SANDIWARA
Pada
tahun 1982 PAS mula menuduh Assabiyah kepada perjuangan kebangsaan Melayu yang
dulunya mereka perjungan bersama. Pada bulan September 1985 pula PAS Terengganu
membuat ikrar kepada sekumpulan orng Cina dalam satu perancangan dialog
PAS-Cina di Dewan Perniagaan Cina Kuala Terengganu denga mengatakan apabila PAS
memerintah negara ini hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan.
Pada
ketika itu dalam Perlembagaab Tubuh PAS Fasal 6 ceraian 7, 8 dan 9 masih
tercatat lagi peruntukan mengenai bahasa, budaya dan hak Melayu. Bagaimanapun, pindaan 1987 Perlembagaan
Tubuh PAS menghapuskan semua fasal yang
menyebut Melayu itu.
Sandiwara
PAS mengenai hak Melayu makin ketara apabila kita dapati ada pimpinan mereka
menjamin hak Melayu ketika berhadapan denga orang Melayu, tetapi lain pula
skrip yang dipakai ketika berhadapan denga orang bukan Melayu.
Kalau
PAS tidak bersandiwara tentulah mereka menerima realiti sejarah persefahaman
dalam kontrak sosial antara kaum yang telah pun dipersetujui bahawa hak
istimewa orang Melayu diberikan (Perkara 153 Perlembagaan) melalui harga jual
beli hak kerakyatan kepada bukan Melayu (Bahagian 3 Bab 1 Fasal 14-22
Perlembagaan).
Ini
beerti kalau hak keistimewaan Melayu mahu dihapuskan, maka hak kerakyatan bukan
Melayu juga mesti dihapuskan. Tepuk
dada tanya selera siapa yang rugi, siapa yang untung.
Bagaimanapun,
sandiwara yang paling hebat ialah pementasan sandiwara drama tiga babak hukum
Hudud. PAS telah berjaya melakonkan banyak episod penyelewengan hudud. Babak
pertama ialah mula-mula membentangkan hukum hudud PAS di Dewan Undangan Negeri
Kelantan yang dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993. Ia kelihatan banyak
bercanggah dengan hudud Allahterutama pada prinsip keadilan seperti ia terpakai ke atas orang Islam sahaja
(Fasal 56), syarat-syarat menjadi hakim langsung tidak mengikut syarat syarie
(Fasal 68) dan sebagainya. Kemudian
dalam babak ini Harakah 28 Februari 1997 berjanji hukum Hudud akan dibawa ke
Parlimen. TETAPI JANJI CUMA TINGGAL JANJI.
Sebaliknya UMNO dan Perdana Menteri dipersalahkan
apabila timbul soalan mengapakah undang-undang Hudud itu tidak dilaksanakan
selepas diluluskan oleh Dewan Undang Negeri Kelantan.
Sandiwara
hudud PAS ini ketara lagi dalam babak
kedua iaitu apabila Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu. Beliua
membuat kenyataan, " Perlaksanaan Hudud melalui Proses yang
Panjang." Mengapakah boleh menjadi
panjang kalau hudud PAS Kelantan itu sebenarnya hudud Allah ? Ambil saja EJKS (II) 1993 Kelantan, bawa ke
Dewan Undangan Negei Terengganu terima pakai habis cerita. Tidakkah Abdul Hadi
sendiri menjadi pengerusi jawatankuasa penggubal Hudud PAS Kelantan itu ? Mengapakah pengerusi sendiri menolak
rang undang-undang yang digubal ?
Alangkah
anehnya apabila penulis skrip sendiri menolak skrip yang ditulisnya.
Kalau
kerajaan PAS Terengganu tidak mahu pakai EJKS (II) 1993 Kelantan, ternyatalah
bahawa ia bukan hudud Allah. Hudud Allah sebanarnya hanyalah satu. Ia sesuai di
mana jua.
