Letih berfikir. Nasib baik ada tenaga dalaman.
Memang selalunya orang ramai
menganggap dengan pergi menikmati keindahan laut seorang diri adalah gila. Apa
kan daya, kalau mahu mencari inspirasi, mahu menemukan diri dengan ilham yang
baik yang datangnya dari Allah, haruslah melakukan sesuatu seperti ini. Orang
nak kata gila pun katalah. Yang penting
kita harus mengadakan perhubungan dengan Allah Azzawajalla. Beristaqarah,
berkomunikasi dengan menggunakan 'frequansi' gelombang dalaman. Melihatkan
keghairahan Barisan Alternatif untuk menjatuhkan kerajaan sekarang, boleh sakit
jiwa dibuatnya.
Orang Melayu boleh memilih samada untuk mencapai kejayaan atau kehinaan. Dalam bidang politik apabila orang Melayu bersatupadu, mereka berjaya menewaskan British. Tetapi apabila mereka berpecah belah, mereka akan latah dan amuk. Bila Melaytu latah dan amuk, Melayu lemah dan jatuh satu demi satu demi satu. Demikianlah sejarah penjajahan negeri-negeri Melayu. Demi perpaduan bangsa Melayu dan cintakan negara dan generasi akan datang, marilah kita bersatu. Marilah kita tentang mereka yang ingin menjahanamkan bangsa Melayu dan mereka-mereka yang sentiasa menangguk di air keruh.
Cita-cita untuk meningkatkan maruah bangsa tidak akan tercapai
dengan memaksa orang lain menghormati kita. Maruah bangsa adalah hasil daripada
pencapaian bangsa itu. Bangsa yang bersusila, bersopan-santun, berhemah tinggi,
berbudi bahasa, rajin dan terkenal kerana mengamalkan nilai-nilai yang mulia
dengan sendirinya bermaruah tinggi. Kejayaan sesuatu bangsa amat mustajab dalam
menentukan bangsa itu dihormati. Dalam ceramah-ceramah PAS dan Keadilan
seoalah-olah mereka terlupa yang mereka itu Melayu dan Islam.
Sekali sekala terpaksa kita buat kerja gila, terpaksa meminta jumpa
Nabi Allah Hidir, tunggu berita dari langit kerana ramai yang dah ikut kegilaan
ceramah politik siang malam, pagi petang, lupa anak bini, lupa tanggungjawab,
ajak rakyat membenci dan memusuhi kerajaan dan tidak sedar yang mereka telah
melupakan akan nasib dan masa depan bangsa dan negara. Kita mesti hentikan
kerja-kerja karut ini hari ini juga.
Namun apabila ingatan anda dapat dihubungkaitkan dengan hati,
dengan niat sambil menyerahkan diri kepada kekuasaan Allah dan kita sanggup
mengikut Al-Quran dan AlSunnah seperti yang dianugerahkan Rasulullah SAW, maka
jalan yang kita terokai akan disinari cahaya yang terang benderang. Tali yang
kusut akan segera terlerai. Yang penting kita mesti bersihkan otak dan hati
kita yang telah dikotorkan dengan sikap tak tahu bersyukur, membenci sesama manusia
dan menukar buruk sangka kepada baik sangka.
Itu
cara mereka memperdayakan orang ramai dengan kehebatan pidato mereka. Tapi apa
yang anda cita-citakan untuk kebaikan umat manusia akan menjadi lebih bermakna
dan anda akan lebih kreatif jika ingatan terhadap Tuhan yang Pemurah lagi
Penyayang disertai dengan kesedaran siapakah kita ini ? Apakah tujuan kita berada di atas muka bumi
ini ? Mudah-mudahan juga apa yang dicita-citakan menjadi lebih bermakna lagi
apabila kita memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana
sesungguhnya Tuhan telah meminjamkan nyawa dan segala-galanya kepada kita.
Kita patut bersyukur kerana kita hidup dalam rahmat Allah hasil
dari adanya kuasa politik yang stabil berpunca dari kesepakatan dan
permuafakatan. Semua kaum di dalam negara kita ini diketuai oleh seorang Islam
yang orang PAS dan Keadilan tidak hormati dan taati. Yang ini kita kena
betulkan dahulu. Kerajaan yang ada hari ini Mahathir Perdana Menterinya. Itupun
Tuhan yang pilih. Fadil Nor jadi Ketua Pembangkang adalah kerja Tuhan juga.
Macam juga Tuhan jadikan perbezaan di antara malaikat dan iblis. Itu Tuhan
punya sukalah. Suka hati Tuhanlah siapa yang nak dijadikan hero dan siapa yang
nak dijadikan crook.
Kita terlupa dan seolah-olah terlali akan hakikat bahawa kita ini
sebenarnya tak ada apa-apa. Kita ini ibarat patung-patung wayang kulit sahaja.
Kalau nasib kita jadi Pak Dogol jangan kita nak jadi Hanuman.
Semua yang ada dipinjamkan saja, datang
tak bawa apa-apa, matipun tak berdaya untuk membawa apa-apa bersama ke liang
lahat. Maka bila ego dan sifat riak dapat kita matikan, InsyaAllah,
mudah-mudahlah kita dapat mendengar suara Tuhan, suara-suara kebenaran dan
bukannya suara tuan-tuan kita yang gila kuasa, gila hendak menang pilihanraya.
Tanyalah pada diri sendiri, bukankah manusia yang paling bodoh itu
adalah manusia yang membiarkan diri dipatuk oleh ular yang sama untuk kali
kedua dalam lubang yang sama. Ahh, memang manusia takut kepada ombak yang
begitu besar. Ombak yang kita nampak begitu besar apabila berada di tengah
laut, datangnya mengganas tapi akhirnya mengecil longlai apabila mencecah
pantai.
