Fardu Kifayah
BERDASARKAN ajaran al-Quran dan Sunnah, pada
umumnnya ada dua kewajipan utama bagi umat Islam mukalaf (dewasa dan berakal) laksanakan
iaitu ibadah fardu ain dan fardu kifayah.
Fardu ain, ibadah yang pada prinsipnya boleh
dilaksanakan sendiri oleh setiap orang Islam seperti digariskan dalam Rukun Iman dan Rukun
Islam.
Fardu ain lebih utama daripada fardu kifayah
kerana fardu ain, tanggungjawab individu dan tidak boleh menggantikannya kepada orang
lain.
Tuntutan fardu ain adalah ibadah akar umbi bagi
menguatkan keimanan umat Islam ke arah menjalankan tugas atau ibadah yang lebih luas
kepada agama, masyarakat dan negara. Sebahagian
besar fuqaha berpendapat fardu bermakna wajib berdasarkan dalil dalam al-Quran, sunnah,
ijma dan qias.
Fardu kifayah pula, ibadah yang pada prinsipnya
untuk manfaat orang ramai atau ibadah yang sukar dilaksanakan secara individu kerana
memerlukan ilmu, kemahiran atau membabitkan kos tinggi.
Dalam kitab fiqh, contoh ibadah fardu kifayah
seperti menjawab salam, menziarah orang sakit, menguruskan jenazah, mendirikan solat
jenazah, berjihad, menerbitkan tafsir al-Quran, hadis dan ijtihad.
Hukum Islam menetapkan, memadai jika fardu kifayah
itu dilaksanakan sekurang-kurangnya seorang atau sekumpulan saja, maka umat Islam di
sesuatu kariah atau kelompok berkenaan terlepas daripada memikul dosa.
Sekali imbas berdasarkan contoh itu, konsep fardu
kifayah berkisar kepada perkara yang berkaitan dengan agama saja.
Bagaimanapun, kalau kita perhatikan semangat dan
kekuatan daripada contoh ibadah yang diberikan oleh fuqaha, didapati konsep fardu kifayah
merujuk kepada tanggungjawab ibadah secara jemaah ke arah memenuhi tanggungjawab sosial
dan penghayatan ajaran Islam menyeluruh.
Ini bermakna konsep fardu kifayah luas dan tidak
berkisar kepada ibadah atau pekerjaan yang bersifat keagamaan semata-mata.
Oleh yang demikian, bidang pertanian, perundangan,
pendidikan, kesihatan, perikanan, pengangkutan, ilmu sains dan teknologi, kesenian dan isu
tanggungjawab sosial yang membawa keseiahteraan kepada agama, masyarakat dan negara adalah
tuntutan fardu kifayah.
Dalam al-Quran diterangkan bahawa Allah
memerintahkan, hendaklah ada sekumpulan di kalangan umat-Nya menyeru dan melaksanakan
kebajikan, kebaikan dan mencegah kemungkaran bagi mendekatkan kita kepada Allah
(ali-Imran: 104).
Abu Umamah meriwayatkan Rasulurah bersabda,
"bahawa Allah, malaikat serta seluruh penghuni langit dan bumi termasuk semut di
darat dan ikan di laut mengucap salawat (meminta ampun) untuk orang yang memberi
perkhidmatan yang berfaedah kepada manusia (riwayat Tirmizi).
Ajaran Islam lebih mudah berkembang dan tersebar
dengan pembabitan secara berjemaah.
Setiap individu mempunyal tanggungjawab bersama
bagi membina kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara. Semua tanggungjawab itu bukan hanya untuk
masyarakat atau negara, tetapi menjurus mendekatkan diri kita kepada AIlah.
Ketika zaman pemerintahan Abasiyah pada abad ke-11
Masehi, ulama dan umat Islam menterjemahkan konsep fardu kifayah itu dalam skop lebih
luas. Sumbangan fardu kifayah mereka bukan
saia dalam isu keagamaan tetapi juga dalam hal tanggungjawab sosial.
Sumbangan besar itu termasuk bidang perubatan,
pendidikan, senibina, geografl, matematik dan ilmu sains.
Kesan sumbangan besar.tamaddun Islam itu boleh dilihat hingga kini dan memberi
manfaat besar kepada manusia.
Pada masa ini, bangsa Yahudi, Eropah, dan jepun
dikagumi kerana mereka menjadi bangsa penggerak kemajuan dunia.
Bangsa ini menjadikan bidang ilmu yang
berorientasikan teknologi tinggi dan professional sebagai pemangkin membawa kemajuan
kepada mereka. Oleh itu kita dapati semua
negara maju semakin pantas meneroka dengan mencipta pelbagai produk bersumberkan kepada
ilmu sains dan teknologi.
Kalau dibandingkan dengan beberapa kaum minoriti
di negara kita, ternyata umat Islam ketinggalan jauh dalam bidang sains teknologi walaupun
umat Islam menjadi penduduk majoriti. Kelemahan
ini boleh menggugat jati diri umat Islam.
Apakah faktor kelemahan itu sebahagiannya berpunca
daripada salah faham terhadap konsep fardu kifayah ?
Memang benar pembabitan minimum dalam fardu kifayah itu membebaskan umat Islam
daripada berdosa tetapi Islam menghendaki umatnya berfikir secara positif, iaitu
pembabitan umat Islam secara maksima paling afdal kerana mempercepatkan memenuhi tuntutan
Allah itu.
Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam buku'nya Fiqh al Aulawiyat, bidang fardu kifayah mempunyai
darjat berbeza-beza mengikut masa dan keadaan. Keperluan
bidang fardu kifayah di sesuatu tempat yang tidak banyak umat Islam mengambil bahagian
lebih afdal berbanding bidang yang banyak umat Islam terbabit.
Malah, menurut Syeikh Yusuf lagi bidang fardu
kifayah itu boleh bertukar menjadi fardu ain jika keperluan itu amat terdesak dan menjaga
maslahah umat Islam.
Ulama dan cendekiawan Islam wajar memberi
perhatian terhadap pandangan Syeikh Yusuf itu. Kita
yakin adalah tidak bercanggah dengan ajaran Islam jika kita mengkategorikan beberapa
bidang ilmu sains teknologi dan beberapa bidang yang lain sebagai fardu ain bagi
menggerakkan umat Islam, melaksanakan tuntutan Allah itu.
Dalam kelas pengajian di masjid dan surau di
seluruh negara, kita dapati kelas fardu ain sejak turun temurun lagi ialah mempelajari
sifat 20, iaitu ilmu mengenal Allah.
Sebahagian besar orang tua, terutama di luar
bandar menghafaz sifat ini walaupun mereka sukar memahaminya. Mereka berbuat demikian kerana ia sebahagian
tuntutan fardu ain dan jika tidak melaksanakannya maka mereka akan berdosa.
Konsep fardu ain dan fardu kifayah adalah dua
konsep yang berkait rapat, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai
kepentingan bagi meningkatkan jati diri umat Islam.
Kombinasi konsep ini, jika dihayati sepenuhnya akan mengseimbangkan
pembangunan rohani dan fizikal. Pembangunan yang seimbang ini akan melahirkan umat Islam
sebagai umat terbaik dan melahirkan negara aman makmur yang dinaungi Allah, iaitu baldatun tayyibatun warabbul ghafur.