Make your own free website on Tripod.com

Kenyataan Akhbar

Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Jawatankuasa Suqiu)

31hb Ogos 2000

Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Jawatankuasa Suqiu) membuat klarifikasi mengenai perutusan YAB Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir bin Mohamad sempena Hari Kebangsaan ke-43 pada 30 Ogos 2000 seperti berikut :

1.      Jawatankuasa Suqiu bersetuju dengan pandangan YAB Perdana Menteri bahawa keharmonian antara kaum merupakan teras pembangunan negara dan semua pihak tidak harus mempermainkan sentimen perkauman. Jawatankuasa Suqiu dengan tegasnya menafikan tuduhan bahawa Suqiu cuba menyakitkan hati orang tertentu supaya perasaan perkauman dihidupkan semula.

2.      Suqiu hanya merupakan suara rakyat dalam sebuah masyarakat yang demokratik. Jawatankuasa Suqiu amat terkejut dan dengan tegasnya menafikan pandangan YAB Perdana Menteri yang mengasosiasikan Suqiu dengan komunis atau Al-Ma-u-nah.

17 perkara yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Suqiu bukanlah satu tuntutan perkauman, ianya berpandangan jauh dan dikemukakan demi kepentingan nusa dan bangsa. Sebenarnya, apabila Suqiu dikemukakan pada tahun lepas, ia telah dipersetujui dan diterima pada prinsipnya oleh Kabinet (pada 23 September 1999).

3.      Jawatankuasa Suqiu menyeru kepada semua pihak supaya mematuhi keputusan kabinet pada 23 Ogos 2000 yakni menghentikan perbincangan terbuka mengenai kontrovesi hak keistimewaan orang Melayu.

4.      Jawatankuasa Suqiu berhasrat untuk berjumpa dengan YAB Perdana Menteri, semoga-moga YAB Perdana Menteri akan memberikan suatu peluang kepada Jawatankuasa Suqiu untuk memberikan penjelasan supaya mengelakkan kesalahfahaman.

Quek Suan Hiang

Pengerusi

Jawatankuasa Suqiu