Begitulah kekecohan politik yang berlaku sekarang. Kita yakin
kekecohan yang sedang berlaku di negara ini akhirnya akan selesai jika kita
sentiasa berfikir, berikhtiar mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikannya.
Mudah-mudahan tok-tok guru dan ustaz belajar dari sejarah. Kita telah
diingatkan supaya berhati-hati, tidak terpedaya dengan anjing yang tersepit.
Dulu PAS pernah menerima Ku Li dan ahli UMNO dari Semangat 46, hari ini mereka
menerima parti Keadilan. Apakah pengajaran yang telah mereka timba dari sejarah
ini ?
Lautan yang kita sangka begitu luas, begitu juga dengan langit yang
begitu tinggi dan gunung-gunung yang berseragam ibarat raksasa di tengah
belantara semuanya menjadi kecil apabila kita telah masukkan ke dalam fikiran
kita menerusi biji mata kita yang sangat kecil. Jadi, masalah Anwar ini, kena buang, kes liwat, kes arsenik , no big
deal lah. Hal kecil. Kita taruh belakang sajalah. Simpan belakang lagi baik.
Tuhan pun pernah terbalikkan seluruh kaum Nabi Lut. Bukan setakat tumbuk
sebelah mata lebam.
Oleh itu, kita percaya bila hilang gelap akan timbul terang dan apabila
timbul yang haq yang batil akan gugur dengan sendirinya. Hakikat ini perlu
kita sampaikan kepada manusia yang sudah hilang pertimbangan, hilang akal,
menjadi celaru dan haru biru disebabkan membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh
nafsu amarah tanpa menggunakan pertimbangan akal hanya kerana seorang manusia sahaja. Patutkah kita mempertaruhkan
bangsa dan agama kita?
Cuba fikirkan apa bezanya Anwar Ibrahim, Musa Hitam atau Tengku
Razaleigh sesudah mereka meninggalkan UMNO ? Apa lagi sdra Anwar yang sesudah
dibuang. Dr. Mahathir bukan bodoh. Mustahil dia boleh suka hati buang orang
macam Anwar Ibrahim yang begitu berpengaruh. Dia tahu Anwar ini mesti banyak
buat hal, hal-hal yang karut marut. Tapi dia nak buat macam mana ? Dia bapa. Tepuk air di dulang terpercik muka sendiri.
Tapi rakyat tahu Anwar dan mereka yang telah meninggalkan UMNO
ibarat tidak lebih dari botol-botol kosong yang hanyut di atas laut dan
terumbang ambing tanpa arah tujuan.
Cuma bila Anwar dijumpai oleh orang-orang PAS, mereka gunakannya seperti
yang pernah berlaku kepada Ku Li, barulah orang ingat semula betapa
oportunisnya PAS.
Mereka ambil peluang keemasan ini untuk membidas dan mengkritik
kerajaan bahkan kalau dapat inilah masanya mereka menumbangkan kerajaan yang
majoritinya orang Islam menjadi pemimpin!
Kita kena lihat kekuatan MCA dan MIC tidak tergugat. Bahkan keadaan "didoa" agar
UMNO hancur atau 50% hilang kuasa dalam kerajaan dan secara otomatis akan
memberi laluan kepada MCA, DAP atau MIC berkuasa pada alaf 2000! Siapa jadi Perdana Menterinya? UMNO akan menjadi satu parti yang hanya
tumpang sekaki dalam kerajaan, kasihan, manakala PAS sebagai
pembangkang!!! Inilah agenda iblis alaf
2000! Para ilmuan, para politik
ingusan, para penulis upahan dan pengampu, para koperat yang kecewa, ahli-ahli
politik yang tersingkir dan "budak-budak" ingusan yang baru dikejuti
oleh insiden yang luar biasa, para profesor, ahli agama yang baru kenal agama,
para ahli munafik, fasik dan kafir BUTA semuanya tidak dapat melihat agenda
iblis alaf 2000!!! Bahkan mereka
semuanya menjadi perangsang tentera-tentera iblis yang berada didalam diri
mereka sendiri.
Nabi SAW bersabda: "Semua manusia ada syaitannya
masing-masing." Hanya
mereka yang jihad melawan hawa nafsu sendiri melihat "perbuatan-perbuatan syaitan" ini. Sebab Nabi SAW bersabda : kita baru saja kembali dari perperangan yang
kecil tetapi sentiasa hadapi perang yang paling besar iaitu memerangi hawa
nafsu sendiri. Janganlah anda
tertipu dengan kehebatan luaran kerana taqwa tidak dapat diukur melalui hal-hal
luaran tetapi taqwa diukur melalui ilmu tentang Tuhan.
Anwar sudah tidak lagi berharga, tidak berguna
dan tidak lagi relevan untuk
perjuangan rakyat. Kita cuma kira
rahsia-rahsia Mahathir yang berada di tangan Anwar. Kita lupa siapa boss. Siapa lebih kuat antara harimau tua dan
harimau muda yang bertarung di atas bukit?
Yang muda, yang masih berhingus dan yang kurang berpengalaman kini sudah
cedera dan tersisih dari puncak bukit.
Hari ini kita tidak mahu bercakap pasal mereka berdua. Berapa tahun lagi Mahathir boleh hidup. Anwar pun sudah habis. Gone
case. Gone with the wind. Cukuplah sekadar "ta, ta" dan
"bye, bye" buat Anwar. Mari
kita cakap pasal bangsa dan negara kita pula.