Suqiu
Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina
Malaysia telah ditubuhkan pada 16/8/1999, dengan ringkasnya Rayuan Pilihanraya atau Suqiu, merupakan senarai
agenda persatuan-persatuan Cina Malaysia dalam Pilihanraya Ke-10. Ianya disertai oleh 13 persatuan Cina dan tidak satupun persatuan bangsa lain
menyertainya.
Disini ternyata Suqiu tidak membawa agenda bangsa Malaysia
keseluruhannya, sebaliknya lebih membawa agenda kaum yang diwakilinya. Ini dapat
disimpulkan melalui kesemua ahli yang menyertainya yang mana semuanya adalah
persatuan-persatuan kaum Tionghua.
Kenapakah Suqiu ditubuhkan ? Dari agenda yang
diberikan, ianya lebih banyak tertumpu kepada penghapusan hak-hak yang dinikmati oleh
bangsa yang dipanggil Bumiputera terutamanya Melayu. Walaupun ringkasan tuntutan itu
nampaknya agak umum, tetapi isu utamanya ialah ke arah pembentukan sebuah negara yang
mengamalkan dasar meritokrasi dimana tiada keistimewaan ke atas mana-mana kaum di negara
ini. Suqiu ditubuhkan pada masa dimana orang Melayu terutamanya amat lemah. Mereka
mengambil peluang dari kelemahan dan perpecahan Melayu ini untuk membuat tuntutan
tersebut. Mereka merasakan inilah peluang mereka untuk menuntut menghapuskan apa saja yang
keistimewaan yang diberikan kepada kaum bumiputera. Inilah masa bagi mereka meminta apa
yang selama in mereka inginkan. Peristiwa 16 mei 1969 tidak langsung menjadi ingatan
kepada mereka. Meraka ingin samarata!
PAS dan KeAdilan secara langsung dan terang
menyokong kumpulan ini. PAS yang diwakili Subki Latif menghadiri upacara ulantahun setahun
Suqiu. Di Lunas, Mat Sabu dalam ceramahnya pada Malam Sabtu 25/11/2000 (10.00 mlm) memberi
tahu hadirin diceramahnya yang PAS menyokong Suqiu, Dong Zong dan JiaoZong. Dia berbangga
dengan apa yang diucapkannya di atas pentas. Ini disambut dengan sorakkan dari ahli-ahli
PAS dan KeAdilan dihadapan beliau yang rata-ratanya orang Melayu. (Tape masih disimpan).
Ini adalah tanda pengiktirafan mereka kepada Suqiu dan tuntuan mereka. Begitu juga
KeAdilan yang terang-terang mengakui mereka bersependapat dengan Suqiu. Suqiu menjadi
penyokong KeAdilan dalam Pilihanraya kecil dan umum. Mereka berkempen untuk calon Keadilan
di Lunas. Satu lagi parti yang dianggotai oleh orang Melayu menyokong Suqiu.
Kenapa perlu kita teliti tuntutan ini ? Kalau
dikaji secara teliti ianya bermaksud penghapusan segala kuota dan keistimewaan yang
diberikan kepada kaum Bumiputera. Contohnya, penghapusan kuoata kemasukkan ke Universiti,
penghapusan bantuan kepada usahawan Bumiputera dan sebagainya. Ini semua dilakukan dengan
berselindung di sebalik perkataan perpaduan kebangsaan, reformasi institusi politik, hak
asasi manusia, ekonomi dan pembangunan sosial, pendidikan, multi-culturalisme,
perlindungan alam sekitar, wanita, media, pekerja serta orang asli. Itulah helah mereka
sebenarnya.
Dari sektor pekerja mereka mahu sektor awam
dibuka seluas-luasnya kepada kaum lain juga, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak
menyebut pembukaan sektor swasta kepada bumiputera seluas-luasnya. Syarikat-syarikat milik
mereka masih mengamalkan 'family bisness' dimana mereka memberi peluang lebih kepada kaum
sebangsa mereka. Begitu juga di sektor ekonomi, mereka tahu yang ekonomi mereka amat kukuh
dan tidak dapat ditandingi kaum lain. Mereka amat susah membantu kaum lain dalam memajukan
diri dalam bidang ekonomi. Kalau boleh semua bidang ekonomi mahu dibolot mereka. Inilah
yang mereka sebutkan ekonomi dan pembangunan manusia, helah yang digunakan untuk
menghapuskan peluang bumiputera menjadi sama taraf dengan mereka. Begitu juga dengan
institusi agama yang ada disebut dalan tuntutan itu. Apa yang dimaksudkan ialah belanjawan
untuk agama lain perlu diadakan dalan belanjawan negara. Ini bermaksud kerajaan perlu
memberi kebebasan agama lain membina kuil, tokong atau gereja menggunakan duit peruntukan
kerajaan , sama taraf yang diberikan dengan agama Islam. Ianya juga membawa maksud, Islam
bukan lagi menjadi agama rasmi negara. Semuanya kalau dikaji secara teliti akan dapat
memberi sedikit sebanyak helah yang diselitkan. Hanya mereka yang buta saja tidak memahami
maksud itu.
DAP sudah lama berjuang untuk semua ini. Kali
ini mereka begitu gembira kerana perjuangan mereka diterjemahkan oleh satu kumpulan lain.
Harapan DAP menjadi kenyataan apabila selama ini UMNO yang majoritinya didokong oleh orang
Melayu menolak perjuangan DAP itu. Sebaliknya DAP mendapat nafas baru daripada penubuhan
Suqiu ini dan ianya mendapat sokongan rakan seperjuangan dalam BA. DAP sudah dapat separuh
daripada apa yang diperjuangkan selama ini. PAS, KeAdilan dan PRM telah sehaluan dengan
DAP dalam perjuangan Malaysian Malaysia DAP. Cuma hanya tinggal undi orang Melayu saja
yang DAP perlukan untuk mendapat 50 peratus lagi. Ini dapat dilakukan melalui PAS dan
KeAdilan. Apakah rela orang Melayu membiarkan
ini berlaku ?
Sedarlah wahai orang Melayu Islam tentang
tentang agenda mereka ini. Janganlah kita membabi buta menyokong mereka. Mari kita
pertahankan hak kita bumiputera. Kita telah membuat satu pengorbanan yang amat besar dan
tak ternilai dengan memberi taraf kerakyatan kepada mereka. Apakah mereka sudah lupa ?
Apakah kita sudah lupa ? Sekarang setelah mereka merasakan kita agak lemah dan berpecah
belah, mereka mahu merampas semuanya dari kita. Bangunlah wahai umatku. HAK KITA JANGAN
DIGANGGU.