Suara Kebenaran
Manusia yang tidak lagi mahu mendengar suara kebenaran sedangkan suara kebenaran
adalah suara Tuhan, adalah manusia yang berada dalam kerugian. Bolehkah kita biarkan nasib masa depan anak
cucu kita di tangan mereka yang jahil semata-mata kerana mereka telah berjaya
menguasai media masa dan media cetak?
Apa dah jadi sehingga apa saja yang diperkatakan orang lain mereka
tolak, tutup telinga dan pintu hati sekalipun benar? Kita sepatutnya jangan bertanya siapa yang berkata tapi yang
penting apa yang dikatakannya.
Kita adalah manusia yang sentiasa menggunakan rasional bila
melakukan sesuatu. Kita tak boleh
membiarkan diri dikuasai oleh emosi.
Apa buruk sangatkah Perdana Menteri Keempat itu sampai ianya digelarkan
Maha Firaun, maharaja yang paling zalim, angkuh dan kejam di dalam sejarah
peradaban manusia? Janganlah
lebih-lebih sangat menghina orang.
Kita tak boleh menolak bahawa Mahathir sebagai seorang pemimpin
bijak, berpandangan jauh, berani, mempunyai wawasan serta mempunyai ilmu yang
banyak dan tinggi di samping gelaran dan anugerah diberikan termasuk wira Dunia
Ketiga, pemimpin teragung di abad ini.
Sepatutnya kita tidak hapuskan beliau dengan cara yang begitu. Kita kena tunjuk pada orang kafir bahawa
kita ada cara kita sendiri. Kita ikut
akhlak Nabi kita yang sentiasa pemaaf seperti yang Mahathir lakukan terhadap mereka
yang mengata, mencela dan menghina beliau.
Hendak cari pernimpin baik macam mana lagi?
Kemajuan dan teknologi yang dibawa olehnya telah digunakan
sepenuhnya oleh orang yang tidak tahu bersyukur nikmat untuk cuba menghancur
dan menjatuhkannya. Mahathir tidak
ambil kesah. Pengunjung laman web
tertentu yang popular di mana sehingga hari ini laman itu dikunjungi oleh
visitor sebanyak hampir tiga juta semata-mata untuk memburukkan Mahathir. Apakah kerana ramainya pengunjung laman web
berkenaan maka Barisan Altematif sudah kuat?
Kuat atau lemah, rugi atau untung
adalah ketentuan Allah. Tuhan boleh
memberikan kemenangan atau keuntungan
atau kekuatan kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Maka nila Tuhan
mengkehendaki BN menang, ia tetap akan menang.
Yang jelas, rakyat mahukan kerajaan yang boleh menjamin kestabilan
politik, ekonomi dan negara. Rakyat
hendak hidup tau? Hendak selamat
tau? Dan semua perkara ini telah
dibuktikan oleh Mahathir. Sebab itu
Mahathir tak peduli apa pun pembangkang nak kata. Yang penting semua orang boleh hidup.
Mahathir telah membawa globilisasi kepada rakyat Malaysia. Beliau telah membuka sempadan dunia
menyebabkan rakyat Malaysia dapat maklumat yang tidak termimpi sebelum
ini. Oleh itu apakah kita tergamak
merombakkan tali ikatan adat dan menuduh beliau sebagai Maha Firaun? Seluruh perkembangan dunia tanpa ada batas
dan sempadan ini adalah hasil usahanya yang pada mulanya dianggap sebagai
membazir. Sebagai seorang manusia yang
memiliki adab sopan dan berperikemanusiaan, tentu tak elok kita menggigit jari
orang yang menyuap rezeki ke mulut kita hingga putus?
Mahathir tentunya berbangga kerana hasil usaha beliau akhimya
diterima pakai juga dengan meluasnya.
Sama ada ia menguntungkan dirinya ataupun tidak, itu soal lain. Yang penting Information Technology (IT) yang dibawa itu telah dipergunakan
semaksima mungkin. Siapa sebenamya yang
tak baik, yang tidak syukur nikmat, mereka atau Mahathir? Apakah sumbangan anda pada bangsa anda
selain dari pandai mengkritik dan maki hamun?
Sesiapa saja yang cuba menulis yang baik dan yang betul tentang Mahathir
dianggap sebagai pengampu. Ini sudah lebih. Kalau semua orang telah keroyok orang tua
ini, gajah pun mati. Ini sudah zalim
dan kejam. Tetapi ini adalah satu tanggungjwab menyedarkan mereka yang sudah terpesong
bermain dengan perasaan dan emosi, satu tugas yang mesti dipikul sebagai
seorang khalifah di muka bumi Allah
ini. Allah memerintahkan kita supaya
mengamalkan amar makrufnahi mungkar.
