mudah dicari. Kalau benarlah hudud PAS itu tidak bercanggah dengan hudud Allah mengapakah tidak dibawa ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti ? Di sana barulah tahu siapa yang menolaknya sesungguh hati. Yang anehnya kenapa undang-undang MURTAD yang menjadi sebahagian dari EKJS(II) 1993 fasal 23 tergopoh-gapah dibawa ke parlimen ? Mengapa pula anak dibawa sedang ibu ditinggalkan ? Sebenarnya PAS telah berbohong kerana PAS telah berjanji dalam Harakah 28 Februari 1997 "Hudud akan dibawa ke parlimen ?". Sampai hari ini pun nampaknya jauh dari panggang. PAS hanya bijak berpidato menabur janji tetapi untuk menunaikannya bohong juga menjadi realiti Yang jelasnya apabila hidup berdolak dalik nyatalah kebenarannya berpilih-pilih.