Mengenal Parti PAS
Perjuangan parti PAS bukanlah
untuk membentuk peribadi dan rumah tangga Muslim. Bahkan
sasaran pemimpin PAS yang utama adalah untuk mengislamkan pentadbiran negara, melaksanakan
hukum hudud dan takzir, yakni hukuman yang ada hubungan dengan negara semata-mata, pada
hal Islam bermula daripada peribadi Muslim dan rumahtangga Muslim barulah tertegak negara Islam.
Suatu ketika dulu gendang "hukum hudud" dicanang habis-habisan
sehingga mereka terlupa kepada soal-soal ibadah pemimpin dan ahli-ahlinya, kerohanian,
akhlak, khidmat masyarakat dan kasih sayang sesama mereka dan juga sesama golongan Islam
yang lain. Mereka lupa kepada akhlak
pemimpinnya yang suka bahkan mengizinkan memaki, menghina dan merendah-rendah orang lain,
menuduh golongan yang tidak menyokong jemaah politik mereka sebagai kafir, taghut dan
menentang lslam. Mereka sengaja melupakan
ayat-ayat Allah yang telah menggaris lebih awal lagi; bahawa orang lslam tidak boleh menghina kumpulan atau individu kerana
mungkin kumpulan mereka lebih baik. Mereka
juga lupakepada arahan Allah agar jangan memaki hamun walaupun kepada berhalayang disembah oleh orang-orang yang bukan
Islam demi menjaga akhlak dan tutur kata umat Islam dan juga hikmat-hikmat lain. Jikalau kepada berhala yang jelas batil itu pun Allah melarang menggunakan perkataan yang
tidak sopan terhadapnya, maka adakah boleh kita memaki hamun kepada sesama manusia,
lebih-lebih lagi kepada manusiayang sama-sama berkiblat dengan kita sebagaimana yang
dilakukan oleh para pemimpin PAS ?