Kita renungkan dan fikirkan saja berapa kerat orangkah dapat
melaksanakan satu dari sunnah Nabi SAW mengenai makan. Ini baru soal makan belum lagi kita bincang
masalah yang mendalam seperti wa haqqul
yakin mengenai akidah. Nabi SAW
makan sekali sehari semalam! Berapa
orang dapat ikut macam baginda?
Dan agama memuliakan keutamaan lapar dari kenyang tetapi bagi orang
yang patut dikasihani ini dengan rakus menjilat dunia serta isinya, dan syariat
agama sentiasa dikoyak oleh mereka.
Mereka berani mengakui diri mereka sebagai pejuang kebenaran. Iblis pun ketawakan mereka kerana merekalah
yang menipu diri mereka sendiri.
Tidaklah semudah itu untuk melaksanakan syariat Islam kalau dengan
hanya pelihara yang "kulit-kulit" saja sedangkan yang batin diabaikan! Nabi SAW bersabda:
"Bahawa kamu berada pada suatu masa
yang banyak ahli fiqihnya, sedikit ahli qiraat dan ahli pidato, sedikit orang
meminta dan banyak orang pemberi. Dan
amal pada masa tersebut lebih baik daripada ilmu. Dan akan datang kepada umat manusia suatu masa di mana yang
sedikit ahli fiqihnya, banyak ahli pidato (penceramah), sedikit yang memberi
dan banyak yang meminta. Ilmu pada masa
itu lebih baik dari amal".
Orang yang fanatik tidak berupaya melihat kebenaran, mereka ada
akal tetapi tidak dipergunakan untuk "merenung" ciptaan-ciptaan
Allah. Mereka lebih sesat dari
binatang. Kerana binatang tidak
dibekalkan oleh Allah akan akal sedangkan manusia diberi akal tetapi tidak
dipergunakannya.
Imam Ghazali pernah berkata:
Akibat buruk kepada pihak yang menolak
amatlah berat, kerana golongan yang lemah pemikirannya menyangka bahawa jikalau
sabda Nabi dan ungkapan sufi ini bercampur-aduk tertulis dalam kitab-kitab
falsafah, bercampur dengan kepalsuan mereka maka kitab-kitab itu mestilah dipulaukan
dan jangan disebut namanya sama sekali.
Malah jika terdapat orang yang masih mahu menyebutnya, orang itu
mestilah disalahkan, kerana daripada orang inilah perkara itu mula-mula sekali
didengar. Dengan serta-merta, menurut
pertimbangan akal mereka yang lemah, terus menghukum salah, kerana orang yang
menyebutnya ini pembuat salah.
Contohnya, seorang Kristian mengucap "La Ilaha illa Llah 'Isa
Rasulullah, lalu disalahkan dengan alasan kerana ia mengucap katakata orang
Kristian. Ia tak bersabar dan berfikir
dengan tenang adakah orang Kristian itu jadi kafir dengan mengucap ucapan itu
atau ia menjadi kafir kerana ingkar pada kenabian Muhammad SA. Kalaulah ia
menjadi kafir dengan sebab ingkar pada kenabian Muhammad SAW maka tidaklah
boleh disalahkan ungkapannya atau perbuatannya yang lain yang tidak boleh
menjadikannya kafir. Benda yang diucapkannya itu memang benar begitu dan memang
benar pula di sisi orang Kristian itu sendiri.
Orang yang lemah daya pemikirannya selalulah menjadi begini. Mereka
kenal kebenaran dengan melihat orang yang mengatakannya, bukan mengenal orang
dengan kebenaran yang diucapkannya.
Orang yang berfikiran waras mengenali
kebenaran dengan meneliti perkataan itu sendiri. Kalau benar diterima, sama ada
keluarnya daripada mulut pendusta atau orang benar. Malah lebih jauh daripada itu seboleh-bolehnya ia menapis
kebenaran yang datang daripada ungkapan-ungkapan orang sesat, seperti mengayak
emas daripada campuran tanah dan lumpur. Tukang wang berpengalaman tidak
teragak-agak memasukkan tangannya ke dalam dompet dan memisahkan wang tulen
daripada wang tiruan (yang palsu).
