KESAHIHAN KERAJAAN MENURUT HUKUM FIQH ISLAM
Menurut AL-Mawardi, perlantikan
ketua negara Islam berlaku dengan dua cara iaitu; pertama melalui pemilihan
oleh pemimpin-pemimpin masyarakat Islam, kedua pula melalui perlantikan oleh
pemerintah sebelumnya (Wialayah al-'Ahd).
Kedua-dua kaedah perlantikan ini adalah sah dengan ijmak ulama (1966,
6). Seperti yang dimaklumkan ketua negara Malaysia adalah dilantik melalui
kedua-dua cara di atas.
Yang
di-Pertuan Agong sebagai ketua negara, dilantik oleh Mesyuarat Majlis
Raja-raja. Raja-raja pemerintahan negeri dilantik oleh raja sebelumnya,
manakala Yang di-Pertua Negeri pula dialantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Seperti yang disebut oleh Al-Mawardi sebelum ini bahwa Ketua Negara mempunyai
kuasa melantik jemaah menteri. DI Malaysia, Perdana Menteri yang mengetuai
jemaah menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dari kalangan anggota Dewan
Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti.
Mengenai
perlaksanaan prinsip "syura" (perundingan) yang merupakan salah satu
prinsip asas dalam sistem pemereintahn Islam, menurut Syed Rasyid Rida,
"Sistem syura ini berbeza mengikut keadaan yang dihadapi oleh sesuatu umat
serta perkembangan sesebuah masyarakat kerana dalam perkara seperti ini tidak
mungkin ditetapkan kaedah perlaksanaannya untuk semua tempat dan masa."
Syeikh Toha Abdul Baqi Surur juga menyatakan pendapat yang sama, "syura
dalam Islam adalah satu prinsip yang bersifat am, dan berubah kaedah
perlaksanaannya mengikut perkembangan sistem, tamaddun serta kehidupan manusia.
Ia boleh dilaksanakan seperti di zaman permulaan Islam atau seperti yang
dilaksanakan di zaman ini melalui institusi Parlimen (1961, 131). Menurut Dr.
Abdul Hamid Ismail Al-Ansari, dewan-dewan perwakilan seperti Parlimen yang ada
hari ini boleh dianggap sebagai "Majlis Syura", dan
anggota-anggotanya adalah sebagai ahli majlis Syura. Cara-cara pemilihan yang
dilaksanakan di zaman ini adalah sah di sisi Islam (1980, 251).