Tiga puluh tahun yang silam umum dapat menyaksikan satu pilihan
raya umum yang berakhir dengan tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei (1969).
Ketika itu parti-parti pembangkang begitu kuat dan berpengaruh
serta terdiri daripada PAS, DAP, PSRM dan sebuah lagi parti yang dinamakan
Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) yang dipelopori oleh para cendikiawan dan bijak
pandai Melayu dari menara gading bersama-sama dengan Dr. Tan Chee Koon dan Dr.
Lim Chong Eu. Dengan kehebatan mereka,
Pulau Pinang bedaya ditawan. Dalam masa
yang amat singkat sekali parti yang baru ditubuhkan bermula sebagai sebuah
parti multi-racial, sama seperti
parti KeADILan yang ditubuhkan sejak Anwar dipenjara akhirnya Gerakan yang
mulanya sebagai pembangkang menyertai BN bertukar menjadi parti untuk satu kaum
saja. Hari ini tak ada satu kerusi
Gerakan pun yang menjadi milik Melayu. Melayu yang bersemangat dengan politik
berbilang kaum hilang Pulau Mutiara.
Orang lain dapat
pulau. Melayu Pulau Pinang pula menjadi
pening. Mereka cuma dapat kulitnya
saja. Berniaga buluh kasap, hujung
hilang pangkal lesap.
Walaupun kebiruan air laut Cina Selatan pada waktu petang tidak
begitu indah, namun ianya tenang dan damai.
Warna dan pantulan sang mentari yang kian menyentuh ufuk Barat
mencerminkan apa yang sedang berlaku di alam maya. Suasana seperti ini
menghanyutkan fikiran akan untuk pergi lebih jauh dan merenung dengan ingatan
dan hati tentang akan masa depan bangsa dan tanah air tercinta, di mana
rakyatnya kini berada di dalam dilema, di dalam kebimbangan ibarat kata orang
tua-tua diluah mati emak, di telan mati bapak. Begitulah keadaan
perasaan apabila dikuasai oleh emosi.
Keindahan langit, pantai dan lautan yang
terbentang luas semuanya adalah ciptaan Tuhan. 'Subhana Allah', segala puji
bagi Allah. Itulah saja yang dapat
dilafazkan. Alhamdulillah. Syukur ya Allah kerana menghidupkan kita
dalam dua dimensi. Dengan ilmu yang Kau
beri kita dapat melalui kehidupan di alam nyata dan di alam ghaib.
Terlebih dahulu marilah kita mengucap berbanyak-banyak syukur ke
hadrat Allah SWT kerana negara kita masih aman dan kita masih dalam keadaan
yang selamat. Tuhan masih sayangkan kita semua jika dibandingkan dengan
saudara-saudara kita di negara jiran Indonesia akibat mahu menjatuhkan
pemimpin. Itulah padah yang diterima akibat membiarkan beberapa orang petualang
yang menjadi alat kepada kuasa luar dan kuasa dalaman yang dipengaruhi oleh
iblis yang akhirnya menghancurkan kemerdekaan, keamanan dan kebahagian hidup
satu masyarakat dalam sebuah negara yang berdaulat.
Keindahan alam semulajadi yang cuba diperlihatkan tadi membuktikan
rahmat dan kekayaan Allah SWT.
Demi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Pencipta, sesungguhnya
segala sesuatu yang berada di langit, di bumi dan di lautan adalah amanah-Nya
kepada kita semua. Maka ia menjadi kewajipan kita untuk menjaga amanah yang
telah diletakkan ke atas bahu kita. Banyak tulisan mengambarkan alam demi untuk
membuka fikiran manusia terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta
para sahabatnya. Semuga tiada lain darinya yang kita jadikan ikutan semasa
mengabdikan diri dengan Tuhan.
