Dalam sejarah manusia, berjaya atau tidaknya sesuatu bangsa itu
bergantung kepada nilai-nilai yang dipegang dan yang diamalkan oleh bangsa
itu. Malaysia boleh.
Mungkin kita berpendapat amat sukar bagi sesuatu bangsa mempunyai
semua nilai yang ideal tadi. Tetapi
tanpa memiliki semua pun akan membawa sedikit sebanyak kejayaan yang
dicita-citakan. Amatlah negatif kalau
awal-awal lagi kita menolak kemungkinan kita memiliki nilai-nilai yang disebut
itu tanpa mencuba. Malaysia boleh, kita
boleh.
Tidak ada siapa melainkan orang Islam sendiri yang mesti
membetulkan masyarakat mereka. Mereka
mesti menjaga adab yang betul. Mereka adalah pemimpin di kalangan manusia.
Mereka sepatutnya berjemaah di kalangan para aulia sekiranya mereka benar-benar
mencintai Rasulullah SAW seperti para sahabat sebelum mereka. Mereka tidak boleh lagi mencampur adukkan
politik dengan agama kemudian menggunakan agama untuk kelompok sendiri terutama
mereka yang tidak ada perasaan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap sesama
manusia serta tidak lagi memikirkan tentang alam dan ketuhanan. Berimankah mereka yang hanya fikirkan
kepentingan diri dan kepentingan puak-puak serta kaum kerabat sendiri
semata-mata? Hubungan sesama manusia,
alam dan Tuhan diketepikan sama sekali.
Itulah padahnya bila asyik
berceramah dan asyik mendengar ceramah.
Memang seronok apabila kita dapat menyatukan diri dengan alam, laut
dan langit ketika kita cuba menyelesaikan sesuatu masalah negara yang memerlu
dan melibatkan setiap anggota masyarakat.
Kita akan merasa lega, bertenaga apabila kita tidak lagi memberikan
keutamaan kepada nafsu jasad kita dan segala-galanya yang berbentuk dan
berupa. Menyendiri dan mengosongkan
diri serta melawan kehendak nafsu yang mementingkan kebendaan dan keduniaan
adalah merupakan satu kekuatan. Kita
perlu membersihkan hati dan kita juga perlu mengukuhkan iman. Sesungguhnya kita telah dapat menundukkan
musuh yang bersembunyi dan menyamar sebagai diri kita sendiri.
Islam tidak melarang penggunaan ilmu pengetahuan yang betul dalam
menghadapi perubahan masyarakat menurut masa dan tempat. Islam mengizinkan penganutnya berijtihad
kepada orang yang mempunyai keahlian pemerintah hak yang dinamakan siyasah syariyyah kepada pemerintah
untuk mengendalikan masyarakat dan negara yang mengalami cabaran situasi yang
berbeza-beza tanpa menyanggah hukum Islam yang tetap memberi kebaikan kepada
manusia.
Adalah tidak wajar kalau kita menyuruh orang lain mengerjakan
kebaikan dan mengaku menegakkan kebenaran sedangkan pendokongnya tidak bersifat
begitu. Dan tidak wajar melarang orang
lain daripada melakukan kemungkaran sedangkan yang bercakap itu terus hidup
dalam kemungkaran.
Kalau kita sendiri hidup dalam kegelapan macam mana hendak
menerangkan orang lain. Begitu juga
mencegah fitnah tetapi dia sendiri melakukan fitnah. Kesimpulannya, apa juga kebaikan yang dianjurkan hendaklah dengan
cara penuh keikhlasan.
Orang PAS tak boleh double
standard. Apakah dalam PAS tidak
mengamalkan sistem ikut saja kata Tok Guru dan pemimpin? Majlis usrah
buat sedap mata dan telinga saja dan siapa pun tak boleh bantah, sebagai
contoh bergabung dengan Keadilan dan memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri apabila ditakdirkan Barisan Alternatif menang pilihan raya. Apa nak jadi dengan Fadhil Nor? Pemimpin jenis apa dia ni? Pemimpin tak sepatutnya memiliki perasaan
rendah diri. Tak malukah pengikut PAS
dengan tindakan Presiden mereka? Kenapa tak pilih Anwar Ibrahim sahaja jadi
Presiden PAS? Ada apa-apa ke antara Fadhil Nor dan Anwar? Dulu sama-sama dalam ABIM. Sayang betul nampaknyan Fadhil Nor pada
Anwar. Ada ke perhubungan adik angkat
dengan abang angkat? Anwar pun memang
banyak adik angkat.