Firman Allah:
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya
aku akan jadikan atas muka bumi itu khalifah.
Apa yang berlaku pada
ulama di zaman mutakhir yang mahukan hudud tapi dalam masa yang sama hanyut
dalam kewujudan sekularisme di tengah-tengah kaum Muslimin sama ada dalam
bentuk memisahkan agama secara bertentangan dengan urusan kenegaraan, atau
secara tidak memberi peranan kepada hukum Allah memerintah negara atau kumpulan
yang menganggap dirinya berkuasa dan setelah Tuhan memberi kuasa? Sebagai contoh, kita ambil sahaja soal
perkahwinan yang diperleceh-lecehkan oleh Jabatan Agama Islam Kelantan. Ada keluarga berminggu atau berbulan-bulan
menunggu untuk perrnohonan nikah diluluskan.
Padahal Nabi SAW telah memerintahkan kita agar mempermudahkan urusan ini
bagi menjauhkan fitnah dan dosa. Kalau
soal nikah dilengah-lengahkan, macam mana kalau pasangan yang terlibat
berzina? Siapa nak tanggung dosa? Bila orang bemikah dekat Siam, kita kata
"tak sah". Dan bagaimana pula
dengan soal kebersihan. Cuba lihat
tandas-tandas umum di Kelantan.
Bukankah kebersihan itu adalah sebahagian dari iman. Bilakah kita akan bertemu seorang juara dan
seorang wira yang betul-betul berani memperjuangkan Islam? lnilah penyelewengan
yang besar dari prinsip akidah Islam apabila pemimpin yang melaung-laungkan
Islam itu sendiri berlaku double
standard. Parti PAS adalah warisan
dari zaman kolonialisme dan menjadi neo-kolonisme yang terus menerus tidak
berjaya menyelesaikan masalah umat Islam dan hingga ke hari ini. Sekiranya kita bertanya kepada Presiden PAS
sendiri, apakah manifesto PAS? Jawab
Presiden PAS, "PAS tak ada manifesto". PAS juga tidak mempunyai "shadow cabinet".
Walaupun penjajah asing telah meninggalkan negeri jajahan takluk
mereka dan tibanya zaman kemerdekaan, tetapi PAS masih mengekalkan ideologi dan
sistem mereka dalam urusan pentadbiran agama dan telah membuktikan kegagalan
dalam menyelesaikan masalah manusia bahkan menonjolkan masalah-masalah baru
selepas gagal menyelesaikan masalah yang sedia ada. Hakikat ini sudah cukup untuk kita mengajak manusia kembali ke
pangkal jalan, iaitu kembali kepada Din Allah yang dibawa oleh nabi-nabi sejak
Adam a. s. yang menjadi bapa kepada seluruh manusia dan nabi-nabi yang
selepasnya sehingga Nabi Muhammad SAW.
Itulah ajaran sebenarnya yang memberi kemerdekaan kepada manusia seperti
yang dinyatakan oleh Rub'iyy Bin'Amar:
Allah membangkitkan kami untuk membebaskan manusia dari mengabdikan
diri kepada sesama hamba kepada mengabdikan diri kepada Allah.
Kenapa perlu kita memilih lautan yang luas sebagai padang untuk
berjuang. Jawapannya mudah kerana Mahathir
sudah dilabelkan sebagai maha Firaun.
Mari kita bertanya ada ke pemimpin PAS yang sudah begitu berkeyakinan
mahu menghancurkan kerajaan yang ada ini.
Apakah mereka terlupa dunia ini Allah yang cipta? Tahukah mereka apakah akibatnya? Betul ke mereka bersimpati dan menyokong
Anwar atau bukan mereka simpati atau menyokong Anwar. Mereka ambil peluang yang keemasan ini untuk membidas dan
mengkritik kerajaan yang majoritinya orang Islam menjadi pemimpin.
Ada ke Tok Guru dalam PAS yang mempunyai mukjizat macam Nabi Musa
a.s. yang boleh membelah laut atau kekuatan mistik seperti yang ada pada
tongkat Nabi Musa a.s. yang boleh menelan ular tukang sihir Firaun? Kalau tak ada pi main jauh-jauh. Modal Asobiyyah dah tak laku lagi.