Jalan yang akan kita lalui mempunyai banyak ranjau. Insya Allah
kita akan melaluinya dengan minda yang terbuka dan perancangan yang kemas. Kita akan menambah usaha kita dan berserah
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kita adalah hamba Allah. Menyalahkan takdir adalah sama dengan
menyalahkan Tuhan. Yang baik datang dari Allah, yang tak baik datangnya dari
perbuatan kita sendiri. Jika kita tidak
berusaha memperbaiki diri kita dan tidak berusaha sedaya upaya maka diri
sendirilah yang harus kita persalahkan. Tambatkan perahu kita dahulu sebelum
berserah kepada Allah.
Mari kita cuba bertafakur di tepian pantai sambil menghirup udara
laut yang segar dan nyaman. Daun nyiur melambai lambai ditiup angin seolah-olah
menyampaikan sesuatu di waktu senjakala, ketika siang akan digantikan dengan
malam. Di kesempatan begini, marilah kita memikirkan tentang diri, tentang
manusia, tentang alam dan terutama sekali perihal hubungan antara roh dengan Penciptanya. Memang ada
kalanya kita perlu menyendiri mengosongkan segala-galanya dari ingatan kehendak
dan kemahuan duniawi. Ingatan hanya untuk Allah, Allah Yang Maha Esa, Tuhan
yang kita sembah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah
SWT.
"Kamu tidak lain hanyalah seorang
pemberi ingatan"
Faathir,ayat 23
Seperti diwahyukan dalam AI-Quranulkarim, Allah SWT telah pun
menyempurnakan Din-Nya serta melimpahkan rahmat-Nya dan menamakannya Islam, maka amat mustahil untuk
membayangkan bahawa Rasulullah SAW telah diutuskan tanpa ilmu untuk memimpin
umatnya hidup bennasyarakat,
membentuk ummah yang unik dan tersendiri. Teladan ini telah pun ditunjukkan dan
dicatatkan untuk dicontohi oleh umat Islam yang kemudian. Peradaban yang dibawa
dan dilaksanakan oleh baginda ialah politik. Mengikut Nabi dan Rasul terakhir
politik di laksanakan dengan contoh akhlak yang terpuji.
Jika demikian Allah
selalu mengingatkan Rasulullah SAW yang paling dikasihi-Nya sekadar seorang
pemberi ingatan. Oleh itu bagaimanakah kita (sebagai penyambung tugas-tugas
baginda) tergamak melakukan lebih daripada itu.
Hubungan sesama manusia terutama mereka yang mengaku Islam dalam
hal silatulrahim antara umat Muhammad
SAW kini nampaknya sudah tidak mempunyai erti apa-apa. la membuat ramai yang
merasakan sedih dan pilu kerana tidak mahu
mengikut jalan yang satu.
"Hai manusia, sesungguhnya janji
Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan
kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu memperdayakan kamu
tentang Allah"
Faathir, ayat 5
Bagaimana keadaan seburuk ini boleh berlaku sedangkan hubungan
sesama manusia itu sama pentingnya dengan hubungan dengan pencipta-Nya? Mengapakah mereka yang menyuarakan AI-Quran
untuk menyerang sesama Islam boleh melupakannya?
"Dan kami tidak mengutus kamu
(Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita
gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada
mengetahui"
Surah Saba, ayat 28
Sewaktu hayatnya, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa
bertafakur atau bermeditasi dengan tujuan mencapai tingkat pemikiran yang
paling mendalarn bagi memecahkan sesuatu permasalahan adalah merupakan satu
ibadat. Walaupun ianya hanya untuk seminit, ganjarannya sama seperti beribadat
seratus tahun apa lagi jika kita dapat melakukannya setiap saat dan waktu tidak
kira dimana juga kita berada. Yang penting kita sentiasa mengadakan perhubungan
yang rapat dengan-Nya, siapa lagi, di mana lagi tempat kita mengadu dan
mengharapkan pertolongan. Hendak
mengadu pada manusia mereka sudah terlalu angkuh dan dikuasai ego. Tiada daya dan upaya selain dari Allah Yang
Maha Besar Lagi Maha Agung.
