BENARKAH TUHAN MENCARUT DALAM ALQURAN ?

 

Marilah kita sama-sama membaca teks ucapan Nik Aziz Di Stadium Sultan Muhammad IV Kota bharu pada 1 Mei 1999 lalu. Teks ucapan ini memberikan hujah-hujah yang kita boleh mencarut kerana Allah ada mencarut dalam AlQuran - seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz. Dia tidak dapat membezakan antara sumpah seranah dengan mencarut. Dalam salah satu Hadis yang mangatakan " kita hendaklah berakhlak mengikut ahlak Tuhan" - dia memaksudkan bahawa jikalau Tuhan danh mencarut dalam Quran, maka kita pun boleh mencarut.

 

Dia menklafikasikan 'kera yang hina' sebagai mencarut!

Dia mendefinisikan 'mati dibunuhlah semua manusia' sebagai mencarut. Dan dia tidak dapat membezakan erti mencarut dengan sumpah seranah.

 

Yang kita kasihankan ialah pengikut yang dibawah yang terikut-ikut dengan ajaran Nik Aziz ini. Kalau seorang yang digelar Tok Guru masih tidak tahu membezakan antara mencarut dengan sumpah seranah; antara mencarut dengan tempelak, sudah tentu pengikutnya yang kurang arif tentang agama dapat membezakan ini semua.

 

Dia lakukan ini demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad.

 

Marilah kita baca dengan teliti dan cuba fikirkan. Dato Harun Din dah sahkan sendiri yang Tuhan tidak mencarut dalam AlQuran. Yang mana satu kita nak percaya sekarang ? Fikirlah..

 

 

TRANSKRIP CERAMAH YAB TUAN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV KOTA BHARU - 1 MEI 1999

 

Mengenai isu mencarut ... kita ada hak mencarut... cumanya tengok tempat....

 

Dalam sehari dua ini sibuk masalah mencarut. Hari Jumaat baru ini,  wartawan dok tanya, (dan) pagi tadi dok tanya lagi. Ambo kata malam nilah (akan jawab).  Masalah mencarut yang sibuk sangat dibesar-besarkan oleh suratkhabar (adalah) hasil sebuah buku yang dikarang oleh Sasterawan Negara Dato’ Shahnon Ahmad.

 

Sebenarnya, belum pada ni takdakah (di) negeri kita (berlaku perbuatan) yang mencarut.  Tak adakah (di) negeri kita yang mencarut seperti mana yang dikatakan kepada Shahnon.  Pernah ko tidak kita dengar bahawa orang dok perli kita dok sembahyang hajat buat (kata mereka, sembahyang hajat buat) menyusah Tuhan jah? Ni mencarut ke tidak?

 

(Kata-kata) buat menyusah tuhan sembahyang hajat ni (adalah) perkataan mencarut, kenapa tidak dibesar-besarkan.

 

Pernahkah (atau) tidak (kita dengar) sebelum daripada ini, orang kata kalau nak makan sup tangan pergi ke Kelantan.  Ni mencarutkah (atau) tidak?

 

Pernah orang kata Islam tidak layak (memerintah) di Malaysia. Ni mencarutkah (atau) tidak?  Mengapa tidak diperbesar-besarkan?

 

Boleh jadi mereka tidak rasa benda ini mencarut.  Tak terasa kerana kemanusiaan/ keIslaman mereka tidak ada, tak terasa benda (perkataan) itu mencarut.  Adakah layak bagi seorang manusia muslim mengata ugama dia  sendiri tidak layak memerintah di Malaysia. Erti Malaysia ni sendiri ‘black area’ (kawasan hitam) nak memerintah Malaysia tak sah (tak mampu), kerana kawasan hitam/black area.  Tapi orang (mereka) ini tak terasa perkataan begitu, (adalah) perkataan berdosa - perkataan mencarut.

 

(Bagi) seorang manusia akan merasa malu nak berak di (atas) jalan.  Tapi lembu malukah (atau) dok?  Manusia malu nak kencing (di) tepi jalan, manusia malu nak berak tengah jalan, kerana (dia tu) manusia.  Tapi lembu nak berak, nak kencing, tak apa (di tempat terbuka) kerana dia (tu) lembu.

