HUDUD
PAS
DEMI politik semata-mata Pas enggan beriman kepada ayat Allah seperti yang
terkandung dalam al-Quran. Pas masih berusaha
meneruskan pembohongan mereka menggunakan nama Allah hanya untuk memancing undi politik.
Perkembangan mutakhir menunjukkan, Pas tidak mahu
insaf, tetapi akibat dirasuk ego politiknya, Pas berdegil untuk membawa usul ke Parlimen
untuk menghukum bunuh orang murtad. Pas
merasakan bertanggungjawab untuk memelihara supaya gejala murtad tidak berlaku di negara
kita. Penyelesaian yang difikirkan sesuai
oleh Pas untuk membendung masalah ini ialah dengan ugutan bunuh. Sebelum kita menggunakan
logik kita sendiri atau pendapat dan pandangan mana-mana manusia, perlu kita kaji AlQuran
untuk mendapatkan pandangan Allah dalam hal ini.
Salah satu maksud 'Islam' ialah kesejahteraan. Manusia yang menyerah diri (aslamma) kepada Allah
dengan mematuhi ajaran dalam al-Quran akan memperolehi kesejahteraan (Islam).
Secara ringkas, mengikuti addin, Allah akan
membawa manusia kepada Islam. Allah telah
mengatur addin-Nya dengan begitu praktikal yang konsisten dengan sifat alam dan manusia
yang dicipta-Nya. Tidak ada sesuatu yang
mistik atau esoterik dalam addin Allah sehingga manusia tidak dapat mempraktikkan
addin-Nya atau menyusahkan manusia. Addin
seperti diterangkan dalam al-Quran adalah sempurna, sesuai untuk kehidupan manusia dan
dipilih oleh Allah untuk semua manusia (AI Maidaah: 3)
Addin Allah berdasarkan bukti-bukti nyata dan
apabila kita menggunakan pemikiran kita dengan minda dan hati terbuka, adalah mustahil
kita tidak nampak kebesaran Allah dan kebenaran-Nya.
Sesiapa saja yang membaca al-Quran akan yakin bahawa al-Quran itu semestinya
daripada Allah dan bukan ciptaan manusia.
Keyakinan ini timbul daripada sifat al-Quran itu sendir. Sebaliknya, bagi mereka yang
prejudis atau sememangnya tidak mahu dibimbing oleh Allah, mereka ini tidak akan terima
panduan daripada Allah kecuali dengan izin Allah.
Nabi Muhanmiad s.a.w. sendiri tidak dapat memberi
petunjuk kepada orang yang dikasihinya dan tanggungjawab Nabi Muhammad hanyalah
menyampaikan ayat-ayat Allah kepada mereka. Sama
ada mereka ini menerima petunjuk atau tidak, itu urusan Allah. Perkara ini jelas daripada peringatan Allah kepada
Nabi Muhanimad dalam surah al-Qashash ayat 56:
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi
petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang
dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk."
Sebaliknya, nafsu Pas berangan-angan untuk memberi
petunjuk kepada manusia walhal itu bidang kuasa Allah.
Tugas dan tanggungjawab muslim adalah menyerah diri kepada Allah termasuk
menyampaikan ayat-ayat Allah kepada manusia lain. Walaupun
kita mungkin amat mengharapkan mereka mendapat petunjuk, hanya Allah yang berkuasa memberi
petunjuk. Perkara ini jelas dalam Surah
an-Nahl, ayat 37:
"Jika kamu sangat mengharapkan agar mereka
dapat petunjuk, maka sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada orang yang
disesatkanNya, dan sekali-kali mereka tiada mempunyai petunjuk."
Sunnah Rasul dan perintah Allah kepada muslim
ialah untuk menyampaikan ayat Allah kepada manusia dengan cara yang baik supaya mereka
boleh berfikir dan berkesempatan untuk diselamatkan di dunia dan di akhirat seperti Surah
an-Nahl, ayat 125:
Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan
kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah (berdebatlah) dengan mereka
dengan (jalan) yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang yang sesat dari
jalan-Nya dan Dia mengetahui orang yang mendapat petunjuk."