Mana tahu dalam bertafakur dan bermeditasi itu kita dapat bertemu
dengan Nabi Allah Hidir a.s. Nabi Musa a.s. pun dahulu pergi jumpa Nabi Hidir
a.s. di tepi laut. Nabi Hidir menjelmakan diri. Kita perlu tengok ke
laut dan memandang ke langit. Siapa tahu kalau-kalau ada berita dari langit
yang dapat membantu menyelesaikan kemelut rakyat Malaysia hari ini.
Biar pun Hidir telah mengingatkan Musa jangan banyak bertanya jika
mahu belajar sesuatu mengenai mistik, Musa tetap bertanya. Kenapa Hidir
membunuh seorang anak muda dan membocorkan kapal ? Nak tahu jawapan cuba baca surah AlKahfi.
Bertafakur dan berzikir, membenarkan diri menghilangkan
segala-galanya, sehingga semuanya jadi kosong, maka yang ada cuma Tuhan
semata-mata. Bermeditasi secara
mendalam adalah penting bagi memperolehi tenaga dalam. Kita perlukan kekuatan
dalaman untuk menyelesaikan masalah luaran. Kita perlu kembali kepada-Nya
kerana dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Kita kena reda.
Dia boleh ambil apa saja yang dipinjamkan dengan apa saja cara yang
dikehendaki-Nya kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Cuba renung
dan perhatikan.
Merenung dengan mata hati akan
memperlihatkan kepada kita bahawa bagi Allah segala kehebatan alam fizikal yang
berada di hadapan kita hanyalah tidak lebih dari serpihan debu yang
terumbang-ambing ditiup bayu. Kepada siapa kita hendak mengadu jika tidak
pada-Nya yang bersifat Pemurah lagi Amat Pengasihani untuk menyelamatkan setiap
makhluk yang telah diciptakan di atas bumi bertuah ini. Masakan Dia baru
meletakkan Anwar Ibrahim dalam penjara maka kita mesti menimbulkan huru hara di
dalam negara ?
Kita kini
berada di dalarn dharurat akidah dan pemikiran umat telah dirosakkan oleh
manusia yang mengelarkan diri sebagai pemimpin dan ulama. Mereka menimbulkan
pelbagai masalah dan mengambil kesempatan dari kesempitan tapi tidak tahu
bagaimana mahu menyelesaikannya.
Kalau kita mahukan dunia maka
kita mesti perolehinya dengan ilmu. Begitu juga dengan akhirat. Itu pesan Nabi.
Kalau kedua-duanya itu kita tak cukup, macam mana mahu mengambil alih tampuk
pemerintahan negeri. Inilah masalah yang sedang fikirkan. Kalau anda kata tak
sayang ulama, itu satu dosa, tak menghormati ulama juga satu pembohongan, tapi
mahu bersetuju dan bersekongkol dengan ulama yang mahu merebut kuasa politik
untuk kepentingan parti. Maaf .. jangan
kita cari pasal .. jauhkan diri dari mereka!.
Nikmat terbesar yang
dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhluknya yang bernama "manusia"
ialah akal untuk berfikir, menguji
dan mengkaji bagaimana sesuatu masalah itu dapat diselesaikan. Sebaliknya bila
mereka menggunakan ilmu dan pemikiran untuk menimbulkan masalah dan menimbulkan
kacau bilau, kita sepatutnya tak boleh terima. Kerja buat kacau, timbulkan
kecuh yang boleh menyusahkan orang ini adalah kerja syaitan. Tapi sayangnya
manusia yang telah diberi petunjuk, di beri AlQuran masih tidak mahu berfikir,
tidak mahu lagi menggunakan akal untuk membezakan yang mana satu haq dan yang mana satu batil. Itu tandanya manusia yang angkuh
dan sombong, dan manusia yang telah terlupa siapakah diri mereka.