 

Kalau seorang rakyat Malaysia bercakap di mana-mana kedai kopi, (atau) di mana-mana, dia sebut;

“undang-undang Malaysia tidak bagus, lebih baik undang-undang Singapura, lebih baik undang-undang Thailand, lebih baik undang-undang Amerika. (Maka) dia seorang rakyat Malaysia kata hodoh (mencaci - mencarut) kepada undang-undang Malaysia,  apakah tindakan yang akan dibuat oleh polis?  Tak sampai dua minit, dua jam orang itu  mesti dibawa ke balai polis.

 

Inikan manusia Muslim, sanggup (mengata – mencarut) bahawa Islam tidak layak memerintah Malaysia.  Alasannya pula, alasan yang betul-betul jahil.  Alasan masyarakat majmuk.  Sedangkan (realitinya) mana ada di dunia ini masyarakat yang tidak majmuk.  Di Mekah (Saudi Arabia), masyarakat majmuk, di Madinah masyarakat majmuk, di negeri kita (Malaysia) pun masyarakat majmuk.  Maka kenapa (sifat) masyarakat majmuk di Mekah dan Madinah, Islam boleh dilaksanakan?  Sedangkan masyarakat Islam yang sama di Malaysia tidak boleh nak buat (memerintah secara Islam).

 

Kalau orang MCA (parti bukan Islam mewakili orang Cina),  cakap bahawa Islam tidak layak (memerintah) di Malaysia, (adalah) munasabah kerana mereka tak tahu (tentang Islam).  Kalau MIC (parti bukan Islam mewakili orang India) bercakap seperti itu, munasabah kerana mereka tak tahu. Ini manusia Muslim  yang setiap hari menyebut Allahu Akhbar (Allah Yang Maha Besar – di dalam sembahyang atau luar sembahyang). Tiba-tiba kata begitu (Islam tak layak memerintah di Malaysia).  Tidakkah itu (kata-kata)

mencarut?  Tetapi kerana apa ia tidak dibesar-besarkan? (dan) tak ada sapa kata apa.

 

Hok yang kata berzina, liwat (dan keluar dalam surat khabar), tidakkah itu (perkataan) mencarut?  (Begitu pula) Kalau babi itu (asalnya dipanggil babi, kemudian) kita panggil khinzir (kerana) bimbang takut (dianggap) mencarut.

 

Kononnya nak ajar rakyat Malaysia bercakap moleklah, tak usah sebut-sebut babi, (lebih baik) sebut khinzir.  Tapi ketika nak sebut orang buat maksiat, kita sebut terang-terang(an), liwat dan berzina.  Dan (sampai) ada (satu) suratkhabar menyatakan erti liwat begini, “masuk benda ini dalam lubang ini”, (secara) terang-terang(an).  Tetapi (mengapa) tak ada siapa kata apa.

 

(Tetapi) jatuh ke Dato’ Shahnon Ahamad buat buku (novel SHIT). Sibuk macam nak kiamat esok (dah).  Itupun (mungkin kerana) Shahnon Ahmad tulis ‘Shit’ (di)tuju (ke)pada orang tidak PAS.  Kalau dia tulis buku ‘Shit’ (itu) (di)tuju pada  orang PAS, (rasanya) orang tak (akan) kata apa-apa.

 

Kalau Shahnon Ahmad tulis satu buku yang mencarut mengenai Parti PAS, orang tak (akan) kata apa-apa.  Tetapi kerana buku ini ditujukan kepada orang-orang (terasa oleh pihak) tertentu, maka jadilah keadaan sibuk.

 

Nampak sangat para hadirin semua, (ia adalah) berat sebelah.  Nampak sangat kita menengok dengan sebelah mata.  Kalau orang melihat dengan  mata sebelah ini, kita panggil apa dalam agama kita ini?  Bila kita sembahyang, dekat nak beri salam, kita diajar baca doa banyak jenis.  Diantaranya (maksudnya) “Wahai Tuhanku, aku meminta

kepadamu berlindung dari azab kubur, dan cabaran masa hidup dan mati, dan juga cabaran dari Dajal”.