Dalam usaha kita menyampaikan ayat Allah, kita
juga diperingat supaya tidak menghina tuhan-tuhan mereka supaya penghinaan kita itu tidak
terus menyesatkan mereka (Surah al-Anaam ayat 108). Selanjutnya
Allah juga memberi peringatan berikut kepada Nabi Muhammad berkenaan orang musyrik dalam
surah AI-Anaam ayat 107:
"Dan kalau Allah mengkehendaki, nescaya
mereka tidak mempersekutukan-(Nya). Dan Kami
tidak menjadikan kamu pemelihara bagi mereka; Dan kamu sekali-kali bukanlah pemelihara
bagi mereka."
Apabila kita menyampaikan ayat Allah kepada
manusia, dan ada antara mereka yang berpaling., apakah yang perlu kita buat terhadap
mereka? Nabi Muhammad menerima perintah Allah
saperti berikut dalam menghadapi keadaan sedemikian di dalam Surah anNahl ayat 82-83:
"Jika mereka tetap berpaling, maka
sesungguhnya kewajipan,yang dibebankan ke atas kamu (Muhanunad) hanyalah menyampaikan
(amanat Allah) dengan terang. Mereka
mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang
kafir."
Oleh yang demikian hanya Allah yang dapat memberi
petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan sememangnya akan ada orang yang menolak
atau tidak mahu menerima (kufur) ajaran Allah seperti yang dijelaskan dalam surah An-Nahl
ayat 93:
"Kalau sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya
dijadikan-Nya kamu satu umat, tetapi dia menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan
memberi penunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Dan sesungguhnya kamu akan ditanya mengenai apa yang telah kamu kerjakan."
Hal ini begitu jelas sekali kerana Allah berfirman
bahawa bagi orang yang tidak mahu percaya, mereka tidak akan percaya kalau pun
malaikat-malaikat diturunkan (Surah al-Anaan Ayat 11I):
"Kalau sekiranya Kami turunkan kepada mereka
malaikat dan orang mati bercakap-cakap dengan mereka dan Kami himpunkan kepada mereka
tiap-tiap sesuatu dengan berhadapan, nescaya tiada juga mereka itu beriman, kecuali jika
dikehendaki Allah, tetapi kebanyakan mereka itu jahil (tidak berilmu). "
Memandangkan kepercayaan seseorang itu urusan
Tuhan, siapakah manusia untuk memaksa manusia lain untuk mempercaya atau menerima
ayat-ayat Allah? Hakikatnya, tidak ada
seorang pun yang menerima petunjuk kecuali dengan izin Allah (surah Yunus ayat 1 00).
Islam adalah addin yang tidak mempunyai sebarang
paksaan dalam hal kepercayaan kerana yang benar dan yang batil adalah jelas bagi mereka
yang mahu berfikir. Sememangnya seseorang
manusia tidak boleh memaksa seorang lain untuk menerima petunjuk kerana hanya Allah saja
berkuasa memberi petunjuk apatah lagi membunuh mereka kerana tidak mahu percaya.
Selanjutnya Allah juga tidak ketinggalan mengaiar
manusia mengenai kedudukan orang yang menjadi kafir sesudah beriman (orang murtad). Dalam
surah ali-Imran ayat 85, Allah berfirman bahawa addin yang diredhai olehNya ialah Islam. Ayat 86 hingga ayat 89 Surah
ali-Imran adalah mustahak untuk memahami kedudukan orang yang berpaling ini:
3:86: "Bagaimanakah
Allah akan menunjuk suatu kaum yang kafir, sesudah mereka beriman serta mereka telah
mengakui bahawa rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul, dan keterangan pun telah datang
kepada mereka? Allah tidak menunjuk orang yang zalim."
3:87: "Mereka
itu balasannya ialah: bahawasanya laknat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula)
laknat malaikat dan manusia seluruhnya."
3:88: "Mereka
kekal di dalamnya, tidak diringankan seksa dari mereka dan tidak (pula) mereka diberi
tangguh. "
3:89: "Kecuali
orang yang taubat sesudah (kafir) itu dan perbaikan.
Kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."
Apabila kita perhatikan ayat 89 di atas, sekiranya
orang yang berpaling sesudah beriman itu dibunuh, bagaimanakah orang itu dapat bertaubat
dan memperbaiki amalannya? Di sini jelas
bahawa Allah memberi peluang kepada orang yang berpaling selepas beriman (percaya) untuk
bertaubat dan kembali kepada Islam.
