1. Dalam perenggan pertama amanat Haji Ab.Hadi menyebut sebab-sebab yang mesti ditentang ialah kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturankafir, mengekalkan peraturan jahiliah".
2. Sebab yang
diutarakan oleh YB. Haji Ab. Hadi itu juga berupa FITNAH; kerana tidak pernah berlaku lagi
UMNO dan BN mempertahankan perlembagaan dan segala peraturan yang ditinggal penjajah. Sebaliknya sudah begitu banyak pindaan dibuat
daripada semasa ke semasa ke atas perlembagaan dan peraturan yang ada. Buktinya sehingga 1995 (Sama ada Akta atau
Ordinance atau Kanun) sahaja; 39 pindaan perlembagaan negara sudah pun dibuat. Ertinya
apabila dibuat pindaan bermakna itulah bukti tidak mempertahankannya.
3. Apa yang
sudah berlaku ialah DUN kerajaan PAS Kelantan telah membawa usul pertahan perlembagaan
negeri pada tahun l993. Maka kerajaan PAS Kelantan sahajalah yang mempertahankan
perlembagaan tubuh warisan BN dahulu. Berita
Harian 12 April 1993 melaporkan, "Semua ahli
dewan berikrar untuk melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan"'.
Oleh hal yang demikian berdasarkan
hukum yang bersifat fatwa dalam amanat Tuan Guru Haji Ab.Hadi Awang itu maka adalah
sepatutnya kerajaan PAS Kelantan itulah yang mesti ditentang kerana dialah yang
terang-terang secara rasmi di DUN memperpertahankan perlembagaan penjajah. Walaupun jelas apa yang sebenarnya berlaku ke atas
PAS; tetapi apabila terkena batang hidung sendiri diam seriibu erti. lnilah yang dikatakan hukum agama
PAS bercanggah dengan hukum Allah;
kerana penggunaan yang berupa fatwa itu hanyalah kepada orang yang menjadi musuh
politiknya tetapi tidak pula ke atas diri PAS sendiri.
Hukum PAS, HARAM untuk orang.
4. Satu
soalan mesti dijawab mengenai perlembagaan tubuh PAS sendiri. Jikalau benarlah hukum menggunakan perlembagaan
penjajah boleh meniadi kafir, mengapakah PAS juga melelakkan OTORITI Perlembagaan Malaysia
begitu tinggi sehingga menjadi kunci
perlembagaan tubuh PAS sendiri iaitu fasal (6) USAHA-USAHA: Lihat pada ceraian (1 1) yang berbunyi:-
"Melakukan
apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara
bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar" (LAMPIRAN S).
5. Dengan peruntukan Fasal 6(11) perlembagaan tubuh
PAS ini nyatalah bahawa segala slogan Islam, al-Quran dan negara Islam yang PAS laungkan
selama ini hanyalah iklan pura-pura sahaja, kerana sebutlah apa-apa sekali pun hanyalah
boleh dibuat apabila dibenarkan oleh perlembagaan negara.
Apakah pimpinan PAS terlupa batas perlembagaan negara ketika hendak melaungkan
slogan dan janji? Ini bermakna PAS menipu orang yang tidak tahu, waliyazu billah.