Babak
ketiga sandiwara hudud PAS ialah kenyataan Abdul Hadi Awang sebagaimana
dilaporkan dalam Utusan Malaysia 7 Mac 2000 iaitu "hukum hudud adalah
salah satu aspek daripada 0.0001 hukum Allah". Mengapakah sebelum Abdul Hadi memerintah Terengganu, UMNO dihukum
tidak Islamik atau kafir kerana tidak melaksanakan hudud yang dianggap begitu
besar ? Sekarang apabila sudah mendapat
kuasa, hudud yang dianggap begitu besar dahulu telah berubah menjadi begitu
kecil untuk PAS sehingga nilainya 1/10,000 (satu persepuluh ribu) daripada
hukum Islam ?
Kalaulah
hudud Allah pun boleh dipermainkan seperti lakonan sandiwara pementasan drama
tiga babak oleh PAS, maka tidak hairanlah isu-isu lain denga mudah sahaja
dipentaskan oleh PAS sekalipun tanpa skrip dan percanggahan sesama mereka.
Misalnya, PAS pernah bersandiwara denga kebenaran menjual arak dan snuker -
haram ketika UMNO dan harus ketika PAS dengan syarat tukar kata-kata atau pinda
alasan.
Replika
penyu segera dibuang tetapi replika sotong dan udang boleh ditangguhkan. Gambar
raja dibuang manakala gambar Menteri Besar bersama exco dipasang dengan
megahnya. Menteri Besar Kelantan boleh menyembah Raja, tetapi Menteri Besar PAS
Terengganu tidak buat demikian. Dan
banyak lagi lakonan pura-pura politik cari makan menjadi sandiwara mereka.
Sepanjang
pemerintahan PAS di Terengganu kelihatan juga sandiwara lain, daripada pakaian
dan perawakan dir wakil-wakil rakyat mereka sehinggalah tindak-tanduk
pentadbiran kerajaan negeri. Ia bercampur aduk antara kerajaan dengan parti.
Peraturan
biasa ditolak ke tepi. Misalnya pegawai kerajaan negeri tidak dibenarkan
memegang sebarang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK), tetapi pegawai kerajaan pusat
diperlukan bertugas dalam Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR). Pekeliling melarang
khutbah sendir sudah tidak dipakai lagi. Mimbar khutbah seumpama pentas
ceramah, penuh dengan ucapan-ucapan emosi. Pekeliling pemilihan Jawatankuasa
masjid yangbaru memberi kuasa kepada anak mukim buat cadangan, tetapi
perlaksanaannya ditapis diperingkat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
(Kerajaan PAS negeri juga yangakhirnya memutuskan siapa yang hendak dilantik).
Pembahagian
bantuan orang miskin mengikut puak mereka. Dalam ucapan Menteri Besar PAS
Terengganu ketika perasmian Mahkamah Syariah Terengganu, dia menyebut
"Inilah titik permulaan melaksanakan hukum Allah sepenuhnya"
sedangkan tidak ada satu pun pindaan baru perlembagaan tubuh negeri dibuat.
Apakah terasminya sebuah bangunan Mahkamah Syariah yang indah tersergam pusaka
UMNO dan kerajaan BN sebelum ini sudah cukup untuk melaksanakan hukum Allah
sepenuhnya ?
Pada
majlis sambutan hari Keputeraan Sultan Terengganu baru-baru ini menteri Besar
membuat pengakuan akan terus melaksanakan program pembangunan insan melalui
Yayasan Islam, Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
Ini
bukti PAS berlakon sandiwara di pentas yang UMNO sediakan dahulu. Tidak ada
satupun dasar pembangunan insan baru yang dikemukakan oleh PAS bagi menafikan
segala dasar yang UMNO gubal selama ini. PAS tuduh UMNO memerintah secara
sekular tetapi semua projek yang diasaskan atas dasar gubahan UMNO terus
dipakai di Terengganu. Ternyatalah PAS hanya berlakon sandiwara di pentas lama
denga skrip pusaka peninggalan orang.