Satu lagi pertanyaan yang ingin dikemukakan apabila melihat PAS
begitu ghairah untuk mengambil alih negara dari BN pada pilihanraya lalu ialah
ada ke ulama PAS yang mempunyai keramah dan
kuasa mistik yang setaraf dengan Tok
Ku Paluh di mana pada zaman Sultan datang kepada Tok Ku bukan Tok Guru pergi ke
Istana mengadap dan menyembah sultan.
Bolehkah Haji Hadi Awang menakutkan Armada British dengan hanya
menyengitkan serban di kepala Armada di tengah laut pun sengit sama? Islam dan ketuhanan bukan boleh
dipermain-mainkan? Berapa ramai dari
ulama PAS yang boleh berkomunikasi dengan Nabi Allah Hidir?
Kebanyakan orang dengan senang dan mudah saja berbicara tentang
agama tetapi tentang "perlaksanaan",
berapa peratus saja yang dicakapkan memenuhi apa yang di bicarakan. Berapa peratus pula yang benar-benar dapat
dilaksanakan? Bagi mereka yang seperti
ini kebenaran memang ada pada
mereka. Namun mereka tidak mampu
melaksanakan kebenaran kerana diri
mereka masih dibaluti oleh kekotoran dunia dan dosa-dosanya. Puncanya ialah kerana tidak mengenal Allah
seperti mana ianya dikenal.
Apabila cerita fasal sunnah-sunnah Nabi apa yang orang pentingkan
hanya tentang janggut, serban, kopiah, jubah, purdah atau tutup kepala. Dan syaitan tahu perkara-perkara ini tidak
pun menakutkan syaitan maka dibiarkan
mereka itu menghiasi hal-hal luaran itu sepanjang hayat. Inilah cara syaitan mengatur strategi yang
amat halus hingga yang mengakui ulama pun terperangkap apalagi yang baru
kelmarin kenal Islam.
Sebenamya bukan syaitan sahaja yang menggoda manusia, malah
malaikat juga turut menguji manusia.
Cuba baca AI-Quran tentang kisah dua orang malaikat Harut dan
Marut. Berapa ramaikah
pengikut-pengikut PAS yang sedar tentang kehadiran Harut dan Marut ini dalam
kehidupan mereka? Kalau sedar,
baguslah. Berhentilah buat kerja yang
karut marut ini.
Tengok apa jadi pada Anwar Ibrahim yang cuba masuk dalam istana
Firaun hendak kalahkan Firaun, akhimya dia dan kronisnya telah terbukti
mengumpul harta macam manusia lain yang
gila dan tamak harta. Bila dah ada kuasa
Abim ke mana, Islam ke mana. Tak
semena-mena Anwar jatuh dalam lubang najis kerana kes liwat. Anwar menjadi hancing, pering kerana telah
bermandi-mandian dengan air kencingnya sendiri. Siapa yang malu? Mereka
dan keluarga mereka.
Mengenai pengakuan mereka yang tidak percaya apa yang berlaku
kepada saudara Anwar saja tidak menjawabnya secara terperinci di sini kerana ia
memerlukan banyak tenaga untuk menerangkannya.
Mahkamah telah menentukannya dan kalau ingin jawapan sendiri maka
sembahyang hajatlah. Dan perkara ini
sudahpun diseru oleh Perdana Menteri ketika dulu supaya rakyat mohon jawapan
secara langsung dari Allah. Pasti ada
jawapannya. Pastikan juga sembahyang
dan doa anda "sampai" kepada Allah dan cucilah kekotoran batin
sebelum bermunajat.
Andaikata saudara Anwar tidak bersalah pastilah dirinya merasa puas dipenjarakan kerana yakin tidak bersalah! Bak Kata pepatah: "Berani kerana benar". Dia akan sabar dan menunggu Tuhan sendiri yang melepaskan dirinya dari cengkaman penzaliman, jika benar itu suatu penzaliman dan jika itu kesalahan dirinya pastikan dia bertaubat dan mengakui juga bersalah walau pun pahit yang diterimanya. Inilah sifat-sifat mukmin sejati bukan sifat muslim sejati. Orang yang percayakan Allah saja tidak menoleh kepada yang lain sebab yang lain itu tidak ada kuasa. Dia tidak mengharapkan pengikut atau rakan taulan sekali pun dia hanya berserah dirinya kepada Allah zahir dan batin. Tetapi rasanya saudara Anwar tidak mencapai taraf itu. Dia juga tidak berbeza dengan orang lain yang mengakui Islam. Sebab itu boleh dikatakan memang mudah dan senang cakap fasal Islam!!