 

Kita baca dalam hadith, Dajal ini, yang bermata sebelah ni, akan timbul akhir zaman.  Semua orang tahu, Dajal ini disebut oleh Nabi sendiri bahawa ia akan timbul akhir zaman.  Kita pun tak faham, dah tentu Dajal akan timbul akhir zaman.  Kenapa Nabi kita (meng)ajar dan  dia sendiri membaca doa ini ketika dia ada lagi.  (Sejarah berlaku) 1400

tahun dulu, Nabi kita dah (meng)ajar supaya semua orang baca doa tadi.  Minta Tuhan pelindung kita dari itu, dari ini dan (berlindung dari) Dajal.  Maka kita (mungkin) jadi tak faham. (Maknanya) doa ini perlu dibaca (sekarang) jangan tunggu akhir zaman.

 

Sebenarnya begini,  (perkataan) mencarut(kah atau) tak mencarut ni, kita (kena) ingat  (kata-kata) orang tua-tua kita dulu, (da)tuk kita, emak kita (masa) dukung budak (anak) kecil, dan bila budak (anak) kecil ini menangis, bila dia pujuk tak dengar (terus menangis), (maka perbuatan mereka adalah dengan menunjuk-nunjuk) Nu! Nu! Nu! kereta tu, Nu! Nu! Nu! burung! burung! tu.  Orang politik bila dia tengok Parti dia (sedang nak) runtuh (begitu) sekali sekarang, huru-hara terlalu banyak masalah politik sekarang.  Hilang duit tak tahu  ke mana.  Duit Perwaja hilang beratus juta, beribu juta.  BBMB nak kata hilang berapa ribu juta.  BMF hilang duit orang tak tahu ke mana.  Mari pula penyakit orang itu keluar parti, orang ini keluar parti.  Maka dia pun mula (menunjuk-nunjuk) nu! nu! nu! Shahnon! Shahnon!, Nik Aziz! Nik Aziz!.  Itu saja bendanya.

 

Semata-mata nak alih pandangan. (Cara begitu) dipanggil (cara) ‘psikologi tabir’.  Seperti kita nak panggil orang-orang besar, maka (di sepanjang laluan orang besar itu) pegawai-pegawai (akan memasang) tabir di tepi tembok (jalan laluan itu) supaya tak nampak benda-benda yang hodoh.  Tetapi kalau jengok di sebalik tabir itu, nampaklah bendanya (yang hodoh).

 

Begitu juga yang ini (mengenai perkataan mencarut), kerana amat teruk masalah dalam UMNO sekarang ni, dengan pelbagai perkara maka disebut sebentar tadi.  Nu! nu! Shahnon mencarut. Nik Aziz sokong!.  Bendanya (adalah psikologi tabir - sebenarnya) untuk (peringkat) budak-budak.  Tuan-tuan semua budak-budak (lagi) kah?  Boleh dipermain-mainkan oleh UMNO? Kalau tidak (peringkat budak-)budak (maka kita) kena reti.  Tak ada apa melainkan mainan orang politik saja.  Para hadirin semua, yang itu kita jawab secara logikal untuk (me)mudah(kan) kita faham.

 

Baik (sekarang) ambo nak sebut (dalil-dalil) dalam (al-)Quran sendiri.  Adakah perkataan menyumpah (di dalam al-Quran)?  Ada perkataan yang (boleh) kita panggil mencarut?

Bila ditanya masalah mencarut ini (oleh wartawan), ambo jawab pada dia;

 

     (pertamanya) “Islam ini – (sifat) Allah Taala ni bila Dia buat manusia, Dia buat sama naluri-naluri tertentu.  (ini bermakna) tidaklah Allah ini bila Dia buat manusia, Dia buat kaki, tangan, kepala, beri lidah saja.  Ada lagi benda lain (di)dalam yang kita panggil ‘Gharizah’.  Naluri bermakna sifat-sifat tertentu.  Sifat kedekut, sifat baik, sifat pongah, sifat berjurus, sifat suka mencari harta, sifat suka seks, naluri seks, naluri membunuh, naluri mengumpat, naluri apa apa saja.  Macam-macam sifat dan perangai (yang) Allah beri kepada kita.

