Mencarut: Alasan
Nik Aziz Dangkal
Saya telah membaca teks ucapan Nik Aziz pada sessi ceramahnya di Kota Bharu ada 1 Mei 1999 bagi menangkis hentaman mengenai isu mencarut. Di sini saya ingin memberi sedikit komen dan pandangan saya mengenai ucapan Tok Guru itu.
Pertama sekali saya amat amat kesal kerana Nik Aziz masih
mempertahankan mencarut. Sedangkan kafir barat juga, jika kita menonton filem-filem dan
drama-drama mereka, mereka tetap memarahi anak mereka jika anak mereka mengeluarkan
perkataan kesat walaupun orang-orang dewasa mereka suka menggunakan perkataan kesat dalam
perbualan harian mereka. Maka begitu hina sekali Islam kerana Tuhan kita pun dikatakan
mencarut? Sudah tentu ini perkara besar, silap-silap jika terdengar oleh pelampau Arab,
dikeluarkan tawaran untuk membunuh Nik Aziz. Adab dan ketamadunan manusia memberitahu kita
bahawa bercakap kotor itu tidak baik dan tidak ada agama manapun dalam dunia ini
membolehkan kita bercakap kotor dan seboleh-bolehnya kita hendaklah menahan diri atau
bersabar dari mengeluarkan perkatan kotor apatah lagi lucah iaitu mencarut dalam apa jua
keadaan. Dan bagi Islam, Sabar itu adalah separuh dari iman. Tak mungkin orang yang
mengaku dirinya ulama, malah mursyid tidak dapat bersabar sehingga terpaksa memaki hamun
dan mencarut terhadap orang lain apatah lagi orang Islam juga, bukannya orang kafir atau
orang yang menganiayanya. Apakah para alim ulamak ini tidak mempunyai kesabaran?
Cuba minta Shahnon Ahmad terangkan keadaan dirinya ketika dia
menulis buku itu di mana keadaan itu membolehkannya mencarut?
Mencarut bagi bangsa Melayu adalah amat keji dan jijik. Saya
tahu ramai orang PAS yang menafikannya, bagi mereka itu adalah biasa. Maaflah jika mereka
tersinggung - tetapi di dalam keluarga orang baik-baik, mencarut adalah sesuatu yang amat
asing. Tanyalah mereka dari keluarga jenis manakah mereka? Jika ibubapa mereka mencarut
tentulah mereka akan membela ibubapa mereka dan menyatakan bahawa itu adalah perkara
biasa. Sedangkan bagi kita, bagi saya sendiri, tok,nenek,moyang,ibu dan ayah saya akan
memarahi saya dan kakak saya walaupun jika saya berkata kakak saya bodoh. Perkataan bodoh
sudah cukup keji bagi kami jika kami menggunakannya untuk memperkecilkan orang lain. Saya
mengenali abang kepada Dr. Mahathir Mohamad, iaitu En. Masyhur kerana pernah menjadi jiran
mereka suatu waktu dahulu. Keluarga kami amat menghormati mereka ini kerana akhlak mereka
yang amat terpuji. Tuturkata yang begitu lembut dengan sopan santun yang begitu tinggi
sehinggakan saya pada waktu itu terlalu segan dengan mereka kerana mereka terlalu
menghormati orang lain dan membuatkan kita merasa yang kita tidak sepatutnya dihormati
sehingga sedemikian rupa. Itulah adab orang Islam yang sebenar terhadap orang lain. Bagi
kami, bagi mereka dan orang-orang yang lahir dalam keluarga yang tidak pernah berkasar
mencarut adalah amat asing dan amat-amat keji.
Nik Aziz menyatakan bahawa Islam tidak menghalang
kehendak-kehendak manusia asalkan ianya bertempat. Contoh yang diberikan adalah kehendak
naluri seks, naluri harta, naluri mengumpat dan naluri membunuh?. Dia mengatakan bahawa
semua ini tidak dihalang oleh Islam asalkan kena pada tempatnya. Bukankah mengumpat itu
adalah dosa besar dan dilarang Allah dalam apa jua keadaan tidak ada tempat-tempat
tertentu dan keadaan-keadaan tertentu yang dibolehkan mengumpat dan jika tidak berdaya
menegur lebih baik berdiam diri. Dan Membunuh termasuk dalam naluri??? Saya tidak tahu.
