Peristiwa Kecurian Senjata

 

Kita memanjat syukur ke hadrat Illahi, peristiwa kecurian senjata di Grik berkahir dengan penuh jaya. Meskipun memakan 3 korban, operasi menggunakan teknik psikologi berjaya meruntuhkan moral dan pegangan mereka.


Mereka sebenarnya tidak dikesan secara lansung oleh pihak berkuasa. Pihak yang mengesan mereka ialah kepekaan dan keprihatinan orang kampung yang keluar masuk dusun. Jesteru orang kampung begitu sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling mereka, mereka akan melaporkan pada pihak berkuasa terhadap apa sahaja yang mereka anggap pelik dan aneh.


Apabila pajero itu dikesan, pasukan keselamatan memulakan kepungan mereka. Tetapi, ini mungkin juga 'decoy' dari pihak penjenayah untuk mengalihkan perhatian pihak berkuasa. Segala kemungkinan dikenalpasti. Motif juga perlu dikaji untuk memudahkan sebarang pengesanan dan penyiasatan. Penganut PAS, beranggapan bahawa ia semua lakonan semata.


Pasukan keselamatan menggunakan pasukan khas dalam operasi mengesan. Jesteru itulah, anggota Gerak Khas adalah antara mangsa tebusan tertangkap selain dari 2 orang anggota pasukan polis. Ia tidak dihebahkan kepada media dan orangramai, kerana kesannya cukup mendalam. Hanya jika 'dikesan' oleh pemberita, barulah ianya diumumkan.


Para penjenayah diketuai oleh seorang bekas anggota rejimen perisikan yang cukup terkenal dikalangan pasukan keselamatan. Tetapi, sepertimana anggota keselamatan yang lain beliau tidak memiliki kesemua kemahiran yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah pasukan separa tentera yang lengkap. Asas perjuangnnya, ilmu kebatinan dan dibantu oleh 3 lagi bekas anggota pasukan keselamatan - salah seorang bekas anggota komando elit PPH 69.

 

Pihak media tidak mempunyai kordinasi yang tepat mengenai sebarang peristiwa yang berlaku. Jesteru itulah, pelbagai laporan yang dikeluarkan mengikut berita yang diterima oleh ramai wartawan. Sepertimana orangramai, wartawan juga tidak berapa memahami corak dan bentuk operasi keselamatan. Apatah lagi membezakan bunyi tembakan antara jenis senjatapi dan bahan letupan.


PAS sebenarnya mengharapkan tragedi yang lebih berdarah. Jika kesemua pihak penjenayah dibunuh, tanpa segan silu PAS akan menggunakan isu ini untuk meraih simpati. Ahli keluarga penjenayah yang terbunuh akan dibela. Mereka akan diusung ke sana sini dalam ceramah PAS. Akan keluar 'fatwa' bahawa mereka yang terbunuh adalah mati syahid kerana mahu menegakkan negara Islam.


Tetapi, ia tidak berlaku. Kaedah psikologi lebih berkesan dari menanangi secara kekerasan seperti yang dibuat ketika peristiwa Memali oleh Datuk Musa Hitam - individu yang digemari PAS kerana mengkritik UMNO hari ini. Kaedah pujukan, tekanan psikologi dan teknik propaganda berjaya meruntuhkan moral mereka. Mereka menyerah, setelah ketua mereka ditewaskan oleh pertempuran tangan kosong dengan Panglima Pemerintahan Medan. Muncung senjata yang ditepis oleh beliau, bukan peluru sepertimana dakwaan penganut PAS. Muncung akan mengeluarkan percikan api yang mengakibatkan kecederaan kecil ditangan kiri beliau. Apatah lagi, mereka dikepung oleh 43 orang penembak tepat dari grup elit pasukan komando.


Akhirnya, penganut PAS mengambil jalan mudah dengan mendakwa ianya segala lakonan. Tambahan pula dengan dakwaan bahawa ada 'pengakuan' dan 'penglibatan' dalam mesyuarat yang kononnya tidak dipersetujui oleh orang lain. Anehnya, dengan penglibatan seramai 29 orang ini, tidak pula timbul pengakuan sebelum peristiwa ini dari berlaku.


Kesimpulannya, PAS tidak mahu kerajaan/UMNO dianggap berjaya menyelesaikan krisis ini dengan cara yang paling berjaya. PAS tidak mahu rakyat percaya bahawa keamanan cukup penting dan percaya. PAS mahu rakyat percaya, bahawa intergriti pasukan keselamatan seharusnya dihancurkan. PAS tidak mahu rakyat mempercayai kesungguhan pasukan keselamatan yang berkorban memastikan keamanan rakyat. Usaha untuk menjatuhkan pasukan keselamatan turut dikongsi bersama dengan NGO lain.


Apabila pasukan keselamatan tidak dilagi dihormati, maka keamanan dan keselamatan tidak lagi terjamin. Akan timbul kelompok kecil melakukan kekacauan dan cubaan melakukan merampas kuasa secara kekerasaan. Akan muncul kembali pertempuran dijalanan.


Inilah yang PAS mahukan samada mereka mengakuinya atau tidak