 

     Dan yang keduanya, tidak ada sifat  yang Allah beri pada manusia bila mari (didatangkan) Islam (kepada manusia), Dia sekat, Dia musnah, tak ada!  Allah Taala beri kepada kita sifat suka mencari wang/duit, Allah Taala tidak sekat kita.  Cari duit, cuma dia buat peraturan, dia buat kaedah.  Nak cari  duit boleh, kerana apa?  Sifat cari duit ada padamu tapi jangan mencuri, jangan rasuah, jangan menyamun, jangan menipu.  Sifat nak pada seks, orang lelaki nak pada perempuan, orang perempuan nak pada lelaki.  Adakah Dia sekat?  Tidak, cuma Dia kata nak ko orang perempuan, (mesti) menikah-kahwin, jangan berzina, jangan rogol, jangan bawa lari anak muda orang, jangan itu dan ini.

 

     Itu sajalah bendanya.  Sifat membunuh, manusia suka membunuh.  Tak apa boleh membunuh, ketika mana ? Ketika musuh mari (datang) serang rumahmu.... Maksudnya, “Mana-mana orang yang dibunuh kerana jaga hartanya sendiri maka dia mati syahid, mana-mana orang yang dibunuh kerana jaga anak  bininya maka dia mati syahid.”

 

     Ertinya naluri nak membunuh tidak disekat. Cumanya jaga dengan baik (biar kena pada empatnya), ketika mana perlu kamu membunuh.  Jika orang bunuh kamu boleh lawan balik.  Orang yang buat khianat, kamu boleh khianat sama.  Begitu juga sifat mencarut, (sudah menjadi) perangai manusia, (akan) nak menyumpah pada orang yang  buat tak tentu kepada dia.  Ketika mana(kah) nak menyumpah? Cari(lah) tempat, tempat molek (sesuai) menyumpahlah.

 

Ambo pilih dua, tiga, empat ayat  dan hadis (sebagai dalil dibolehkan mencarut, menyumpah).

 

     (Ketiga) adik-kakak, buka sehelai saja dalam Surah Al Baqarah (ayat 18), bermaksud,

     “Mereka tuli, bisu dan buta (kerana tidak dapat menerima kebenaran, meskipun pancaindera mereka  sihat), maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”.

 

     (Hakikatnya) Allah Taala (kata ke)pada orang munafiq, orang yang muka-muka-orang yang kita panggil orang sekular.  Tuhan kata apa, pekak, bisu, buta, orang ni tak ada otak.  Kalau mengikut orang Kelantan (kita kata), “baso tak dok otak, baso tuli”.  Itu tidak(kah) mencarut?  Allah sendiri sebut  begitu dalam Al Quran.

 

     (Keempat) dan Nabi (SAW) sebut (Maksudnya) “Hendaklah kamu berakhlaq dengan Allah akhlaq Tuhan”.   (Hakikatnya) Allah SWT mencarut (di dalam al-Quran), kita ada hak (dibolehkan) mencarut.  Cumanya tengok tempat.  Orang kafir Dia sumpah, orang munafiq Dia sumpah, orang fasiq Dia sumpah.  Biar tentu (sasaran mencarut biar) kena (pada) tempatnya.

 

     (Kelima), ayat Al Quran Surah Al Baqarah juga (ayat 65), bila Tuhan marah pada Yahudi (maksudnya), “Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu (hari yang khusus untuk beribadat bagi orang-orang Yahudi), lalu Kami berfirman kepada mereka, Jadilah  kamu kera yang hina”,       Allah Taala marah pada orang Yahudi, kamu semua kena jadi kera. Tidakkah itu (Tuhan berfirman dengan perkataan) mencarut? (Sebelum ni, Tuhan menyebut) pekak lagi, bisu lagi, tak ada otak lagi,  kera lagi ? Apakah itu tak mencarut?

