Fatwa-fatwa ringkas oleh
pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM dan bercanggah dengan hukum seperti
yang disediakan oleh Datuk Dusuki Ahmad dan disiarkan dalam Bicara Agama (kelolaan Astora
Jabat):
1. Tuduhan kafir kerana
memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.
Tuduhan ini bermula menjelang
pilihanraya umum 1964. Mereka berhujah dengan
ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan
Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.
2. Membuat tuduhan bahawa
kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan
dengan itu menjadi kafir.
Haji Hadi juga dalam ucapannya
pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita
tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan polotik suku agama
suku."
Sebenarnya tidak ada sesiapa
yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua
bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi
perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang
berbeza.
Nabi Muhammad SAW adalah
seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai
pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam
sembahyang dan lain-lain.
Tetapi selepasa wafat Nabi
Muhammad, ketika itu negara Islam sudah meluas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka
tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak
dan berkemampuan,
Seorang yang menjadi kadhi
tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang
yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.
Nabi sendiri pun telah
memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan
manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).
3. Menuduh kerajaan BN ini kafir
kerana tidak menjalankan hukum Allah.
Tuduhan ini bermula menjelang
pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada
ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa
yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada
kafir atau fasik atau zalim."
Menjalankan hukum Allah
mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki,
cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji). Hukum Allah menghendaki begitu. Hadi Nabi
menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam
negara kamu."
Walaubagaimanapun, hukum Islam
berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut
kemampuan yang ada.
4. Menuduh kerajaan BN
memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.
Tuduhan ini bermula menjelang
pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan
dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku
sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."
Sebenarnya maksud assabiyah
yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama
menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.
5. Berkelahi dengan penyokong BN
adalah diharuskan.
Fatwa ini dibuat oleh Hadi
Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim,
Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini
dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.
6. Mengeluarkan hukum dengan
mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.
Fatwa ini terbit dari ceramah
Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah
dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan
Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.
Menurut Ustaz Omar Khalid,
seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada
berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam
Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang
dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.
7. Sesiapa yang menentang PAS
beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.
Fatwa ini bermula dari risalah
kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969.
Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.
Kempen-kempen setiap kali
menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang
memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah
menegaskan demikian. Kesannya
pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
Fatwa ini secara sedara atau
tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat
pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong
PAS.
8. Kerajaan BN bukan saja enggan
melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.
Fatwa ini mula dicipta dan
disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan
menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat,
dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung
dengan pembangunan minda dan fizikal ummah.
9. Membela Kroni. Menghalalkan
carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.
Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan
Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit.
Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan
kesempurnaan Allah.
Fatwa ini jelas bertentangan
dengan hukum dan bercanggah dengan akidah. Surah Al-Hujarat ayat ke 11 dengan jelas
menyatakan maksud ini.
Memang benar Allah pernah
mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan
seumpama itu tidak bleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca,
kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada
Allah Yang Maha Suci.
Kata-kata Allah itu adalah
merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki
hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun,
kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik. Tidak kepada orang yang sujud kepada Allah.
Ahli Sunnah Wal-Jammah telah
membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat
kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian
dan kesempurnaan Allah.
10. Fatwa-fatwa sampingan
Kesan daripada fatwa-fatwa di
atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke
rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan
pendalaman:
a) Tidak sah sembahyang
berimamkan orang UMNO.
b) Diharamkan makan daging
binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.
c) Tidak boleh belajar dan
mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN
d) Tidak sah akad nikah dengan
imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.