PENDAHULUAN
1.
Umat Islam mudah tunduk kepada hukum agama. Mereka mudah terpengaruh dengan sogokan
bersifat fatwa agama biar pun hanya pada nama. Parti
PAS dengan nama Islamnya telah berjaya membelenggu pemikiran umat Islam sehingga
menjadi fanatik dengan pegaangan bersifat fatwa agama yang dikelirukan oleh pimpinan
mereka. Namun pimpinan PAS sudah tentu tidak
akan mengaku mereka membuat fatwa karut; bahkan sebaliknya akan menambah kekeliruan dengan
berbagal kata - bukan fatwa, hanya pendapat dan sebagainya.
Memang bukan fatwa kerana fatwa adalah hak Jawatankuasa Fatwa; tetapi pendapat
mereka itu lebih bersifat sebagai fatwa cuma bezanya mengelirukan.
2.
Sama ada mereka mahu akur atau tidak, itu adalah hak masing-masing. Namun tugas membentangkan segala bukti kenyataan
yang diperolehi. Sama-samalah kita meneliti
dan menilainya; demi kerana Allah penyelewenaan mesti ditolak. Sebagai muslim kami hanyalah menyahut seruan Allah
s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 193 yang
bermaksud:
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (Sehingga) jadilah agama itu semata-mata untuk Allah, Maka apabila mereka berhenti tidak ada lagi permusuhan kecuali ke atas mereka yang zalim"
3.
Ini bukanlah tuduhan, tetapi sekadar membentangkan kenyataan. Banyak bukti yang ada dalam simpanan yang
menunjukkan sebenarnya hukum-hukum agama telah diselewengkan PAS. Walaupun kebanyakan
hukum yang pelik-pelik disampaikan dari mulut ke mulut secara bisik sukar dikesan; namun
tidak kurang yang dapat dibuktikan secara saintifik melalui rentetan peristiwa dan rakaman
audio-visual. Misalnya fatwa "UNDI PAS MASUK
SYURGA" hanyalah dapat didengar melalui cakap-cakap yang dibawa oleh
penyokong-penyokong PAS dalam kempen di kampung-kampung sukar dibuktikan. Walaubagaimana pun melalui flier yang bercetak
begini: "Wajib menyokong PAS" boleh
dibaca pada sebaran pilihanrava kecil Parlimen Padang Terap 1985 (Lihat LAMPIRAN A)
"Kami menyokong Parti Allah" dapat dilihat pada papan tanda PAS Cawangan Rumah Pangsa Kampung Kerinchi, kawasan
Lembah Pantai yang ianya disokong pula oieh Haji Abd.
Hadi Awang. Lihat siaran Utusan
Malaysia 31 Julai 1986 (LAMPIRAN
B). Harakah 03 Oktober 1997 juga
menyiarkan satu tajuk yang kontroversi berupa fatwa agama iaitu "Umat Islam di Malaysia Wajib Sertai PAS". Tajuk
berita ini dipetik daripada ucapan Presiden PAS sendiri YB.
Datuk Haji Fadzil Noor ketika menggulung majlis al-Liqa' al-Fikri di Markaz
Ta-biyah PAS Pusat, Taman Melewar (LAMPIRAN C).
Walaupun pimpinan PAS kata ia bukan fatwa, namun
yang jelasnya semua contoh bukti ini tetap mengelirukan umat slam. Memanglah itu semua bukan fatwa; tetapi ianya sudah
menyerupai fatwa yang jelas bercanggah dengan Islam. Kalau benarlah menyertai PAS itu HUKUMNYA WAJIB maka beroleh pahala besarlah orang-orang
yang menyokong PAS dan berdosalah
orang yang tidak menyokong PAS kerana mengingkari yang wajib waliyazu billah. Inilah dikatakan keliruan. Banyaklah
lagi ayat-ayat lain bersifat fatwa yang seumpama ini menjurus kepada maksud jaminan Islam
hanya bersama PAS; sehingga kalau mati pun anggota PAS di kebumikan di tanah perkuburan
asing. Buktinva terdapat di Kampung Gong
Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Hulu
Seladang, Setiu, Terengganu.
1.4. Sekarang ikutilah seterusnya hingga ke akhir penulisan ini berbagai bukti yang bersifat FATWA AGAMA PAS dan bercanggah dengan Islam. Bukti-bukti tersebut ada yang diperoiehi meialui kenyataan bertulis, kaset rakaman audio dan kaset rakaman video hasil kajian yang masih tersimpan dengan baik untuk menjadi sempadan zuriyat mendatang. Semoga Allah s.w.t. memelihara kebenaran bahan-bahan bukti yang dibentangkan nanti. Semoga bukti itu dapatlah meyakinkan hati kita semua bahawa beginilah musibahnya apabila politik parti menjajah akal manusia. Skop penyelewengan yang akan dibentangkan nanti meliputi salahguna ayat al-Quran, sembunyikan hukum atau fakta yang sebenar, salahtafsiran maksud al-Quran dan al-hadis, hukum ciptaan dan menabur fitnah.