 

     (Keenam), Allah berfirman (al-A’araf, ayat 179 bermaksud), “dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka yang mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah, yakni al-Quran) dan mereka mempunyai mata (tetapi tidak mempergunakan) untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah, peringatan yang benar). Mereka itu      semua seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”

 

     (Allah mengibaratkan orang serupa itu) serupa  binatang, takkah  mencarut lagi?  Itu ayatnya (dalam  al-Quran).

 

     (Ketujuh), dalam surah Al Munafiqun (ayat 4 maksudnya), “Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum . Dan jika mereka berkata kamu mendengar perkataan mereka. Mereka adalah seumpama kayu-kayu yang tersandar (meskipun tubuh mereka nampaknya baik dan pandai pula berkata-kata, hakikatnya mereka pandai berbicara akan tetapi sebenarnya otak mereka adalah kosong tidak dapat memahami kebenaran – diumpamakan juga serupa orang mati dibunuh)”.

 

     Tuhan sebut orang munafiq ini kalau bercakap sedap dengar, kalau tengok tubuh hebat, tetapi Allah  kata  “baso mati dibunuh” – terjemah(an) bahasa Kelantannya, “Baso mati bbunuh”.  Terjemah secara  jawi, secara tradisional, “membunuh akanlah mereka itu oleh Allah”.  Tak tahu satu perkara pun, akhir orang mendengar mengantuk belaka.  Cuba kata “Baso mati bbunuh”.  Tok-tok guru, ustaz-ustaz yang menterjemahkan ayat ini, kena menterjemahkan maknanya dan misinya.  Barulah sampai mesej Quran kepada kita.

 

     (Kelapan) Dalam Surah Muqaddam pula, (Allah berfirman bermaksud), “Mati dibunuhlah semua manusia,   pelik sungguh, mengapalah manusia menjadi kafir”.

 

Terlalu banyak ayat-ayat mencarut, ayat-ayat menyumpah seranah dalam (al-)Quran.  Ertinya bila Allah buat sesuatu dalam (al-)Quran dan Nabi Besar (SAW) berkata “Hendaklah kamu berperangai (akhlaq) sebagaimana perangai (akhlaq) Allah”.  (Di sini bermakna) Allah memuji (maka) kita memuji, Allah marah (maka) kita berhak (boleh) marah. (Dalam hal mencarut, mengata keji) Allah menyumpah (maka) kita berhak menyumpah, maka tak ada sebab (untuk) ianya dibesar-besarkan. Boleh jadi orang ini (pihak yang menidakkan dalil-dalil bahawa dalam al-Quran tak ada perkataan berunsur mencarut, kata-kata keji mereka) tak pernah dengar (kandungan al-Quran).

 

Sebab dia awal-awal lagi pandang serong pada (al-)Quran.  Awal-awal lagi dia pandang lekeh pada Islam.  Islam ini layak (di) padang pasir, (sesuai pada) zaman ‘camel’-zaman unta, maka baca buat apa (al-) Quran?

 

Oleh yang demikian bila timbul masalah begini, mu (pihak yang tak mahu menerima hakikat kandungan al-Quran, mulalah) kata Nik Aziz. Surat khabar (pun) kata (itu) ‘fatwa Nik Aziz’.  Padahal dia tahu, fatwa-fatwa ni hanya (layak dikeluarkan oleh) mufti sahaja.  Tapi dia nak ‘provoke’ orang, nak suruh orang marah pada ambo.  Dia sebut ambo buat keluar fatwa.  Itu tak apalah.  Dia punya salahkah?, dia punya tersalahkah? Itu dia punya fasal!