Tetapi bagi saya, betapapun saya tidak bersetuju dengan Nik Aziz dia tetap orang Islam dan
itu hak Allah untuk menentukan imannya bukan saya atau Dr. Mahathir dan saya tidak pernah
ada naluri untuk membunuhnya atau sesiapa saja. Apakah Nik Aziz atau pengikut-pengikutnya
memang ada naluri untuk membunuh? Secara ringkasnya Nik Aziz menyamakan
"keinginan" untuk mencarut sama dengan keinginan untuk membunuh?, mengumpat dan
seks. Adakah kita semua mempunyai keinginan untuk mencarut????
AlQuran ada mengingatkan kita bahawa ada manusia yang
menyatakan keimanannya pada Allah tanpa menyedari yang mereka menipu diri mereka sendiri.
Mereka ini mempunyai penyakit-penyakit di hati (hasad dengki,benci, dendam, tamak, amarah
dan iri hati). Bila kita mengingatkan mereka agar jangan membuat huru-hara di dunia mereka
menyatakan bahawa merekalah pembawa perubahan (reformasi). Berhati-hatilah, mereka ini
adalah pembuat kacau tapi mereka tidak menyedarinya. Bila ditanya apakah mereka tidak
mempercayai apa yang dipercayai oleh orang lain - kata mereka kenapa mesti dipercayai
orang-orang yang bodoh/tidak benar? Berhati-hatilah sebenarnya merekalah yang bodoh/tidak
benar itu dan mereka tidak menyedarinya.
DAlam ceramahnya, NIk Aziz menerangkan bahawa
perkataan-perkataan yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran dan RAsulullah dalam
Hadith-hadith sebagai mencarut iaitu tuli, bisu, buta, kera yang hina, seperti binatang
ternakan, seperti mati dibunuh, jahat dll. NIk Aziz juga menghuraikan bahawa "bila
Allah buat sesuatu dalam AlQuran dan RAsulullah berkata hendaklah kamu berakhlak
sebagaimana akhlak Allah" bermaksud bahawa jika Allah marah, menyumpah, mengutuk dan
lain-lain maka kita dibenarkan berbuat demikian juga dan jika tidak bersetuju maka
kita dikatakan menidakkan dalil-dalil dalam AlQuran. Saudara fikirlah sendiri apakah
perbezaan antara kata-kata dengan perkataan. Apakah mengata dan apakah berkata. Apakah
perumpamaan dan apakah mengumpamakan orang. Contoh ayat: "Dia tidak boleh mendengar,
dia pekak." Bandingkan dengan "Hoi, pekak, engkau tak dengar ke?!". Ayat
pertama menggunakan perkataan yang sama tetapi bernada sopan, bukan? Samalah jika Nik Aziz
menyatakan bahawa perkataan liwat itu mencarut, jadi semua akhbar mencarut. Maka dengan
itu, apabila Anwar berkata "dia kata saya melakukan liwat" adakah
bermaksud yang Anwar sedang mencarut? Atau seorang ibu yang menerangkan kecacatan anaknya
yang bisu: "maaflah, anak saya ni bisu". Adakah ibu itu mencarutkan anaknya?
Allah marah, menyumpah dan mengutuk dalam AlQuran termasuk dalam kata nama, perbuatan atau
akhlak? Nampaknya Nik Aziz tidak tahu pun definisi akhlak. Liwat = satu perkataan, meliwat
= satu perbuatan, p***
. = satu apa? Perkataan? Perbuatan? Nama? Dan tanyalah ibu Nik
Aziz dan Shahnon, apakah mereka tidak memarahi anak mereka kerana bercakap sedemikian?
Ingatlah, Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang
yang paling baik akhlaknya. Allah marah, itu hak Allah. Allah menyumpah orang-orang kafir,
itu hak Allah. Apakah Nik Aziz mempunyai hak yang sama dengan Allah? Allah marah dengan
membuat perumpamaan agar kita faham dan kalau Allah tidak menyebut sesetengah perkataan
bagaimana kita hendak faham?
Nik Aziz memberi contoh perbuatan Saidina Abu Bakar yang
mengucapkan kata-kata keji kepada HUDAIR YANG MANA SEBELUM ITU TELAH MEMAKI HAMUN
RASULULLAH DAN AGAMA ISLAM. Suka saya terangkan di sini bahawa HUDAIR ITU YANG
MEMULAKAN pertelingkahan bukan Saidina Abu BAkar. Saidina Abu BAkar kehilangan sabar
kerana yang dikatakan adalah Rasulullah tetapi RAsulullah sendiri masih bersabar. Lihatlah
contoh Rasulullah di situ. Kenapa hanya melihat pada Saidina Abu Bakar? Dan apakah Dr.
Mahathir pernah berkata sesuatu yang keji atau kotor kepada Shahnon?
