Satu kesyukuran yang kita mesti akui hasil dari dari perselisihan
antara Anwar dan Mahathir ialah apabila PAS telah menangguk di air keruh dengan
bergabung dengan Parti Keadilan serta telah memilih saudara Anwar Ibrahim
sebagai calun Perdana Menteri.
Sepatutnya kena tunggulah sampai pembicaraan selesai. Salah pertama kerana memilih KeADILan sebagai rakan kongsi, masih
o.k. Ini ditambah pula cara, gaya dan bahasa yang digunakan oleh
penceramah-penceramah politik yang terdiri dari ustaz-ustaz instant, ustaz jadi-jadian yang
memperdagangkan Islam. Cuma ucapan,
"oh my God" apa dah jadi
pada umat Islam hari ini? Apakah mereka
terlupa bahawa di satu ketika dulu, sewaktu Anwar Ibrahim masih menjadi TPM,
beliau adalah musuh utama PAS. Mereka
lebih suka Mahathir dari Anwar yang banyak berbelit dan menyimpan agenda yang
tersembunyi di belakang. Bila Anwar sudah dijandakan, dicerai
dengan talak tiga, Anwar tiba-tiba jadi bersih. Yang ini saya tak faham ni.
Kayu ukur apa yang dipakai untuk mengukur kebaikan orang bila orang
sudah jadi rakan kongsi. Dulu Tengku
Razaleigh Hamzah dan Ibrahim Ali macarn itu juga.
Selaku orang Islam, kita harus memahami ikrar syahadah, mengetahui
bahawa di antara kandungannya ialah kemestian menegakkan kerajaan Allah di bumi
sebagaimana seluruh alam ini wajib patuh kepada undang-undang Allah SWT. Tapi mulakan dengan diri dan keluarga
sendiri dulu. Islam dapat diketengahkan
hasil lantangnya suara laungan Mahathir.
Kita nak kata Mahathir apa pun, katalah. Mahathir tetap dimuliakan oleh dunia Islam yang lain. Islamnya jika dibandingkan dengan Raja Saudi
dan lain pemimpin dunia Islam jauh lebih baik.
Mahathir berjaya dari segi ekonomi dan membangunkan negara sehinggakan
Karpal Singh yang pemah kata langkah mayatnya dulu jika mahu tubuhkan kerajaan
Islam terpaksa berkompromi dengan PAS demi untuk menjatuhkan Mahathir. Apakah Karpal Singh terpaksa akur kepada
hakikat hanya dengan pertolongan umat Islam sendiri saja kerajaan yang ada ini
holeh dijatuhkan? Ini kena tanya dengan peguam Anwar Ibrahim yang berjaya
mencipta nama dalam dunia perundangan di Malaysia yang telah menukarkan
nama Anwar kepada Subramaniam, nama
kafir dan Anwar setuju.
Menjadi suatu hikmah yang besar bahawa negara Islam itu tidak akan
kita miliki dengan secara hadiah percuma. 13 tahun lamanya Nabi yang ada
hubungan dengan Allah melalui malaikat Jibrail memulakan dengan pembentukan
golongan yang beriman kepada Islam. Ini
dilakukan melalui ilmu dan perjuangan yang membuahkan keimanan.
Islamkan hati kita dulu. Tuhan
tengok hati bukan tengok kopiah putih, janggut atau pandai berceramah. Sebab itu orang dulu-dulu dalam
hikayat-hikayat Melayu mempersendakan mereka yang pakai kopiah putih tapi
bebal, ilmunya tak ada, diibaratkan
macam pipit uban yang berkepala putih atau janggut Pak Lebai yang disamakan
dengan janggut kambing. Kita jangan
lupa Islam yang kita amalkan hari ini adalah Islam yang pada namanya saja Islam
kerana ia telah dicacamarbakan, dicampur
aduk, di haru birukan macam filem yang kena pirate beberapa kali oleh orang Islam sendiri serta didalangi pula
oleh musuh-musuh Islam yang terdiri dari orang-orang kafir dan orang Islam yang
hatinya pun macam kafir.
Sebagai seorang umat Islam yang ingin memimpin sebuah negara yang
majmuk, yang terdiri dan berbagai keturunan, berbeza adat resam dan kepercayaan
dan agama, mereka sepatutnya menekankan peranan Islam dalam kehidupan mereka
sebelum para pengikutnya, barulah boleh dijadikan satu unsur yang boleh menarik
minat orang yang berlainan agama terhadap lslam. Islam itu tinggi, mulia dan
sempuma. Bukan sekadar kopiah, tarbus
dan serban sahaja yang tinggi atau suara yang tinggi.
