1.
Kertas Putih 08/11/1984 (Lampiran E) melaporkan pada Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS
yang bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR
10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan,
telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut::
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".
2. Kemudian
hukum yang bersifat fatwa ini akhirnya diringkaskan dengan nama KAFIR BERIKAT.
Pengikut-pengikut PAS mulalah menyebarkannya fatwa itu dari mulut ke- muiut dan
kemuncaknya berlakulah pemulauan sakit mati, nikah kahwin dan seterusnya sembahyang
berasingan. Pusat pertama mendirikan
sembahyang Jumaat dua se kampung ialah di Felda Kampung Rahmat Chalok, Setiu pada tahun
1975. Seterusnya berjangkitlah ke seluruh
daerah dalam negeri Terengganu, kecuali Kemaman percubaan mendirikan Jumaat asing gagal
setelah tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa di daerah Kemaman.
3. Dengan
kuasa Allah s.w.t. melalui usaha murni AYRH Tun Haji Ab.
Razak Husein Perdana Menteri Malaysia ketika itu, maka pada tahun 1974 PAS masuk
bergabung dalam kerajaan Barisan Nasional. Segala
hukum agama yang menyeleweng pun terhenti dan perhubungan masyarakat Islam pun bersatu
kembali tanpa mengira parti lagi. Untuk
membuktikan kebenaran memerintah kongsi kuasa tajaan UMNO selama ini, keluarlah sebuah
buku karangan Ustaz Haji Nik Ab. Aziz Nik Mat yang ketika itu Ketua Dewan Ulamak PAS
Pusat. Buku ini dinamakan SIKAP SAYA bertarikh 4.1.1398 Hijrah bersamaan 15.12.1977
masihi, tersiar di muka surat 03 perenggan 04
dan 05 buku SIKAP SAYA itu keputusan Dewan Ulamak PAS Pusat berbunyi:
"Apa
hukum PAS menyertai Kerajaan Campuran ? "
"Kes ini atau
sebagainya yang bersifat pokok dan menyeluruh, memang tepat untuk dibahas oleh dewan
ulama. Sebab itu ianya telah dibahas satu
masa dulu dengan sepuas hati dan telah pun memberikan jawapannya: HARUS, dan kemudian
dibahas sepenuhnya oleh kongres untuk 'diterjih' mana satu pihak yang mesti diambil"
(LAMPIRAN K).
4. Dengan itu maka jelaslah hukum yang dibawa oleh PAS untuk menuduh UMNO kafir bekerjasama (BERIKAT) dengan orang kafir dahulu bercanggah dengan hukum Allah dan ternyata ianya hukum ciptaan sendiri ulamak PAS. Pimpinan PAS tidak berterus-terang dengan pengikutnya. Sebab itulah setelah PAS keluar daripada BN hukum kafir itu dihidupkan semula. Kalau dikirakan sudah jelas, hukum apakah untuk UMNO sahaja menjadi kafir, tetapi apabila PAS turut menyertai sama jadilah HARUS. Inilah kata orang "Waharamun kalau makan sorang wahalalun kalau bagi duwwa".
5. Untuk
lebih jelas lagi pendapat hukum PAS palsu dan bersifat fatwa karut mengenai KAFIR BERIKAT
ialah sekarang PAS bekerjasama dengan DAP secara rasmi sebagaimana yang diumumkan oleh
Harakah 12 April 1999. Ketika ini terdedahlah segala yang tersembunyi. Dalam kenyataan YAB
Datuk Haji Nik Ab. Aziz bin Nik Mat
yang disiarkan oleh Berita Harian 12 Mei 1999 barulah diberitahu bahawa Nabi Muhammad
s.a.w sendiri pernah menandatangan perjanjian kerjasama dengan musuh tradisi lslam iaitu
kafir Yahudi di Madinah. Oleh itu kata Datuk
Nik Aziz, "PAS juga sanggup
bekerjasama dengan DAP". Soalannya mengapakah sejarah nabi s.a.w. berkongsi
kuasa di Madinah dengan kafir Yahudi yang sudah berlaku lebih seribu tahun lalu
disembunyikan oleh ulamak PAS ketika menjatuhkan hukuman KAFIR BERIKAT ke atas UMNO tahun
1963 dahulu ? Ketika itu Ustaz Haji Nik Ab.
Aziz Nik Wat inilah juga orangnya yang menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Kalau
mengikut hukum Allah yang sebenar orang yang menyembunyikan keterangan (Saksi dan bukti)
sebenar di sisi Allah adalah orana yang paling zalim.
Demikian maksud ayat 140 surah al-Baqarah. Berdasar kepada kebenaran yang terserlah
maka cara pendekatan politik kongsi kuasa yang ditaja oleh UMNO semenjak tahun 1955 adalah
bertepatan dengan sejarah Rasulullah s.a.w. di Madinah.
PAS sekarang mula meniru cara pendekatan politik UMNO setelah 36 tahun berlaku
fitnah PAS bermaharalela dengan hukum "Kafir
Berikat " ke atas UMNO. (LAMPIRAN L)
6. Ulamak
yang memberikan hukum haram untuk orang dan harus untuk diri beginilah yang mesti
ditentang bukan sahaja oleh Perdana Menteri Malaysia dan UMNO bahkan oleh seluruh umat
Islam. Apa tidaknya ? Akibat hukum yang bersifat fatwa oleh golongan
berkepentingan ini umat Islam purak-peranda.