Orang-orang sebegini jika dikatakan bahawa mereka
menghuraikan AlQuran secara "word-by-word" mereka tidak mengaku. Tapi itulah
yang dibuat oleh Nik Aziz - menghuraikan AlQuran mengikut sepatah-sepatah perkataan tanpa
langsung berfikir. Seperti yang saya selalu tekankan, AlQuran diturunkan untuk kita
berfikir tentang ayat-ayatnya. Maksudnya luas, dalam, halus dan seni. Nik Aziz juga dalam
ceramahnya berkali-kali menyatakan bahawa kita berhak mencarut dan mengutuk terhadap
orang-orang munafik, kafir dan orang fasiq. Di sini, Nik Aziz sendiri menghukum seseorang
itu munafik atau fasiq atau kafir. Apakah dia juga mempunyai hak untuk mengampunkan dosa
seperti padri Kristian? Bagaimana dia sebagai manusia biasa dapat menentukan siapa yang
munafik? Adakah melalui pendapat dan pandangannya atau adakah dia setaraf dengan Allah?
Kafir - bagaimana dia menghukum seseorang yang mengaku diri mereka Islam, sebagai kafir?
Apakah dia tahu di mana letaknya iman orang itu di sisi Allah? Dan imannya sendiri di sisi
Allah? Sedangkan pelacur pun diampunkan Allah. Orang yang tak pernah bersembahyang seumur
hidup pun masih dapat diampunkan Allah kerana perbuatan-perbuatan dan amalan yang kita
manusia biasa tidak nampak dan tidak tahu. Tiba-tiba Nik Aziz boleh menghukum orang UMNO
sebagai kafir dan Dr. Mahathir - Firaun?!! Maka bertambahlah pahala Dr. Mahathir kerana
dikutuk sedemikian rupa sekali dan beliau bersabar dan menahan dirinya daripada mencarut
kembali kepada Nik Aziz.
Dalam AlQuran ada menyatakan yang bermaksud begini: Ada di
antara kamu orang-orang yang mana kata-kata mereka amat sedap didengar dengan sentiasa
menyebut nama Allah sebagai saksi tetapi merekalah musuh Allah yang paling buruk.
Saudara, siapakah di Malaysia ini yang paling suka bercakap
dengan menggunakan nama Allah dan agama bagi menyedapkan kata-kata mereka? Sudah tentu
bukan orang-orang yang dianggap sekular, tetapi orang-orang yang mengaku diri mereka lebih
baik, alim dan lebih tinggi di sisi Allah dari orang lain. Orang-orang ini tidak ada sifat
rendah diri dan menggunakan nama Allah untuk menguatkan kata-kata mereka. Berhati-hatilah
- sesungguhnya AlQuran telah pun mengingatkan kita tentang mereka. Dan malang bagi
orang-orang ini, mereka tidak menyedarinya walau sedikitpun kerana terlalu yakin akan ilmu
agama mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: Allah telah menurunkan
AlQuran kepada RAsulullah di mana ianya terbahagi kepada Muhkamat (sahih) iaitu asas
AlQuran dan Mutashabihat (2 makna) di mana manusia akan mentafsirkannya mengikut pandangan
masing-masing tetapi maksud yang sebenar hanya Allah yang mengetahui. DAn sesiapa yang
mempunyai kepandaian yang tinggilah yang dapat mentafsirkan ilmu itu dengan betul.
SAhlah di sini, Islam mahukan umatnya berfikir dan
orang-orang yang berilmu sahaja dapat berfikir dengan baik dan jitu. Jika tidak cukup
ilmu, dan cuba mentafsir AlQuran yang sebegitu lengkap akan menjadi kelamkabutlah
kehidupan. Allah mahukan umat Islam pandai dalam segala bidang. Ilmu yang sedikit tidak
akan cukup untuk mentafsir Al-Quran dengan baik melainkan perkara-perkara yang Muhkamat.
Ilmu dalam Islam bukan hanya ilmu agama sebab ilmu lain semua itu juga sebenarnyalah ilmu
agama itu. Bukan dengan menghafal AlQuran dan menghafal sifat 20 dan menghafal hadith
semata-mata. Islam itu luas. AlQuran itu luas dan dalam bukan hanya tebal. Islam itu cara
hidup maka semuanyalah dan adalah Islam. Tidak boleh dipisahkan lagi dan tidak pernah
dipisahkan. Sebab itulah kita harus sentiasa merendah diri dan belajar dan berfikir sejauh
yang boleh dan walau sejauh manapun kita masih kerdil di sisi Allah. Di situlah kita dapat
kaitkan dengan firman Allah mengenai kepentingan dan keagungan akal fikiran yang
membezakan kita dengan makhluk lain.