Sepatutnya kita mengambil iktibar daripada ajaran dan amalan Nabi
Muhammad SAW dan kita mempunyai akhlak yang
mulia. Kita maju dalam semua bidang
terutama perniagaan yang berlandaskan Islam kerana Nabi Muhamad SAW sebelum
berpolitik menceburi bidang perniagaan, mengembara dan bergaul dengan semua
lapisan masyarakat. Nabi tidak
memperniagakan Islam untuk tujuan politik.
Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Nabi Muhammad SAW daripada
amanah. Baginda mendapat gelaran
'Al-Amin' kerana perilakunya yang sangat mulia, berbudi pekerti indah, tidak
pandai berbuat kejahatan apa lagi berbohong atau berdusta. Kerana amanah, kerana akhlak yang mulia,
sopan santun dan tinggi budi bahasa selain datang dari keturunan keluarga yang
dimuliakan maka apa saja yang baginda sampaikan tentang ajaran Islam yang
datangnya dari Allah menerusi Jibrail, diterima oleh bangsa Arab yang jahil dan
suka berperang antara kabilah-kabilah.
Nabi SAW dapat damaikan, dan dalam jangkamasa 23 tahun bangsa yang hanya
tahu merayau-rayau di padang pasir telah menjadi bangsa yang kuat,
berpengetahuan dan mulia. Dalam masa
yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang
terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi
mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain. Apakah kemajuan yang telah dibawa oleh PAS
sejak ditubuhkan dari tahun 1952 hingga ke hari ini melainkan mahu merebut
kuasa pilihan raya?
Umat Islam hari ini bukan sahaja tidak faham apa ertinya keadilan Islam, tetapi mereka sering
kali dihadapkan dan dirasakan dengan kezaliman yang dilakukan oleh orang lain
terhadap Islam tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Semangat Islam hidup semula di Malaysia apabila Dr. Mahadiir
melahirkan keberanian bersuara besar di Timur dan di Barat dan bergabung dengan
negara Afrika. Akhirnya PAS bangun
untuk cuba menegakkan hukum Allah tapi masih ada rasa takut dan gentar kepada
makhluk.
Pemimpin yang mahukan hudud dilaksanakan masih menyembah raja
sebagai contoh, masalah air di Kelantan, Tok
Guru Nik Aziz masuk ke lstana, jumpaTuanku, minum air secawan dan terus
tandatangani perjanjian air tanpa di bawa berunding terlebih dahulu. Pemimpin tak sepatutnya takut dengan raja
terutama ulamak. Tok Guru sepatutnya
mencontohi Tok Kenali dimana sultan yang datang kepada Tok Kenali dan bukannya
Tok Kenali yang datang menghadap sultan.
Biarpun kerajaan Kelantan hari ini dipimpin oleh ulama namun tidak
berani berhadapan dengan Sultan yang kekebalannya sudah ditarik balik oleh
Mahathir. Kepincangan ini jelas setelah
mereka diberi kuasa memerintah Kelantan.
Negara Islam tidaklah muncul secara spontan. Di mana kewujudannya melalui proses naluri
manusia, ia wujud dengan adanya umat yang berani mendokong cita-cita Islam dan
ianya mesti dilakukan secara ikhlas seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad
SAW. Nabi menolak tiga "Ta".
Yang dimahukan oleh Nabi cuma membimbing manusia dan menyampaikan
berita gembira dari Allah yang menjadi Raja Sekelian Alam.
Di antara bukti kesempurnaan Allah ialah betapa sempumanya lslam
yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW di mana ajarannya mencakupi segala aspek
naluri dan kehidupan manusia, di antaranya masyarakat dan negara. Adalah tidak boleh diterima akal kalau Islam yang sempurna dan syumul
itu tidak menyatakan kepada penganutnya aspek kenegaraan yang terkandung di
dalarn peranan manusia sebagai 'Khalifatullah' seperti diisyaratkan oleh Allah
kepada para malaikatnya.
Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang
yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan
janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk
berlaku tidak adil. Berlaku adillah
kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
AI-Maidah: 8