Kalau nabi S.A.W memberi keutamaan kepimpinan kepada Quraisy di kalangan
bangsa Arab yang punya berbagai suku qabilah; selaras Melayu di Malaysia diberi keutamaan
dikalangan berbagai keturunan yang ada.
Kalau dikatakan keutamaan kerana mereka pejuang Islam dan pembebas diri
zaman Nabi S.A.W maka demikianlah juga Melayu di Malaysia adalah pejuang Islam sejak zaman
awal Islam diMalaysia hingga ke hari ini dan Melayu inilah juga pembebas diri dari ikatan
belenggu penjajahan.
Sebaliknya PAS menghidupkan rasa kepuakan dan tambah menebalkan lagi ASSOBIYAH KEPUAKAN kerana walaupun Melayu/Muslim masih mesti dipertikaikan selama tidak bersama dengan perjuangan PAS. Apatah lagi ditambah dengan salahguna kuasa setelah PAS dapat memerintah sebuah negeri Kelantan semenjak tahun 1990 hingga sekarang. (Sudah 2 penggal berlalu ternyata melakukan berbagai tekanan dan kezaliman kepada anggota puak lain yang tidak sebulu dengannya. Pulau memulau di kalangan umat Islam juga sebahagian daripada perbuatan asobiyah.