Kutipan Derma
Sebagaimana yang termaklum dalam PAS kutipan derma adalah dikira amalan biasa, penyokong-penyokong PAS sangat gemar menghulurkannya. Sifat seperti ini hampir-hampir sama pada zaman Rasulullah s.a.w tetapi apa yang mendukacitakan derma-derma tersebut betulkah dipergunakan mengikut apa yang sepatutnya ?
Sebagai contoh, di sini
dinyatakan antara derma-derma yang dipungut dan boleh dicurigai pelaksanaannya.
Contoh (1)
Derma jihad dalam Ijtimak PAS
Kok Lanas yang berpuluh-puluh ribu ringgit itu, di manakah wang derma jihad PAS
yang dipungut begitu banyak? Adakah dibentang
penyatanya ?
Contoh (2)
Wang Derma Pilihanraya Kecil
Grik, Ustaz Omar Khalid telah melihat dengan matanya sendiri bahawa orang yang diamanahkan
untuk menyerah wang tersebut telah mempergunakan wang derma tersebut bagi membayar hutang
peribadinya sendiri. Ustaz Omar Khalid
telah bertanya kepada individu tersebut pada waktu itu, kenapakah dipergunakan wang
derma daripada orang ramai untuk membayar hutang peribadi ?
Lantas beliau menjawab: "Apa salahnya! Saya sekarang adalah PAS, PAS adalah saya, tidak salah dipergunakan untuk PAS
".
Contoh (3)
Lebih kurang 10 hari sebelum tahanan ISA (Operasi Lalang) dikenakan ke atas Ustaz Omar Khalid dibebaskan daripada Kem Tahanan Kemuntimg, satu kutipan derma secara besar-besaran dianjurkan di Dewan Zulkifli bangunan PAS Kota Bharu, Kelantan, apa yang Ustaz Omar Khalid tahu wang yang berpuluh-puluh ribu itu tidak diberi kepada yang berhak menerimanya termasuklah Ustaz Omar sendiri. Sehingga sekarang derma khas tersebut tidak diterima olehUstaz Omar Khalid dan tahanan-tahanan ISA lain.
Contoh (4)
Pada suatu ketika (lebih
kurang 1 0 tahun dulu) dalam PAS telah ditubuhkan satu institusi kewangan yang dinamakan
"Darul-Mal", berjuta-juta wang terkumpul, seluruh penyokong PAS dikerah agar
menyumbangkan sebanyak mungkin di dalam tabungan tersebut, ada di antara ahli atau
penyokong PAS yang telah menjual tanah, menjual barang-barang yang berharga dan mengambil
segala wang yang ada di bank-bank lain untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan Darul-Mal. Apakah yang terjadi sekarang ? Sesungguhnya wang tersebut telah hilang dan mati
tanpa berkubur. Suatu tindakan undang-undang
kepada pelaku sehingga kini belum ada kedengaran.
Inilah cara pemimpin PAS
memimpin parti dan inilah puak yang akan memerintah Malaysia secara lslam sekiranya parti
PAS menang. Sewaktu berceramah atau
mengajar/kuliah pemimpin PAS mengajar bukan main lagi, mereka mengajak kita melakukan
keadilan dan mestilah mengikut cara Nabi s.a.w yang akan memotong tangan anak baginda
Fatimah sekiranya mencuri, tetapi belum pun memerintah negara hanya sekadar memerintah
parti atau memerintah sebuah negeri Kelantan sahaja sudah tidak mahu menjalankan keadilan
sekurang-kurangnya menyeret mereka yang bersalah ke muka pengadilan mahkamah bagi
melambangkan keadilan buat sementara waktu sebelum berjumpa mahkamah Allah. Tindakan seperti ini tentu boleh menolong
menyedarkan orang PAS lain daripada melakukannya.
Contoh (5).
Di Kampung Jabi, Besut,
Terengganu, pemimpin PAS membuat pakatan bagi pelaksanaan perkampungan Islam seluruh
penyokong PAS diajak agar memenuhi rancangan ini. Penyokong-penyokong
PAS menerimaya dengan suatu hakikat pengajaran Islam yang baik dan mereka pun mengikislah
harta masing-masing bagi menyokong rancangan tersebut.
Pemimpin PAS telah menjual tanah yang dipecahkan lot secara persendirian kepada
ahli-ahli atau penyokong PAS, apakah yang tedadi sekarang ? Rancangan tersebut nampaknya terbengkalai.