Sebaliknya, Allah tidak menerima taubat orang
berpaling yang menambahkan kekafirannya (Surah ali-Imran ayat 90; juga rujuk kepada surah
atTaubah ayat 66). Surah an-Nisa ayat 137
berikut ini dengan jelas menunjukkan keadaan orang yang
berulang kali keluar masuk Islam":
"Sesungguhnya orang yang beriman, kemudian
menjadi kafir, kemudian beriman lagi, kemudian kafir pula, kemudian makin bertambah
kekafirannya, tiadalah Allah mengampuni mereka itu dan tiada pula menunjuk mereka ke jalan
(kebenaran)."
Jelas bahawa orang seperti ini tidak diampuni
Allah dan tidak akan menerima petunjuk Allah. Bersandarkan
kepada al-Quran, tidak ada satu ayat pun di mana Allah memerintahkan secara khusus supaya
orang murtad dihukum bunuh. Sebaliknya Allah
bertanya dalam surah Yunus ayat 99:
"Jika Tuhanmu mengkehendaki, nescaya beriman
sekalian orang yang di bumi semuanya. Adakah
engkau memaksa manusia supaya mereka beriman ?"
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang telah kita
bincang, timbul tanda tanya:
dari manakah sumber hukum bunuh untuk orang murtad
ololeh PAS ? Kitab apakah selain daripada
al-Quran dan bertentangan dengannya yang dipakai oleh Pas?
Perkara ini perlu diperjelaskan oleh Pas. Sekiranya
Pas berniat ikhlas, perlulah Pas menunjukkan kepada rakyat jelata ayat-ayat al-Quran, jika
ada, yang menghalalkan pembunuhan manusia yang murtad.
Daripada menggunakan lidah medianya untuk menabur fitnah, berita sensasi dan
pendapat politik pemimpin mereka, lebih afdal Pas menyiarkan ayat-ayat Allah untuk tatapan
pengikutnya.
Hakikatnya ialah kita
memerlukan Allah dan Allah tidak memerlukan kita sama sekali. Orang yang murtad tidak merugikan Islam atau pun
merugikan Allah. Mereka hanya menzalimi diri
sendiri. Allah mempunyai perancangan-Nya
yang tersendiri dan Allah telah berjanji akan mendatangkan orang yang dikasihi oleh Allah
untuk berjuang pada jalan Allah. Perkara ini
disebut dengan terang dalam surah al-Maaidah ayat 54:
"Hai orang yang beriman, barang siapa yang
murtad (kembali) di antara kamu daripada agamanya (Islam), nanti Allah akan mendatangkan
satu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap
orang-orang yang beriman dan keras terhadap orang-orang kafir; mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut
akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu
kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Allah luas (kurnia-Nya) lagi Maha
Mengetahui."
Secara logiknya pula, tidak ada sesuatu pun untuk
menghalang orang yang tidak mahu percaya untuk berpura-pura percaya untuk mengelakkan
hukuman mati. Jika ini berlaku, masyarakat Islam akan mempunyai lebih banyak munafik di
kalangan mereka. Apakah tujuan Pas untuk
melahirkan orang-orang munafik ?
Andaikan Pas berjaya memerintah negara ini dan
melaksanakan undang-undang ciptaannya sendiri dengan menggunakan label 'Islam'. Apakah kedudukan orang Islam yang mahu beriman
dengan al-Quran dan Sunnah Rasul ? Adakah
Pas akan memberi kebebasan kepada orang Islam ini untuk tidak mematuhi undang-undangnya
yang bercanggah atau tidak bersandarkan kepada al-Quran?
Adakah mereka ini akan digam sebagai murtad dan dibunuh oleh pemerintahan Pas?
Di sinilah letaknya bahaya parti ini yang
mengunakan label 'Islam' tetapi tidak mahu bersandarkan huiah mereka berdasarkan al-Quran
dan terus menyesatkan lagi golongan yang daif. Di
sini jugalah letaknya bahaya parti yang mengikuti nafsu memperalatkan nama Islam untuk
tujuan politik dunia dan ingin sangat menggunakan kaedah paksaan dalam hal keagamaan.
Kita hanya dapat bertahan daripada dakyah Pas
dengan memahami al-Quran dan memohon petunjuk Allah supaya kita tidak mudah tertipu. Oleh yang demikian al-Quran seharusnya hendaklah
terus dibaca untuk memahaminya.