Kecuh ... ribut.. hebuh.
Ramai yang tak setuju, memberontak di luar, tak sebulu. Semua ini datang dari mulut orang PAS, yang
datang sendiri dan mendedahkan kepincangan dalam PAS.
Syed Husin AlAtas sendir dah pening kepala kerana dia baru saja
berbaik-baik dengan PAS dan belum sempat mengisi borang menjadi tetapi semua
dah jadi kelam kabut. Mereka adakan
usrah dan kuliah subuh di rumah dan adakan percutian serta datang
bersantai-santai ke rumahnya. Bukunya, Mahathir Di Ambang Senja telah
dilancarkan oleh Fadzil Nor, Presiden PAS.
Seronok. Bukan seronok apa,
seronok tengok orang ramai terima PAS dan Fadhil Nor dah terima Anwar sebagai
"PM". Dah ramai intelek yang
menyertai parti itu. Tapi belum apa-apa
dah bercelaru. Alangkah sedihnya jika
nasib PAS jadi macam nasib AI-Arqam.
Orang hilang kepercayaan pada pucuk pimpinannya. Bila sebut pasal AI-Arqam, kita kena sebut
pasal Ustaz Ashaari. Ashaari pun dulu
dengan ABIM juga. Arqam ditolak oleh
rakyat bila Ashaari mengaku dia telah menyesatkan orang dan kes yang terbesar
sekali ialah kes yakazah yang mana
beliau menggunakan seorang perempuan, Azzura, sebagai operator untuk bercakap dengan Nabi.
Memuji dan mengingati kebesaran IIahi adalah kelaziman yang mesti
kita lakukan sebelum memulakan sesuatu tugas berat yang ada kaitan dengan alam
manusia dan kemanusiaan. Kita orang
Islam tak pakai operator perempuan, takut nanti waktu dia nak berhubung dengan
Tuhan, satu wayar sudah shot, tapi
dia tak bagi tahu boss.
"Bulan" perempuan, disimpankan ditempat yang tersembunyi. Habis time dia okay balik. Bertawasul
sendiri sudahlah.
Tak guna bercakap pasal agama kalau datang bulan pun tak tahu.
Sembahyang pun, tak boleh waktu kotor.
Ini pula nak bercakap dengan Nabi.
Orang sekeliling Ustaz Ashaari patut
sedar dan mulakan hidup baru. Sesat di hujung jalan baliklah kepangkal
jalan. Orang sekeliling Ashaari waktu itu mula tunjuk ego dan
angkuh. Buang masa saja bercakap dan
berlagak sebagai ahli agama jika kita tidak mahu menerima kebenaran. Pendapat kita
saja yang betul orang lain semua salah.
Kita jangan membiarkan pemimpin memperbodohkan pengikut, tak kira
sama ada pemimpin PAS atau UMNO kerana kita sebagai rakyat ada mata, telinga
dan suara hati. Bila rakyat sudah
simpati dan kasihan pada Mahathir dan benci pada Anwar kerana berita
pembohongan dan kejahatannya sudah diketahui umum maka kita kena sampaikan.
Maka budaya burung kakak tua
ini mesti dihapuskan. Kita marahkan
ahli UMNO, pada Mahathir, bagaimana pengikut PAS dan keADILan yang menyerahkan
diri bulat-bulat pada pucuk pemimpin mereka?
Ternyata mereka telah membuat banyak kesilapan dalam percaturan politik
mereka? Mahukah kita terus hidup di dalam kerugian? Kita semua manusia yang beragama dan yang ada kitab. Kita bukannya kambing biribiri, ikut saja
gembala. Sia-sia hidup merdeka jika
fikiran kita jumud dan minda kita tertutup rapat tidak mahu menerima
kebenaran. Kalau gembala terjun perigi
buta kita terjun sama.
Ikut sajalah jalan yang lurus, yang telah ditunjukkan oleh Nabi
Muhammad SAW. Dan sebagai pelengkap
kepada permulaan mukadimah tulisan ini, marilah kita membaca surah AI-Fatihah
dan sesudah itu kita bersama-sama menadah tangan dan memohon doa kehadrat Allah
SWT.
Ya Tuhanku!
Jadikanlah negara ini
Sebuah negara aman dan makmur
Anugerahkanlah rakyatnya
Dengan rezeki yang melimpah
jadikanlah rakyatnya
Orang-orang yang beriman
Kepada-Mu...
Ya Allah!