Jika kita melaung-laung mahukan negara Islam tetapi apakah
kita dapat pastikan jika matlamat negara Islam dicapai dengan semua orang bertudung litup,
lelaki perempuan berasingan, hukum hudud dan lain-lain - apakah kita dapat pastikan yang
kita akan lebih tinggi di sisi Allah berbanding dengan orang Islam di Amerika, London,
Jepun, China dan lain-lain negara kafir? Bukankah yang penting itu adalah hubungan kita
dengan Allah? Bila semua orang menyedari hakikat ini ditambah dengan kerajaan Malaysia
yang tidak pernah menghalang kita beribadat dan memberi sepenuh sokongan untuk mendirikan
masjid, Universiti Islam dan Bank Islam dan segala-galanya tentang Islam maka itulah
negara Islam yang sebenarnya. Malaysia pula aman, makmur dan maju maka cukup dengan kita
mensyukuri nikmat ini sebagai orang Islam tak perlu melaung dan memberitahu seluruh dunia
betapa Islamnya kita. Janganlah terkejut jika di akhirat nanti kita yang di negara
Islam masuk syurga yang lebih bawah dari orang Islam dari Los Angeles.
Betapapun kita merasa orang lain salah dan kita benar
betapapun kita merasa orang lain jahil dan kita alim yang penting walau betapa salahnya
orang lain dan benarnya kita dan walau betapa jahilnya orang lain dan alimnya kita, kita
masih hidup dengan harmoni, aman damai, makan minum cukup, membeli belah seperti biasa dan
beribadat seperti biasa. Masyarakat Malaysia terlalu asyik menentukan siapa yang lebih
Islam dari siapa kerana kita terlalu aman untuk memikirkan perkara yang lebih berat - kita
terlalu senang disuap dengan subsidi. Sejak anak kita kecil, orang Melayu selalu berangan
untuk memasukkan anak dalam institusi pengajian tinggi dengan bantuan biasiswa kerajaan.
Tetapi orang Cina dan orang-orang di negara lain, sebaik lahir saja anak mereka, mereka
sudah berkira-kira bagaimana nanti untuk mencari duit atau mengambil insuran pelajaran
sekiranya anak mereka layak masuk ke institusi pengajian tinggi, tidak terfikir oleh
mereka akan bantuan orang lain. Anak melayu, pendidikan rendah dan menengah didapati
dengan percuma dengan buku-buku teksnya juga percuma. Cuba buat tinjauan negara mana lagi
yang memberikan buku teks dengan percuma? Tidak ada. TAnah Felda? Pernah seorang pekerja
Indonesia menyatakan rasa terperanjatnya bila mengetahui yang orang Melayu diberi tanah
untuk bekerja dan mengatakan betapa mereka boleh memanfaatkan tanah itu jika diberi
peluang yang sama di negara mereka.
Tetapi orang Melayu masih tidak bersyukur. Saya bimbang Allah
menurunkan bala kepada bangsa yang tidak bersyukur dan bala itu boleh jadi melalui
kemenangan parti alternatif. Jadi tidak perlulah kita berfikir untuk membuktikan siapa
lebih Islam dari siapa kerana itu kerja Allah. Kita hanya perlu tunaikan tanggungjawab
kita sebagai umatNya dan sebagai rakyat Malaysia.
Nik Aziz juga menyatakan yang masyarakat di Madinah dan Mekah
juga majmuk? Nik Aziz bercakap tidak pernah didahului dengan tinjauan (survey) atau kajian
ataupun fikiran. Bercakap biarlah dengan fakta-fakta dan peratusan yang lengkap. Dia baca
AlQuran dan terjemah ikut pendapatnya itu saja yang dia tahu. Berapa peratus orang tidak
Islam di Mekah? berapa peratus pula di Madinah? nak dibandingkan dengan Malaysia yang
hampir separuh-separuh ini? Tak perlulah saya petikkan di sini berita mengenai siswa-siswi
di negara Islam (100% penduduk Islam) yang menunjuk perasaan kerana tertekan dengan sistem
sosial negara mereka. Sekali-sekala biarlah Nik Aziz merujuk suratkhabar
"sekular" untuk menambah pengetahuan. Perkara sebegini bukannya mudah apatah
lagi tanpa pengetahuan ekonomi, sosial, pentadbiran, pendidikan mahupun sejarah Malaysia
seperti Nik Aziz itu. Jangan takbur. Selangkah kita merasa kita dekat dengan Allah maka
selangkahlah lagi kita jauh dari Allah.
Sekian.