Orang hulu yang tak pernah mendengar loceng yang akan tercengang-cengang
tak dapat membezakan yang mana emas tulen dan yang mana pula emas tiruan.
Jangan bimbangkan itik jatuh ke kolam, tapi orang yang tak pandai berenanglah
yang mesti diawasi. Jangan sekali-kali mendekati ular. Jangan bimbangkan
pekerja mengendali ular kerana itu memang menjadi kebiasaannya.
Bumi ini yang kita pijak maka langit inilah yang kita junjung dan
kita patut sedar tanggungjawab kita.
Jadikan dir yang mempunyia sekeping hati dan jiwa yang tunduk terhadap
segala kekuasaan Allah. Kita mengenal
penciptanya dan mengenal kita. Kita
faham mengapa kita dihidupkan di muka bumi.
Kita yakin bahawa setiap yang di buat di dunia ada hubungannya di
akhirat. Kalau yang dilakukannya baik,
kita bakal mendapat pahala, kalau buruk balasannya dosa, dan dosa itu membawa
ke neraka.
Hindarkan daripada sifatsifat mazmumah. Jangan cepat lupa diri apabila dipuji, tidak ego, tidak gila
nama, tidak gila dunia, tidak gila harta dan jangan jadi seseorang yang boleh
diperalat oleh sesiapa kecuali Allah.
Kita tidak menjadi 'kecil' dengan kejian, kita jangan gentar dalam
melaksanakan tugas demi menegakkan kebenaran.
Sedaya mungkin gunakan bakat yang diberikan Allah untuk mendorong
manusia menuju tahap-tahap kehambaan, kemakrufan dan kesolehan.
Kita mesti saling ingat-mengingatkan akan kebenaran atau haq dan
kitaj uga mesti menyampaikan tentang betapa pentingnya kesabaran kerana kebenaran tidak
akan wujud tanpa kesabaran. Terimalah ajakan surah AI-Ashr ayat 3
sebagai langkah menuju ke masa hadapan yang lebih cerah.
Bagi PAS, ingatlah, bahawa pilihan raya bagi menentukan proses
memilih seorang pemimpin sekumpulan umat Islam hanyalah merupakan proses yang
berlaku di peringkat manusia sahaja.
Allah mempunyai perancangan-Nya yang tersendiri. Pemimpin umat Islam adalah pemimpin yang
terpilih ialah dipilih oleh Allah seperti Ayatollah Khomeini untuk rakyat Iran
atau Muammar Ghadafi untuk rakyat Libya dan yang terbaru sekali ialah untuk
rakyat Indonesia yang mana pilihan Tuhan adalah Abdul Rahman Wahid atau Gus
Dun. Berkumpulan macam mana pun, pasanglah bendera di setiap jalan, kibarkan
sepanduk, adakan ceramah di sana sini.
Kalau Tuhan tak pilih, maka tak ada sesiapa pun yang boleh jadi
pemimpin. Itu kerja Tuhan.
Allah telah tidak memilih PAS untuk memimpin umat Islam Malaysia
sejak parti itu ditubuhkan lagi. Nikmat
sedikit yang diberikan oleh Allah kepada PAS untuk memimpin Terengganu dan
Kelantan telah tidak disyukuri dalam ertikata yang sebenarnya. PAS pemah kehilangan kedua-dua negeri
tersebut. PAS pemah kehilangan
keanggotaannya didalam kerajaan yang memerintah apabila tersingkir dari Barisan
Nasional. Tidak mustahil PAS akan
sekali lagi kehilangan Kelantan pada satu hari nanti akibat dari tindakan para
pemimpin-pemimpin PAS yang tidak mahu belajar dari kesilapan mereka.
Begitulah keadaan realiti politik Malaysia hari ini yang tidak mahu
belajar politik itu apa, untuk apa dan siapa?