 

 

     (Kesembilan) itu cerita al-Quran. Dalam sejarah pula, tuan-tuan kena ingat satu ketika berlaku perselisihan faham di antara Rasulullah SAW yang keluar daripada Madinah pada tahun ke-5 (selepas hijrah), (bertujuan) pergi buat umrah ke Mekah.  Sampai di tengah jalan, kena sekat di suatu tempat, dan tempat ini terkenal dengan nama ‘Hudaibiyyah’ ataupun sekarang ini disebut Sumaisi.  Rasulullah SAW telah diberi mimpi oleh Allah Taala sewaktu beliau berada di Madinah. “Hai Muhammad, satu masa      kelak mu Muhammad boleh masuk semula ke Masjidil Haram dalam keadaan aman damai, boleh buat tawaf dan apa sahaja sehingga ke peringkat akhir sehingga boleh cukur kepala, dan boleh gunting rambut.”  Nabi kita beritahu kepada orang ramai, semua seronok, orang Madinah pun nak pergi ke Mekah nak buat haji nak buat umrah, Muhajirin daripada Mekah pun seronok sebab boleh balik semula ke Mekah, berjumpa anak isteri dan sebagainya.  Nabi kita iklan tahun yang ke-5, bahawa aku sedang      bersiap sedia pergi ke Mekah, untuk buat umrah.  Nabi kita tak bawa sebarang senjata selain daripada senjata yang kalau orang dahulu panggil ‘pisau raut’, seperti mana orang Melayu dahulu berjalan ada parang, pisau raut di pinggang.  Nabi kita bawa pedang dan bersama dengan itu kambing-biri yang telah diletak tanda untuk disembelih di Mekah.  Orang Arab Jahiliyyah walau bagaimana jahat sekalipun, bila dia tengok kambing-biri ada tanda di tengkuk, dia gantung bermacam perkara sebagai tanda kambing ini hak Tuhan, bukan kambing orang dah. Maka dia tidak ganggu.  Sampai di Hudaibiyyah, kena sekat.  Kerajaan Mekah kirim wakil-wakil dia mari sekat nabi Muhammad di Hudaibiyyah bahawa “kamu  tidak boleh masuk ke Mekah”.  Nabi kata “pasal apa kamu tidak beri, aku bukan mari nak berperang, tengoklah senjata apa aku bawa, tengok kambing-biri berderu, ada bermacam-macam tanda menunjukkan kambing biri ini telah dinazarkan untuk disembelih di Mekah. Tak dengar jugak. Lepas berunding, berunding.

 

     (Di antara deligasi Mekah yang datang berunding ialah) seorang bernama Hudair bin Warqa’, tuan-tuan boleh baca sejarah bab Hudaibiyyah.  Hudair bin Warqa’ mari bercakap perkara yang benar-benar (paling) tidak menyenangkan hati Rasulullah SAW dan tidak menyenangkan menteri-menteri Nabi termasuk Saidina Abu Bakar dan sebagainya.  Bila Saidina Abu Bakar (men)dengar perkataan-perkataan yang pelik (mencarut) keluar daripada Hudair, memperlekeh-lekehkan Islam, ajaran Islam.  Mula-mula  dia pegang janggut Nabi, lepas itu dia tolak dengan hulu pedang.  Lepas itu dia kata lagi  perkataan-perkataan yang tidak menyenangkan (mengeji).

 

     Lalu Saidina Abu Bakar bangun (berkata) unsus-bunzur-latt” (di)depan-depan Nabi.  ‘Unsus’ maknanya jilat, hisap olehmu. ‘Buzur’ maknanya kemaluan. ‘Lat’ nama bagi tuhan (orang Quraisy musyrik).  Maknanya  pergi balik jilat punggung tuhan mu dulu.  Ini perkataan menyumpah (mencaurt) yang keluar dari mulut Saidina Abu Bakar (di)depan-depan Nabi, dan Nabi tak kata apa-apa.  Nabi bagi peluang kepada Saidina Abu Bakar mencarut depan-depan dia sendiri.  Nabi tak kata apa walaupun perkataan      yang begitu sekali hina.  “Balik jilat punggung tuhanmu dulu, baru mari bercakap di sini”.  Habis  menyumpah, nabi tak kata apa.  Tuan-tuan boleh baca benda ini ada dalam sejarah.  Yang ambo dok      baca malam Jumaat “Sirah Nabawiyyah” karangan Dr. Said Ramadhan Al Butti, di situ ada (kisah ini).

