MANUSIA DIHARUSKAN BERKAWAN DENGAN SYAITAN ? MENCARUT ADALAH HARUS?
Tokoh agama adalah antara orang yang paling
berpengaruh dalam masyarakat Melayu-Islam di negara ini. Segala percakapan dan
perbuatan seorang tokoh agama akan dijadikan ikutan. Oleh kerana pengaruh ini
sangat kuat maka ujudlah keadaan dimana sekiranya tokoh agama itu terpesong
maka semua pengikut yang taksub kepadanya akan turut terjerumus. Hal ini telah
banyak berlaku di negara kita sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik
untuk mengharamkan ajaran yang sesat ini.
Baru-baru ini terdapat satu lagi kenyataan yang amat mengelirukan umat Islam
di negara ini, apabila seorang Tok Guru PAS Dato' Nik Aziz menyatakan bahawa
umat Islam diharuskan berkawan dengan syaitan untuk menang; dan mencarut itu
juga diharuskan kerana Tuhan sendiri mencarut. Apakah yang menyebabkan Nik Aziz
sanggup membuat kenyataan demikian ? Apakah yang lebih utama dalam Islam, kemenangan
atau kebenaran ? Apakah Nik Aziz sekarang ini sanggup mengenepikan ajaran Islam
semata-mata untuk mempertahankan suku sakatnya, lantas membenarkan politik Islamnya
yang kian terpesong.