 

     (Kesepuluh, sirah) yang kedua (ialah) Nabi sendiri pernah satu hari orang beri salam di tangga.  Apabila Nabi dengar suara itu, dia cam suara itu.  Maka kata (Nabi di)depan Sayidatina ‘Aisyah, maksudnya  “hak paling jahat dalam kampung ni, dia ni lah”.  Dia kata pada Siti Aisyah dan kemudian dia keluar dengan senyum manis, sambut dan terima molek.

 

Boleh jadi kita tanya diri sendiri, macamana Rasulullah SAW sumpah pada orang lepas itu buka pintu dan sambut.  Ini para hadirin semua, kalau orang belajar psikologi, ini adalah satu cara untuk ‘tanfizzul-ukhdah’ iaitu untuk meredakan kemarahan hati.  Kadangkala kita sumpah.  Lepas itu dari sumpah itu reda.  Kalau tak sumpah ia akan naik ke kepala nanti jadi selsema, beringus hidung.  Nabi sendiri menyumpah, Saidina Abu Bakar juga menyumpah di depan Nabi dan Nabi tak kata apa-apa.

 

Para hadirin semua naluri-naluri yang Allah Taala buat dalam tubuh manusia ini (tak ada) satu habuk yang Islam mari sekat (buat sekatan).  (Cuma) nak ke orang perempuan boleh.  Tidak sebagaimana setengah-setengah pemimpin agama sampai ke tahap tertentu tak berbini beranak (tak boleh berumah tangga), tak (tak boleh) cari harta.  Islam tidak, tok guru setinggi mana pun, Nabi setara mana sekalipun boleh berkahwin.  Cumanya peraturan, kaedahnya nak ke orang perempuan, berkahwin. Nak harta boleh. Nak bunuh pun boleh.  Bila bunyi khabar musuh nak serang negeri kita, kalau tak cukup dengan askar dan polis, kewajipan fadhu ain atas tiap-tiap seorang pergi berperang.  Peluang kamu untuk bunuh orang boleh ketika itu.  Sifat orang mukmin tidak membunuh kecuali dengan sebenar.  Kalau ada kebenaran bunuh daripada Islam boleh bunuh.

 

Apa benda lagi?  Masalah mencarut yang dibesar-besarkan sekarang ini berpunca daripada (ada) benda lain, ‘something behind’, (Seperti) yang ambo kata (awal-awal tadi), kalau Dato’ Shahnon buat buku ‘Shit’ dia ni untuk  maki PAS tak apa, tak ada siapa kata apa (orang tak komen apa)....

 

Itu (kita) kena faham, kita hidup atas muka bumi ini kena reti (seni) lakon orang, lakon malaikat dan lakon syaitan atas dunia.

 

CATITAN:

 

Demikianlah sedutan daripada hujah-hujah YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan berhubungan dengan isu mencarut yang dihebohkan oleh media massa dan tokoh politik tertentu.

 

Bagi pihak Unit Penerbitan Lujnah Penerangan, membuat beberapa editing terhadap sedutan tersebut, khususnya perkataan yang dalam kurungan (     ) adalah tambahan bagi memudahkan kefahaman pembaca sekalian.

 

Harap maklum.

 

Rujukan Tambahan, maksud ayat al-Quran;

 

(1) as-Shaaffaat ayat 63 – 65, “Sesungguhnya Kami menjadi pohon zaqqun itu sebagai siksaan bagi orang-orang

yang zalim. Sesungguhnya, dia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka Jahim. mayangnya seperti

kepala syaitan-syaitan”

 

(2) al-Jumu’ah ayat 5, “Perumpamaan orang-orang yang dipikul  kepadanya Taurat, kemudian dia tidak memikulnya

(tidak mengamalkan, tidak mengakui kebenarannya, termasuk mengenai kerasulan Muhammad SAW), adalah seperti

keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal.”